Tips Masak Pulut Tanak Lembut Dan Sedap

October 05, 2018

Kalau di Kedah memang biasa pagi makan pulut sebagai sarapan. Selalunya yang biasa dihidangkan ialah Pulut Ikan Kering. Sedap ya pulut ikan kering ni jika kita masak pulut jadi lembut dan tak keras. Selalu makan yang di jual kedai pulutnya jadi keras sangat. Ok hari ni Kekny cuti, pagi ni sarapan pulut tanak ikan tamban kering dan kopi o tanpa gula. Jom belajar tips tanak atau masak pulut yang betul dan pulut gebu, tak keras, tak lembik. Kekny kau pun kadang failed. Ini petua dari maktok ya.
Tips masak pulut, pulut tanak, sukatan air beras pulut, cara masak pulut, pulut kukus, pulut ikan kering

Tip Masak Pulut Lembut dan Sedap


Kalau untuk pulut tanak, tak perlu rendam ya. Boleh masak terus.

Pulut tanak nak senang masak guna rice cooker biasa saja. Lebih cepat masak dan tak berkerak.

Untuk ukuran air, kena kurang sikit dari beras biasa. Kalau beras nasi biasa kira 1 takat ukuran jari, tapi untuk pulut ukuran setengah takat jari saja. Rupanya air kena kurang, selama ini ingatkan masak pulut air kena lebih dari beras biasa. kahkahkah

Tips masak pulut, pulut tanak, sukatan air beras pulut, cara masak pulut, pulut kukus, pulut ikan kering


Pulut tanak ni kau orang boleh makan dengan ikan kering, ikan goreng biasa, masuk dalam bubur kacang, kuah durian atau makan dengan sambal ikan bilis.
Tips masak pulut, pulut tanak, sukatan air beras pulut, cara masak pulut, pulut kukus, pulut ikan kering


#ResepiEnyAbdullah

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya. Terbayang pulut lembut makan dengan ikan masin..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pulut tabur nyiur.. Kalau makan dengan ikan pekasam goreng pun sedap..

    ReplyDelete
  3. Kena air kurang rupanya.sebelum ni buat air lebih sikit dari masak nasi biasa. Terima kasih atas tip ini!

    ReplyDelete