Ayam Goreng Kunyit Special

May 29, 2019

Resepi paling simple tetapi sangat di gemari oleh semua. Ayam Goreng Kunyit ni selalunya dihidangkan dengan nasi putih, sambal belacan, tuang kicap sikit dan dah siap. Kekny buat ala Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang famous tu. Ayam dia diperap dahulu dengan garam, kunyit, sedikit tepung goreng sadur Bestari pedas, bawang putih tumbuk dan halia tumbuk. Perap seketika baru lah digoreng garing kemudian ditambah sayur dalam tu. Nak pula kita makan demgan nasi panas-panas


Untuk bahan sayur terpulang nak letak sayur apa yang sesuai. Selalunya pilihan sayur mestilah yang keras dan rangup. Dulu Kekny pernah masak resepi ni boleh temgok di link ini. Nasi Ayam Goreng Kunyit



Nak ke resepi mudah ni? Ok jom try

Resepi Ayam Goreng Rangup

Bahan-bahan :
Ayam dipotong kecil kecil
Kacang panjang dipotong
Lobak merah dipotong
Putik jagung dipotong 
Bawang holland dipotong baji

Bahan perap ayam 
Garam 
Serbuk kunyit atau kunyit hidup ditumbuk
Halia ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
3 ke 4 sudu besar tepung goreng Bestari. (boleh guna tepung jagung biasa)

Cara penyediaan :

Perap ayam bersama bahan perap. 
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga agak garing. Kemudian masukkan bahan sayur dan masak sekejap. Angkat dan toskan dari minyak dan hidangkan. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Suka sangat makan ayam goreng kunyit dengan nasi panas pastu letak sambal belacan sikit. Sedap!

    ReplyDelete
  2. Ayam goreng kunyit nmpak simple tpi sedapp

    ReplyDelete