Matahari Terbit di Tokyo Disneyland

Salam semua. Kekny nak cerita serba sikit pasal Tokyo yang asalnya merupakan perkampungan perikanan kecil yang bernama Edo. Pada tahun 1457, Ōta Dōkan membina Istana Edo. Pada tahun 1590, Tokugawa Ieyasu berpangkalan di Edo, dan sebaik sahaja menjadi shogun pada tahun 1603, bandar ini menjadi pusat pentadbiran tenteranya untuk seluruh negara. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18. And actually ada sebab kenapa Kekny cerita pasal Tokyo ni sebab kat Tokyo ni la ada satu tempat yang ramai teringin nak pergi termasuk Kekny, dan tempat yang dah lama bertapak kat Tokyo, iaitu Tokyo Disneyland yang awesome!

Sebut Tokyo ni perkara pertama mesti teringat Japanese Food yang sedap. Kekny paling suka Unagi Rice!



So apa yang interesting sangat pasal Disneyland kat Tokyo ni rasa-rasa korang? Antara semua disneyland yang ada, ramai yang pilih Disneyland Tokyo disebabkan kebersihan & kemudahan untuk kanak-kanak lebih terjamin. Transportation juga lebih efisien dan rakyatnya juga friendly dan sangat menghormati orang. Negara jepun juga merupakan antara negara yang paling kurang kadar jenayah. Bukan saya cakap tapi statistik yang cakap. Dah macam pakar jenayah lak Kekny ni. Haha. So kat sini Kekny nak share serba sikit tips kalau korang nak ke negara matahari terbit tu.



Pertama sekali tarikh korang kena set awal. Pastikan musim apa yang korang nak pergi sebab kat sana ada 4 musim. Kalau agak-agak tak tahan sejuk jangan pergi time winter tapi kalau nak juga tiada masalah sebab disneyland bukak je masa winter dan ada theme diorang masa winter nanti so fun jugak lah. Sambil-sambil tu korang plan lah tarikh yang tak ramai orang Malaysia bercuti sebab takut nanti kat sana sesak ngan orang Malaysia lak. Haha. And kadang-kadang kalau kita book flight ticket awal pun akan dapat harga yang runtuh meletop baru la dapat jimat kan. So salah satu Traveloka Malaysia attractions ialah diorang ada promo dalam masa-masa tertentu. Lepas tu kalau nak pergi sana biarlah pergi lama sikit, at least lebih dari 3 hari 2 malam baru puas.

Yang kedua korang kena draft itinery sebab korang kena plan kalau tak nanti percutian korang akan jadi benda-benda yang tak best. So make sure aktiviti korang tu sesuai dengan musim yang ada kat sana, takkan nak baling salji masa musim panas kan so plan betul-betul. Next lak tempat tinggal, korang kena buat research dulu nak stay mana ikut kesesuaian selesa korang dan bajet korang. Kalau pergi dengan family korang carilah yang besar sikit ke, kalau pergi sorang atau berdua dengan bajet yang rendah, kat sana ada yang sewa bilik je. Tapi yang penting tiket JP tren korang kena beli dari Malaysia sebab sampai sana je kalau beli sana mahal sangat harganya. Lagi satu Kekny nak pesan janganlah hilang tiket tren tu k. Naya nanti sebab harga dia boleh buat orang menangis.
 

Image credit to https://www.tripzilla.com

Next make sure baju korang sesuai dengan musim kat sana nanti, kalau winter korang jangan pakai macam korang duk dalam aircond kat Malaysia ni sebab nanti beku lak korang. At least 3 lapis baju sejuk korang kena ada. Barulah sesuai. Dan last sekali pasal makanan, kalau rase korang nak bawak makanan dari Malaysia di alu-alukan sebab nanti rindu lak makanan Malaysia. Sana pun boleh tahan juga makanan diorang yang banyak berasal dari ikan. Diorang pun ada nasi gak. Tak semuanya asyik makan sushi, kita je kat Malaysia yang suka makan sushi. Diorang pun makan nasi gak macam kita. Haha. 

Image credit to Shutterstock

So guys make sure korang ingat tips-tips ni supaya korang punya pengalaman best masa holiday nanti. Make sure untuk banyak amek gambar tau sebab kenangan yang ada gambar akan buatkan korang rasa nostalgia bila tengok balik nanti. Boleh citer kat anak cucu korang kisah korang bercuti kat Tokyo. Tapi kalau dah bawak anak tu takyah cerita kat anak nanti makin meluat lak dia silap-silap dia sound balik dia pun ada masa tu. hahaha.


Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnya unagi tu.. Kesukaan Sha tu..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kalau dapat pergi sana. Kalau bawak anak-anak ni mesti diorang suka ni...Memang salah satu wishlist ni untuk kesana nanti...

    ReplyDelete
  3. Huhu... Bila. Nak sampai ni agaknya..

    ReplyDelete