Dilanda Ketagihan Kerepek Bronis!

June 04, 2018

Kerepek Bronis? Ramai juga letak tanda soal bila Kekny letak gambar memborong kerepek Bronis minggu lepas. Ada yang tanya kerepek pisang ke kerepek ubi hahaha. Bronis ialah dari perkataan BROWNIES. Mesti korang tau Brownies tu apa kan. Kalau di bahasa Malaysia kan sebutannya menjadi BRONIS. Haaaa sebab tu Puan Azila Mahmod, pengasas KEREPEK BRONIS ni memilih dan mematenkan trademark BRONIS kerana keunikan nama kreatif ini mempunyai tarikannya tersendiri.


Datang dalam paket khas kedap udara, menarik betul packagingnya kan! Tengok Kekny kau borong. Ketagih lah bila sekali rasa mesti rasa nak beli lagi. Mana cukup beli satu!

DSC04874ed

Bukan sahaja naman BRONIS itu sangat menarik, produk utamanya iaitu KEREPEK BRONIS, iaitu Brownise yang dinipiskan menjadi seperti kerepek memang sememangnya sesuatu yang fenomena. Kau mesti dah tertanya-tanya macam mana penghasilan brownies tu menjadi nipis dan rangup kan? Tetapi Kekny rasa kau lagi tertanya-tanya bagaimanakah rasanya Kerepek Brownies ni?

DSC04879ed
DSC04876ed

Rangupnya Kerepek Bronis!

Kekny mulanya agak skeptikal nak mencuba. Sebab terbayang rasanya mesti macam biskut chocolate chips letak almond tu. Tetapi itulah belum kenal dan belum cuba mana nak mai rasa ketagih tu, dah rasa sekali baru tahu kenapa ianya dipanggil kerepek bukanya biskut!!! Rangupnya tak sama seperti biskut. Rangupnya rangup kerepek!

Kau kenalah rasa kalau nak tahu rasa rangupnya kerepek Bronis yang unik ni. Gigit satu, habis, ambil lagi, gigit lagi habis, sedar sedar kau dah ketagih giler! Pinjam depa punya tagline hahahha

So far, ada dua flavour utama produk keluaran Kerepek Bronis ni iaitu Kerepek Bronis Chocolate  Almond dan Kerepek Bronis Teh Tarik Almond.

DSC05073ed

Kerepek Bronis Chocolate  Almond

Ibarat menikmati brownies premium yang mahal dan sedap, tetapi dalam versi nipis dan rangup. Rasa chocolate memang rasa dark chocolate yang mewah, manisnya secukup rasa, tekstur rangup diselang seli dengan gigitan chocolate chips dan almond panggang!

Kalau brownise biasa dicadangkan menikmati nya dengan meletak seskop ais krim vanila atasnya, tetapi yang ni Kekny nak cadangkan kau letak kerepek Bronis ni pula diatas ais krim vanila. Thats it. Umppph!


DSC05087ed

Kerepek Bronis Teh Tarik Almond 

Yang Teh Tarik Almond pula memang seperti korang menikmati secawan Teh Tarik kaw-kaw  habis di sebuah restoren mamak yang hipster. Begitulah gambaranya dengan rasa tehnya sangat menyerlah. Keharuman bau teh yang wangi bercampur aroma kacang almond dan susu memang buat kau rasa nak hadap Kerepek Bronis Teh Tarik ni tanpa henti. Kalau boleh rasanya nak stok kan bilik kau penuh dengan kerepek bronis ni.

DSC05129ed DSC05109eeed

Untuk raya akan datang ni boleh la korang order Kerepek Bronis ni untuk dijadikan hidangan tetamu yang datang ke rumah. Sekali sekala kena la hidangkan kudapan hipster ikut trend! 

Untuk yang berminat nak order boleh order terus dari :
Hotline no 0125352887
FB Page BRONIS HQ
IG KEREPEK BRONIS HQ

Kerepek Bronis ni memang fenomena. Dah viral dan dah beberapa kali masuk TV. Yang baju biru tu ialah Puan Azila Mahmood Pengasas dan CEO Bronis Sdn Bhd. Orang Jitra juga. Bangga juga orang Jitra Kedah berjaya macam ni. Seorang usahawati yang memulakan perniagaan dari bawah, melalui pelbagai rintangan dalam dunia perniagaan. Kini beliau berjaya setelah berjaya menghasilkan produk kreatif ini iaitu Kerepek Bronis.

You Might Also Like

3 comments

  1. Sodapnyaaaaaa. Hadoi menggoda suh beli ni

    ReplyDelete
  2. yang teh tarik almond tu menggoda sangat haiihhh... :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Stokis kerepek bronis pasir mas...019-4552689

    ReplyDelete