Pulut Mangga Makan Begini Baru Sedap!

July 26, 2018

Pulut Mangga memang terkenal kat negeri utara terutama di negeri Perlis dan Kedah kerana pengaruh dari Thailand. Ramai yang datang ke Kedah Perlis mesti tak lepaskan peluang merasai Pulut Mangga terutama jika musim mangga harum manis. Kalau bukan musim buah pun buah mangga dari Thai sentiasa ada stoknya. Tapi harga sepinggan pulut manga ni memang agak mahal ikut jenis mangganya juga. Kadang tu mencecah RM 10 sepinggan. Kalau Kekny nak makan tu memang buat sendiri sahaja sebab tak susah mana pun. Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu cara nak makan pulut mangga ni bagaimana. Betul ke?


Kesedapan pulut mangga memang bergantung kepada buah mangga yang manis, masak ranum dan tidak masam. Kalau masam memang kurang sedap rasanya. Kuah santan perlu sedikit pekat dan sedikit rasa manis. Resepinya ada dibawah.

DSC02870ed

Pulut pula dikukus tapi pulut kukus ni dia akan keras sikit. Ramai tak tahu cara makan. Ramai komen kenapa pulut keras hahaha. Sebenarnya bila nak makan tu kena curahkan santan keatas pulut sehingga "banjir" dan biarkan pulut serap kuah santanya barulah pulut itu lembut dan berlemak. 

DSC02869ed   

Resepi Pulut Mangga

Bahan-bahan
2 biji mangga masak dikupas dan potong serong
1/2 kg Pulut direndam selama 2-3 jam atau semalaman. Lebih lama lebih sedap tekstur pulutnya. Kemudian letak dalam pengukus dan kukus sehingga masak.

Bahan Kuah Santan 
2 cawan santan
1 cawan susu sejat
1/2 cawan air
3-4 sudu gula
1/2 sudu teh garam (ikut jangan masin sangat ya)
1 sudu the tepung jagung - ikut kepekatan boleh tambah jika nak lebih pekat

Kacau semua bahan diatas dengan rata dan panaskan atas api sehingga sedikit pekat. Angkat dan hidangkan dengan pulut bersama mangga.

You Might Also Like

3 comments

  1. fav ni..kalo pi mkn restoran thai slalu juga order

    ReplyDelete
  2. selalu jugak makan pulut mangga, tapi kalau mangga dngan doyan sha pilih doyannnnnn

    ReplyDelete
  3. sedapnya boleh try buat nanti tq kekny untuk resepi

    ReplyDelete