Naim Gulai Sembilang, Tanjung Dawai Kedah

March 28, 2019

Dah lama berhajat nak makan disini. Tapi tu lah kekangan masa memang menghalang. Sebelum ni dah 2 kali datang tapi tutup pula. Jadi akhirnya ada satu hari saya ambil cuti untuk kemari. Alhamdulillah buka dan dapatlah merasai keenakan makanan kat sini. Naim Gulai Sembilang memang agak terkenal di kalangan orang utara dan juga orang luar. Sebab utamanya ialah lokasi kedai ni berada di kawasan pengeluaran dan jualan hasil laut iaitu Tanjung Dawai. Jadi yang mana datang nak beli hasil laut mesti akan singgah makan di sini.


Naim Gulai Sembilang, Tanjung Dawai Kedah

Menu utama pastilah Gulai Ikan Sembilang ala utara yang sedap. Kalau disini utara gulai maksudnya ialah kari. Jadi Kari Ikan Sembilanglah bukan gulai lemak ya. Maktok sebelum ada datang dengan adik dan dah merasa gulai ikan sembilangnya. Memang sedap katanya. Disebabkan Kekny tak berapa suka gulai ikan, maka kami pilih Asam Pedas Ikan Sembilang yang tak kurang sedapnya. Rasa isi ikan sembilang tu manis dan berjus, masak dalam kuah asam pedas utara yang rasanya sedikit berempah. Bertambah sedap sebab dimasak dalam belanga ( kuali tanah liat) yang mengekalkan suhu panas kuah gulai atau asam pedas. Memang dah jadi trade mark Naim Gulai Sembilang, masakanya dimasak dalam belanga tanah liat ni.

Masa datang periuk ni ke meja memang mendidih didih lagi kuahnya. Kami pesan untuk 2 orang makan sahaja Asam Pedas ni tapi banyak juga ikannya sampai tak larat nak perabih. Ikannya besar besar dan dipotong 3 bahagian. Kalau tak silap ada 6 ketul juga.


Menu yang selalu orang order juga ialah sotong goreng celup tepung. Memang terbaik sotong celup tepung di Naim Gulai Sembilang. Tepung sadurnya rangup dan tak keras, tak juga berminyak sangat. Kami order sampai 2 pinggan sotong celup tepung sebab sedap!


Ada juga pelbagai ikan bakar seperti kembung bakar, kembung sumbat cili, cencaru dan juga beberapa ikan lain. Apa yang pasti disini tiada ikan siakap jenahak bagai semua tu sebab lauk kampung ala Melayu ni selalunya ikannya jenis biasa biasa. Biasa bukan biasa, sebab ikan kembung sumbat ni punyalah sedap!! Isi lemak, cili sumbat tu pedas manis cukup rasanya.


Sambal belacannya pun sedap, datang percuma dengan ulam ulam kampung seperti daun bebuas, daun pucuk gajus dan timun. Sedap betul kena dengan ulam kampung ni.


Depa dok tanya awat jarang boh gambaq Kekny kat blog. Nah ambik hangpa penuh screen hehehe


Pinggan Kekny. Suka bahagian ekor. Ni kali pertama makan ikan sembilang. Rasa dia macam ikan keli cuma rasanya ikan keli agak berlemak sikit. Ikan semilang pula tak berminyak sangat seperti keli.



Ok jumlah kami makan hari tu merangkumi

1 periuk Asam Pedas Ikan Semilang untuk 2 orang
Nasi untuk 3 orang
2 Sotong celup tepung
2 ekor ikan kembung sumbat bakar
1 telur dadar
1 sayur campur goreng
Sambal belacan dan ulam kampung
dan Air minuman

Jumlahnya ialah RM 86.00. Murah dan berbaloi sebab makan sampai tersandaq!

Kalau siapa nak datang ke sini boleh Waze atau Google Map sahaja. Dari highway PLUS exit ialah di Sungai Petani Utara. Terus je masuk jalan nak ke Merbok atau UiTM Merbok. Jalan terus sampai ke Tanjung Dawai. Kedai ni berada sebelum jumpa Pekan Tanjung Dawai. Kedai yang mula mula kita akan jumpa dulu.

You Might Also Like

4 comments

  1. sedapnyaaa gulai tuuuuu

    ReplyDelete
  2. Gulai ikan sembilang sedapnya kekny 😋
    Pernah ke yg Tg dawai ni tapi time raya, nampak kedai ni tapi katop :(

    ReplyDelete
  3. Bolehkah saya memesan makanan ini dalam talian dari merebut makanan kerana ia menawarkan 50% pada 5 pesanan pertama apabila anda memohon grab food promo

    ReplyDelete