Ini Cara Masak Bihun Goreng Yang Sedap Dan Cantik

April 30, 2018

Ramai yang bertanya Kekny, ada tak tips bihun goreng yang sedap? Sebelum tu korang tahu ke apa ciri-ciri bihun goreng sedap ni? Mesti citarasa setiap orang tak sama kan. Bagi Kekny, bihun goreng yang sedap ni tekstur dia lembut tapi ada kenyal sikit. Bukan keras tapi kenyal yang sedap. Ada rasa yang cukup, masinya, manisnya, pedas dan sedikit masam. Lepas tu mestilah bahan-bahan dalam tu meriah dan cukup sayurnya. Mesti ada taugeh rangup yang kita masukkan akhir sekali. Bila nak maka tabur telur dadar yang dipotong.


Tips Bihun Goreng Sedap


1. Kekny pakai bihun Cap Juara. Dari maklumat kawan-kawan di Facebook, ramai juga cadangkan bihun jenama Aeon Big. Pastikan rendam dalam air sejuk biasa dari malam sebelum masak tu baru lah bihun elok tak putus. Minimum masa tu 3 jam rendam.

2. Masukkan bahan-bahan perasa semasa menumis sebelum bihun dimasukkan. Baru lah rasanya sebati. Pastikan garam dan gula juga dimasukan awal. Jika selepas bihun dah dimasukkan, rasanya kurang masin dan tawar, cara yang korang boleh buat ialah, bancuh air garam dan curahkan kedalam kuali bihun goreng tu tadi. Kacau rata. Tak ada lah garamnya masih sebiji sebiji nanti bila nak makan.

3. Bawang dikisar. Barulah sedap. Boleh kisar sekali dengan cili kering yang direbus tu. Lebihkan bawang putih baru sedap

4. Jangan pecah telur dalam kuali bihun semasa goreng, tetapi goreng dadar asing dan potong halus baru tabur dalam bihun yang siap digoreng. Kacau rata.

5. Kalau guna daging, daging tu rebus dahulu sehingga lembut, potong kecil. Air rebusan boleh buat kisar cili dan bawang dan masukkan dalm kuali semasa nak lembutkan bihun.

6. Boleh tambah perahan jus limau lepas bihun hampir siap masak. Lebih sedap!

7. Guna senduk kayu supaya bihun tak putus. Jika boleh senduk yang seperti garfu besar tu.

Resepi bihun goreng di blog Kekny :

Resepi Bihun Goreng Cili Padi
http://www.enyabdullah.com/2015/09/bihun-goreng-cili-padi.html?m=1

Resepi Bihun Goreng Tomyam
http://www.enyabdullah.com/2018/04/bihun-goreng-tomyam.html?m=1

Kekny ada share video bihun goreng ni di instagram. Jom tengok!

You Might Also Like

3 comments

  1. hai kekny !

    windunya ! terasa lamanya ana tak terjah blog kekny !


    salam rindu,
    Anamizu ;)

    ReplyDelete
  2. Terbaik la tips ni ! Thanks Kak Eny ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  3. Thnx for sharing this. Sy msk bihun selalu berkumpul2.

    ReplyDelete