Cara Masak Kuah Mee Kari Paling Sedap

June 14, 2019

Dah lama tak buat mee kari. Dan kalau nak tahu Kekny hangpa ada satu keeper recipe untuk mee kari tersedap Kekny selalu buat. Kalau rasa di kedai tu tak sama dengan yang buat sendiri. Ada yang terlalu pekat kuahnya, terlalu cair dan ada yang kuahnya semacam kari yang dimakan dengan nasi. Memang tak berapa sesuai kalau nak hirup kuah tu. Bagi Kekny mee kari yang sedap kuah dia cayaq cayaq sikit tapi rasa tu kaya dan orang Kedah kata berasa la. 


Mee kari yang sedap ni selain menggunakan bahan-bahan yang betul kena juga lengkap bagai. Bahan utama kena ada mestilah kerang, tauhu kering, taugeh kena ada. Kalau style chinese depa suka letak daun pudina. Fish ball dan fish cake tu biasalah orang letak. Rencah kuah selalunya ayam atau udang. Kalau hangpa bih sotong tu bukan tak sedap tapi jarang la orang buat.


Sambal tu kita masa tumih cabai tu biar masak betui sampai naik minyak betui. Dah tu cedok la sikit asingkan untuk makan dengan mee nanti.


Haa tudia sedapkan.. Terlioq tak?


Penuh seperiuk ni sebab dia punya bahan naik atas melampung hahaha. Ok jom tengok resepi mudahbje sebenarnya dan bahan pun senang je nak dapat.



Resepi Mee Kari


Bahan-bahan
3-4 paket kecil rempah kari daging , ikut nak pekat boleh letak banyak.a
2 batang serai (diketuk)
Isi ayam dan tulang tulang
2 cawan santan sederhana pekat
fish ball
fish cake
Fucuk goreng
tauhu kembung (taufu pok orang panggil jangan risau ada yang halal)
mi kuning

Bahan kisar dengan sedikit air
1/2 cawan cili kering yang telah direbus lembut
4 biji buah keras
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar udang kering tanpa kulit - rendam dulu untuk hilangkan masin (kalau dalam kuah letak udang fresh tak perlu dah udang kering)

Bahan tabur atas
Isi kerang dicelur dan kopek.
Taugeh dicelur
Daun bawang dan daun sup, dicincang
Bawang goreng

Cara penyediaan

Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan serai. Tumis lama lama samoai cili garing dan berminyak untuk menghasilkan pes cili yang sedap.

Masukkan sedikit garam dan gula. Ambil sedikit pes cili yang terhasil untuk dihidangkan bersama mee nanti sebagai sambal mee kari

Kemudian masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air. Tumis lagi sampai rempah masak dan garing.

Masukkan isi ayam dan masukkan air. Masak dan rebus sampai ayam empuk.

Masukkan santan dan kacau rata. Tambah air jika perlu atau jika terlalu pekat. Tambah garam jika perlu. Bila hampir mendidih masukkan fish ball, fish cake, fucuk kering, tauhu kembung.

Biar kuah mendidih dan bolehla diangkat untuk dihidangkan bersama mee, sambal cili, taugeh  dan kerang yang dicelur serta bahan-bahan lain.




You Might Also Like

0 comments