Villa Kolam Renang Mewah di Taj Villa, Ampang

July 29, 2018

Bayangkan kalau dapat bawa satu keluarga besar kau ke sebuah banglo mewah lengkap dengan kolam renang dan segalanya. Ya ianya adalah satu keseronokan jika dapat menghimpunkan semua ahli keluarga bercuti di banglo seperti ini.

AFB Fun Day anjuran afb.my menghimpunkan  dibawah naungannya telah berlangsung dengan meriahnya di Taj Villa ini, sebuah banglo mewah lengkap dengan Kolam Renang yang biru airnya serta dilengkapi dengan 5 buah bilik tidur yang sangat selesa.


Bahagian parking villa sangat luas. Kalau nak berkenduri tu tak jadi masalah. Parking kereta muat sehingga 6 biji kereta!



Kau orang tahu selama 3 hari 2 malam kami seramai lebih kurang 30 orang lebih blogger dan keluarga masing masing menginap dengan penuh selesa, tak rasa bersesak pun. Tak adalah insiden berebut tandas ke berebut sofa ke kerusi ke, semuanya cukup sempurna dan selesa.


Terbaik sekali ialah sistem penghawa dingin villa ini yang sejuk betul! Jadi waktu siang disini memang tak rasa panasnya dengan ahli seramai itu berkumpul di ruang tamu pada satu masa. Waktu malam jika sejuk cuma perlu tutup sahaja penghawa dingin sebab villa ini dipinggir bukit jadi anginya sejuk dan nyaman. Toto juga disediakan jika tak cukup katil. Villa seluas alam, kau hamparkan saja toto itu. Memang kami tidur lena selama 2 malam. Sampai tentatif nak bersenamrobik terpaksa ditunda. Kes tidur sedap punya pasal hahahahahaha.




Dapur juga sangat lengkap dengan segala kemudahan memasak. Nak masak apa kau cuma perlu beli bahan basah dan kering sahaja. Bahan asas garam gula semua tersedia. Urusan menyediakan makanan untuk semua ahli AFB sangat mudah. Kerusi meja sofa semuanya lengkap. Bilik air bersih dan besar macam hotel mewah. Berbaloi dengan kadar RM1600 sehari jika nak adakan event seperti Family Day, Kenduri, Majlis dan sebagainya. Begitulah selesanya kalau bermalam disini.




No 1538, Jalan Bulbul, Taman Zooview.



Berikut keterangan Taj Villa :

Homestay 2 storey bungalow with swimming pool @ Taman Zooview

Upstairs : 3 rooms , 2 bathroom + family area

Downstairs : 1 study room + maid room , 2 bathrooms

Special features :-

* 6 CCTV cameras with infra red light & motion sensor

* 6 air conds

* 1 TV

* Fagor induction cooker

* BBQ grill

* Solar hot & cool water throughout the house.

* washing machine 13 kgs & dryer

* Wet & Dry Kitchen

• Easy Access to KLCC -- 15 mins to town

• Easy Access to Mont Kiara/Bangsar/ PJ areas -- Duke Highway

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi
RUBY 013-3809187
Fb.me/MilleniumTravelChauffeursSdnBhd
Instagr.am/duyong_secrets

You Might Also Like

4 comments

  1. wahhh bestnya buat gathering dekat situ, deco rumah pun cantik sangat!

    ReplyDelete
  2. wow bestnyaa...boleh gathering family kat sini.

    www.ummicenter.com

    ReplyDelete