Pandan Gula Melaka Gebu dan Sedap

July 07, 2018

Nampaknya Kekny lupa nak share satu resepi kek yang menjadi kegemaran ramai iaitu Kek Pandan Gula Melaka yang sedap, gebu dan harum ni. Bila Kekny upload gambar Pandan Gula Melaka ramai yang mintak resepi. Ok lah kali ni Kekny share resepi mudah je buat Kek Pandan ni. Cuma Kekny guna bahan yang mudah iaitu tak pakai air pandan sebaliknya ganti dengan Pandan Coconut emulco dan guna santan segera sahaja berbanding santan segar. Tapi rasanya tetap sedap dan ramai pelanggan Kekny suka kegebuan dan keharuman pandan kelapa yang Kekny guna. Mestilah harga emulco tu mahal sikit baru rasanya sedap berbanding kita beli perisa jenis murah.


Boleh juga dibuat cupcakes Pandan Gula Melaka ye.

Untuk resepi Vanilla Cupcakes KLIK SINI

DSC01749ed
DSC01738ed

Untuk buttercream Kek Pandan Gula Melaka selalunya kita guna Swiss Meringue Buttercream. Tetapi jika tak suka telur putih  boleh juga guna satu resepi frosting Kekny yang sedap tanpa telur dan rasanya seakan akan Swiss Meringue, gebu dan berkrim serta kurang manis.

IMG_20180707_012434ED


Kek Pandan Gula Melaka

Acuan 7 inci bulat atau petak.
Untuk kek 9 atau 10 inci dan nak buat 3 lapisan, gandakan menjadi 2 adunan

Bahan A
170g mentega
150g gula castor
3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan
1 cawan santan kotak + 1 sudu besar cuka (kacau dan biarkan selama 15 minit)
1-2 sudu besar pandan emulco - ikut brand ada letak sikit pun dah cukup
1 sudu kecil esen vanilla - optional

Kalau tak mahu guna santan kotak, boleh gantikan dengan susu, dan gunakan emulco pandan coconut.

Emulco = flavour and color atau perisa yang bercampur siap bersama warna. 

Cara penyediaan :

Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul

Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering

Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing)

Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Swiss Meringue Buttercream

Bahan bahan:
4 biji telur putih
1 cawan gula caster
300 gram mentega - potong kiub
1/4 santan serbuk - optional
Sedikit esen vanilla

Cara penyediaan : 
Satukan telur putih dan gula. Panaskan secara double boil sehingga gula hancur atau jika guna termometer suhu mencapai 160C. Pastikan gula tidak lagi berpasir dan larut sepenuhnya.

Apabila telur dan gula sebati, terus masukkan kedalam mangkuk pemutar, dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi bertanduk.  Biarkan sejuk seketika.

Masukkan mentega dan diputar lagi hingga kembang.  Masukkan serbuk santan dan esen vanila. Dan putar lagi sehingga kembang putih dan gebu.


Kalau rasa tak suka Swiss Meringe Buttercream  yang ada Meringue putih telur dan rasa tak ada keyakinan nak handle Meringue hehehe boleh cuba resepi ni yang rasanya seakan akan sama je.

Cream Cheese Buttercream Gebu Dan Ringan

Bahan-bahan :

150 gm fresh cream (Kekny pakai brand Value Pride yang ada rasa manis)
100 gm cream cheese
60 gm icing sugar
1/4 cup serbuk santan (atau boleh pakai coconut flavour)

Cara penyediaan :
Pukul cream cheese bersama gula icing hingga sebati dan cream cheese kembang
masukkan fresh cream dan serbuk santan. Terus pukul sehingga icing kembang, ringan dan gebu. Siap!

Karamel Gula Melaka

Bahan bahan:
50 gm gula Melaka
1 sudu kecil gula merah serbuk - jika nak warna lebih gelap
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula castor
1/2 cawan air

Cara penyediaan : 
Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut dan pekat. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air. Masak semula hingga pekat.

Sejukkan sebelum digunakan untuk drizzle kek dan atas buttercream.

You Might Also Like

7 comments

  1. hi kak.. saya nak cuba kek pandan ni.. terimakasih.
    by the way, ramadhan yang lalu ramai pulok orang hadiahkan kurma.ada tak resepi kek atau biskuit berasaskan kurma

    ReplyDelete
  2. I'm a big fan of anything that is made of gula melaka. Nampak sedap. Thank you for sharing the recipe Kak Eny, boleh cuba buat nanti.

    Anyway, selamat hari raya aidilfitri to you ;)

    ReplyDelete
  3. Macam rumit je nak buat kek ni,tapi hasilnya cantik, tengok je dah sedap belum makan lagi, mesti sampai menjilat jari ni

    ReplyDelete
  4. Tq atas resipinya, nak cuba buatlah

    ReplyDelete
  5. salam k.eny, telur biasanya pakai saiz ape ye? A or AA

    ReplyDelete
  6. Mentega guna brand apa ye..

    ReplyDelete