Bihun Goreng Tomyam? Eh sedap lah!

April 18, 2018

Kekny jumpa resepi Bihun Goreng Tomyam ni dah lama tau, cuba baru baru ni nampak ada orang buat baru teringat nak buat. Allah senang sangat resepinya cuma pakai pes tomyam tu sahaja. Lepas tu boleh tambah sos cili dan sos tiram sikit nak bagi rasa manis manis. Kekny tambah juga cili kering dan bawang kisar. Masak pun campak-campak je tengok apa ada dalam peti ais. 


Haaa tapi dalam campak-campak tu Kekny campak sekilo sotong dalam tu hihihi. Sedap sungguh la makan bihun goreng penuh sotong!
DSC02219ed
Paling sedap bihun ni kena makan lepas goreng kan. Dia masih lembap-lembap tu Allah sedapnya.. DSC02191ed

Resepi Buhun Goreng Tomyam

Bahan-bahan
1 bungkus bihun, direndam semalaman
1 botol kecil pes tomyam - anggaran 5-6 sudu besar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar cili kisar
1 kg sotong atau apa sahaja bahan seafood
3-4 helai daun limau purut
Taugeh secukupnya
Sawi secukupnya

Bahan kisar 
2 ulas bawang besar
10 ulas bawang putih

Cara penyediaan 

Panaskan minyak, tumis bahan kisar, dan masukkan pes tomyam, cili kisar, sos cili dan sos tiram. Masukkan juga garam secukup rasa. Biar sehingga cili kering dan masak garing.

Masukkan sotong dan daun limau purut, kacau rata. Terus masukkan bihun dan terus gaul dan kacau. Jangan masak lama takut sotong keras.

Masukkan sayur-sayuran dan siap

You Might Also Like

4 comments

  1. uish guna pes tomyam je? untuk peminat tomyam boleh lah try, mudah je ni

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi ni....pernah dengar...

    ReplyDelete
  3. kekny masak lah apa pun semua nampak sedap dan meyelerakan

    ReplyDelete
  4. Resepi senangnya. Nnti boleh try. Anak2 cikla mmg hantu sotong ni...

    ReplyDelete