Nasi Goreng Jagung Ketam

October 27, 2018

Selamat hari minggu. Sabtu saya kerja. Memanglah berkerja dalam bidang pembinaan dan hartanah ni, kerja tak tentu masa. Tapi hari ni agak free sedikit boleh la update resepi ringkas ni. Hari tu masuk contest ADABI di Instagram. Temanya jagung tin Adabi. Jadi tak tahu nak masak apa, saya masak Nasi Goreng Jagung Ketam yang saya pernah rasa sewaktu sarapan di hotel mana entah. Memang sedap betul nasi goreng chinese diletak isi ketam dan jagung. Sampai bertambah-tambah makan. Teringat ingat keenakanya sampai sekarang.

DSC08528ed DSC08512ed

Resepi Nasi GorengJagung Ketam

Bahan-Bahan
Bawang putih dan bawang merah dihiris
6 batang fillet ketam dihiris nipia
1/2 tin jagung kernel Adabi
3 cawan nasi
2 biji telur
Daun bawang dihiris
Lada sulah
Garam
Minyak atau butter secukupnya untuk tumis

Cara penyediaan  : 

Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan fillet ketam dan kacau rata.

Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan nasi

Masukkan garam dan lada sulah. Kemudian masukkan jagung Kernel Adabi. Akhir sekalu masukkan daun bawang dan siap nasi goreng kita.

You Might Also Like

0 comments