Resepi Sos Meatball ala Ikea

January 05, 2019

Hai semua, macam dah lama tak update blog. Sibuk betul hujung tahun lepas. Masuk tahun baru ni salah satu azam ialah nak update blog sekerap yang mungkin. Ok lah kita mulakan resepi terbaru tahun 2019 ni dengan resepi Sos Meatball Ikea yang sebenarnya mudah je nak buat.


Kekny tahu ramai yang suka makan Meatball Ikea kan. Korang suka meatball atau sosnya atau gabungan keduanya sekali? Haruslah keduanya sekali. Kebetulan Kekny hari tu ada order ready made meatballs dari seorang kawan ni. Jadi Kekny pun sediakan sos sendiri. Memangla tak dapat menyamai rasa sebenar Meatball Ikea, tapi rasanya menuju ke arah itulah hahaha..

Resepi pun mudah saja. Jom kita tengok resepi di bawah.


Untuk resepi ni sebenarnya boleh dipelbagaikan. Boleh tambah sos lada hitam lebih banyak maka jadilah sos lada hitam yang sesuai untuk ayam panggang, chicken chop, lamb chop dan sebagainya.



Resepi Sos Meatball Ala Ikea

Bahan-bahan :
1 tin sos carbonara instant
2-3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar butter
1 helai daun bay
Dried Italian herbs mix (selalu orang letak dalam kuah pasta)

Cara penyediaan :

Cairkan butter, dan masuk semua bahan. Kacau rata. Boleh tambah air atau susu jika terlalu perkat. Masak sambil kacau sehingga mendidih, masukkan garam jika perlu dan siap.


You Might Also Like

0 comments