Udang Goreng Halia

April 16, 2018

Resepi paling ringkas ni dan paling mudah disediakan. Kadang-kadang bila dah beli udang asyiklah masak udang goreng kunyit atau masak lemak je. Udang Goreng Halia ni Kekny rasa kat kedai masakan siam beberapa bulan lepas. Balik rumah Kekny olah semula resepinya ikut citarasa sendiri. Sedap juga ya bila letak halia muda tu banyak banyak dalam menu ni. Kalau korang tak suka udang boleh gantikan dengan ayam atau daging. 


Ok resepi pun simple. Etry pun pendek sebab 2-3 minggu ni sibuk siapkan hal kerja. 

DSC01295ed

Resepi Udang Goreng Halia

Bahan-bahan 
1/2 kilo udang saiz besar
digaul dengan garam dan tepung jagung. Goreng sekejap.
1 batang besar halia muda dihiris nipis - simpan sedikit untuk ditabur pada akhir
2 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar dibelah besar
2 pokok daun bawang dipotong

Cara penyediaan
Panaskan sedikit minyak gorengan udang tadi, dan tumis bawang putih beserta halia. Biar layu dan dan masukkan sedikit air. 

Masukkan sos tiram dan kacau rata. 

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi, bawang besar dan daun bawang yang telah dipotong. Masukkan juga baki hirisan halia supaya lebih sedap bau halianya. Siap. Mudah je kan!

You Might Also Like

3 comments

  1. mudahnya menuu. boleh lah cuba untuk menu puasa nanti hihi

    ReplyDelete
  2. waaa sedapnya makan time tengah hujan ni..singgah sini

    ReplyDelete