Jom Menang Proton X70 - Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019

Hai semua, wah seronoknya akhirnya kita dah sampai ke bulan yang dinantikan setiap tahun, bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan. Harap korang semua tahun ni fokus kepada amal ibadat dan jaga perilaku semasa berpuasa. Masa ni lah nak didik diri, hati, mulut, jari mata dan telinga dari melakukan perkara perkara yang dilarang. Dan paling penting, jangan membazir makanan ya. Ambil makanan sihat dan minuman berkhasiat. Bercakap tentang air minuman ni kalau bulan puasa mestilah nak juga minum air berperisa semasa berbuka kan. 



Buat tambah tenaga dan segarkan balik badan. Kalau Kekny, paling Kekny suka beli ialah minuman Yeo’s lah. Kau nak dalam kotak dalam botol, kotak kecik, kotak besar, semua ada. Dah tu ada pelbagai jenis perisa yang sedap. Paling Kekny suka rangkaian minuman Yeo’s ni tak terlalu manis. Senang didapati kat pasaraya. Hampir semua kedai jual Yeo’s. Kalau Kekny beli barang dapur mesti beli ambil 2-3 kotak air Yeo’s kotak besar untuk tetamu yang datang atau untuk minum bersama keluarga. Eh tapi sebelum korang pergi beli Yeo’s tu Jom Menang Proton X70 Dan Duit Raya Dari Yeo’s!

Kenapa Korang Perlu Join Peraduan Yeo’s Raya Bergaya

Dah selalu beli air minuman Yeo’s tu apa kata korang join peraduan dari Yeo’s ni iaitu Peraduan Yeo’s Raya Bergaya. Kenapa korang perlu join? Sebab korang tahu dah mesti hari-hari minum air Yeo’s kan? Hehehe. Hadiah untuk contest ni memang terbaik! Hadiah utama ialah SEBUAH PROTON X70. Ya ampun X70 ni memang idaman betul lah.
Selain dari hadiah utama terdapat juga hadiah mingguan sepanjang peraduan ini berlangsung. Jadi peluang nak menang tu memang tinggi lah sebab ada 200 pemenang yang bakal memenangi RM500 duit raya! 500 tu banyak tau buat belanja raya. Memang boleh bergaya habis lah raya ni.



Peraduan bermual dari 15 April 2019 hingga 9 Jun 2019. Cara menyertai peraduan ni mudah sangat. Boleh baca step di bawah :
Langkah 1:
Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh,   Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:
Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873
Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4:
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.

Kalau korang tak join rugi sebab hadiah tu memang menarik sangat. Mana tahu nasib menyebelahi korang. Jom beli Yeo’s banyak-banyak dan masuk contest ni.




Air Soya Yeo’s Botol 1 liter ni memang COOL habis lah!

Haaaaa dan tahu tak yang Yeo’s sekarang dah datangkan Air Soya ni dalam packaging botol 1 liter yang menarik. Air Soya Yeo’s ni mengalami proses pengisian sejuk  dan kesegaran dia kekal lama. Tambahan pula bila letak dalam botol ni senang nak buka tutup. Bila nak minum ambil je dari peti ais dan buka penutup botol. Jadi air soya korang lebih segar rasa dia. Tak ada lah tumpah tumpah lagi. Korang nak minum kat mana-mana sahaja pun boleh contohnya nak bawa berkelah atau semasa riadah. Mudah simpan, mudah dibawa. Paling penting botol air korang boleh recycle sendiri untuk buat bekas minuman atau masuk tong kitar semula je.

Haaa masa berbuka dan bersahur nanti mudah la minum air soya Yeo’s dalam botol 1 liter ni. Banyak khasiat air soya ni sebab kaya dengan protein dan kurang lemak.  Boleh juga buat stock untuk raya dan untuk hidangan buat tetamu untuk open house nanti.

Ok Nak Raya Penuh Bergaya dengan Yeo’s kan? jom kita tonton video menarik kat bawah ni atau boleh ke website Peraduan Yeo's Raya Bergaya (Klik)


Post a Comment

4 Comments

  1. Berbuka posa kena air yeos ni sejuk².. Lega tekak rasa. . .
    Mudahnya peraduan ni

    ReplyDelete
  2. My favorite teh krisantimum Yeo's! Hehehehe sodapp

    ReplyDelete
  3. @SAYIDAH NAPISAH iya! dan hadiah utama Proton X70 bukan main!

    ReplyDelete
  4. Finanlly comes the new Proton X70 as a prize!!

    ReplyDelete