Ketupat Nasi Goreng

July 10, 2019

Resepi ni paling sempoi hangpa. Mesti ramai yang ada baki ketupat nasi yang disimpan dalam peti sejuk. Ketupat nasi ni kalau tak rebus, teringin ja nak makan, dah rebus mesti ada lebihan. Tak pula habis dimakan. Dia tak macam ketupat palas yang selalu ja habis dan licin hehe. Kalau ada baki ketupat nasi raya lepas yang hangpa dok biaq dia kesejukan dalam peti ais tu baiklah gorengkan jadikan Ketupat Nasi Goreng ni sebagai sarapan. Resepi mudah je nak kena payung juga ke hehehe...


Rasa dia sedap macam kita makan kuey teow goreng telur. Nak tambah ayam daging udang pun boleh. Yang ni Kekny cuma letak telur dan udang kering sikit. Boleh juga tambah fish ball atau fish cake. Nak special hangpa tambah kerang! hoii mau kena goreng sebelanga besaq!


Resepi Ketupat Nasi Goreng


Bahan-bahan 
4 ke 5 biji ketupat nasi potong dadu
3 biji cili merah boleh tambah cili padi jika nak pedas - tumbuk dengan 2-3 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering direndam sekejap
4 ulas bawang putih dihiris diketuk
5 ulas bawang merah dihiris halus
2 biji telur
sedikit taugeh atau boleh tambah daun kucai
Sedikit sos tiram jangan banyak nanti masin


Cara penyediaan :

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan cili tumbuk dan udang kering. Masak sampai garing.

Ketepikan bahan tumis tadi di tepi kuali, dan masukkan telur, kacau sampai telur hancur dan kembali gaul dengan bahan tumis. 

Masukkan ketupat nasi, sedikit sos tiram dan akhir sekali taugeh. Siap!

You Might Also Like

3 comments

  1. Tak pernah makan lagi ketupat nasi goreng nie..

    ReplyDelete
  2. wah menarik. Next time boleh buat Ketupat Nasi Goreng.

    ReplyDelete