Sedapnya Roti Titab di 1Cafe, Kemensah Heights

July 29, 2018

Kalau kau orang berada sekitar Ampang, Kuala Lumpur, boleh singgah di 1Cafe yang terletak di Kemensah Heights. Cafe nya yang cantik dan cosy ini sememangnya adalah tempat singgahan terbaik  melepaskan penat sambil menjamu selera.

Cafe ampang, roti titab ampang, resepi roti titab, cafe kemensah, kemensah groceries, cafe zoo negara,

Ruang dalaman sangat selesa dengan hiasan konsep moden.  Sangat lapang dan luas. Kanak-kanak pun selesa bermain disini.



Kekny kesana semasa menghadi Gathering Blogger AFB. Jadi sebelum sampai ke tempat acara berlangsung di Taj Villa  perlulah isi perut dahulu. Maka tempat makan paling dekat dengan Taj Villa ni ialah 1Cafe berdekatan dengan Kemensah Grocer sahaja. 

Banyak pilihan makanan kat sini, kami pilih tomyam, paprik, kek serta kuih muih. Lupa sekejap tadi punya excited nak terjun kolam mandi di Taj Villa. Punya la sedap makan di 1Cafe ni. Selesa pula dengan hiasan dalaman yang cosy.


Kek dan dessert dipamerkan dalam chiller memang menggamit selera! Teringin juga nak buka cafe macam ni.


First time merasai Roti Titab telur ni. Sedap betul! Rasanya lemak manis telur kaya dan butter tu bersatu dalam mulut tu aduuuuu...


Pemandangan dari luar kafe. Senang nak cari cafe ni dan parking pun senang.


Tengahari tu kami lapar betul,  jadi kena la order nasi juga.



Tomyam ni memang sedap dengan kuahnya yang pekat dan isinya banyak.


Menarik kan!

Paling seronok kat sini ada banyak pilihan dessert dari tart, pie, kek, kuih -muih moden dan tradisional. Semuanya ada!






Segala jenis kuih talam dan bingka ada.


Best kan konsep cafe begini. Ada segalanya. Jadi kalau  berminat boleh lah datang ke sini. 

Lokasi: 

1CafebybTJ&Shasha
7-A Jalan Romasra 1 ,
Kemensah heights 68000 KL


You Might Also Like

4 comments

  1. Tempting nampak roti titab tu...

    ReplyDelete
  2. Kafe berbentuk santai mcm ni mmg best. Kdg2 tak sedar citcatcitcat, dh sejam duduk kt dlm tu. Hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya cafe ni, semua ada! Sedap tengok carrot cake dia :D

    ReplyDelete
  4. ya allah terliur betulll ain nengokk semua makanannya..

    ReplyDelete