Kuala Lumpur, senyuman mu, dipagi ini, sungguh bererti… Antara bait bait dalam lagu Kuala Lumpur oleh Alleycats. Adakah warga wilayah ini masih tersenyum sekarang? Kuala Lumpur, Ibu Negara kita tercinta. Isinya penuh drama dan cerita, juga bahagia, juga derita. Hidup dalam hutan konkrit di Kuala Lumpur memerlukan kekuatan minda dan fizikal yang kuat. Ini kerana warga wilayahnya yang berdaya saing mencari rezeki  tidak pernah mengenal waktu dan penat. Tak dilupa juga yang mencari ilmu. Ya anak-anak wilayah persekutuan. Mereka ini membesar di bandar pesat membangun dan maju, dewasa mereka selari dengan pembangunan yang berlaku Kuala Lumpur. Wajarlah anak-anak ini dibantu dari segi memudahkan urusan mereka mencari ilmu. Inisiatif yang telah diambil Dewan Bandaraya Kuala Lmpur (DBKL) dalam menyediakan Bas Sekolah Percuma untuk anak-anak Kuala Lumpur in merupakan satu langkah permulaan dalam menangani kemiskinan bandar dan mengurangkan beban penduduk bandar.

Bas Sekolah Percuma Satu Keperluan Asas Anak Anak Wilayah Persekutuan


Bas sekolah percuma, bas sekolah wilayah persekutuan, DBKL, Bantuan bas sekolah, bantuan DBKL

Mengimbau masa persekolahan Kekny pada tahun 90an, betapa susahnya ayah Kekny menghantar kami adik beradik ke sekolah. Masa tu kami tak ada kereta. Ayah ada lori dan motor sahaja. Jadi pengangkutan utama ke sekolah ialah menaiki motor. Bila adik-adik pun mula bersekolah, teruk juga tugas ayah menghantar kami semua. Ayah yang ketika itu berkerja sebagai peniaga, terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk tambang kami adik beradik ke sekolah. Maka naik lah van dan bas ke sekolah saban hari. Tanpa kami sedari yang setiap bulan ayah mengeluarkan sebanyak RM400 untuk tambang ke sekolah kami. Pada waktu itu RM400 adalah sejumlah yang tinggi nilainya. Itu secebis kisah dizaman 90an.

Kisah diwaktu sekarang lebih mencabar diri ibu bapa dan anak-anak yang mencari ilmu. Hidup di kotaraya yang penuh sesak, masa ibarat diatas jalan raya sahaja. Seawal 5 pagi bangun dan bersiap ke sekolah, itulah rutin harian. Demi menjimatkan perbelanjaan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar sendiri anak-anak ke sekolah.Ada juga ibu bapa menggunakan perkhidmatan bas sekolah berbayar yang jumlahnya adalah sangat tinggi. Bayangkan saban tahun ibu bapa pasti terpaksa memperuntukkan sejumlah ribuan ringgit juga bagi keperluan pengangkutan ke sekolah anak. Baik menaiki bas atau dihantar sendiri semuanya memerlukan kos tinggi. Jadi keperluan ini harus dipenuhi segera.

Setiap anak anak wilayah mendapat pelbagai manfaat hasil dari kepesatan Kuala Lumpur. Antara yang Kekny nak tekankan disini ialah Kemudahan Pengangkutan Awam ke Sekolah. Pengangkutan awam ke sekolah ialah satu keperluan pada masa sekarang. Ianya ibarat keperluan asas. Anak anak wilayah ini perlukan jaminan ke sekolah dengan selamat dan menaiki bas sekolah yang disediakan ialah satu cara memastikan mereka selamat sampai  ke sekolah serta balik ke rumah.

Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA di sekitar Wilayah Persekutuan

Diatas kesedaran bahawa bas sekolah pada masa kini sangat membebankan ekonomi  para ibu bapa, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama syarikat-syarikat bas terpilih telah memulakan operasi perkhidmatan bas sekolah percuma pada tahun 2017. Hasil inisiatif menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pekhidmatan ini diharapkan dapat membantu sebilangan besar penghuni penghuni PRT di sekitar wilayah persekutuan.

Bas sekolah percuma, bas sekolah wilayah persekutuan, DBKL, Bantuan bas sekolah, bantuan DBKL

Bas sekolah percuma, bas sekolah wilayah persekutuan, DBKL, Bantuan bas sekolah, bantuan DBKL


Manfaat Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kepada Warga Wilayah

Ibu bapa adalah yang paling gembira dengan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan ini. Ianya ditungu-tunggu kerana selain memudahkan urusan pergi dan balik anak -anak ke sekolah, ianya menjimatkan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh ibu bapa. Ribuan ringgit dapat dijimatkan dan keselamatan anak anak menaiki bas sekolah juga lebih terjamin. Ibu bapa tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak yang terpaksa mengunnakan perkhidmatan awam bercampur gaul dengan orang dewasa.

Ibu bapa juga dapat memberi tumpuan pada kerja mereka kerana jika sebelum ini mereka perlu mengorbankan masa rehat semasa bekerja hanya untuk pulang mnagmbil anak anak dari sekolah. Waktu pagi juga menjadi masalah kerana jalanraya yang sesak menyukarkan dan melambatkan waktu untuk masuk ke pejabat. 

Peranan DBKL Dalam menjayakan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma


DBKL memainkan peranan penting dalam menjayakan Perkhidmtan Bas Sekolah Percuma terutama dalam membantu mengenalpasti warganya yang layak mendapat kemudahan ini. Selain itu DBKL juga mengatur perjalanan bas supaya lebih selaras dan mengoptimukan perkhidmatan bas sekolah percuma ini.

Kami Senyum Dapat Naik Bas Sekolah Percuma!


Usaha murni pihak DBKL dan Kementerian Wilayah ini harus kita sokong dengan harapan ianya berterusan agar lebih ramai yang dapat menerima kemudahan ini dan membantu meningkatkan taraf ekonomi warga wilayah. Kini setiap pagi, bukan lagi kedukaan malah seyuman sudah terukir di wajah mengiringi anak-anak ini ke sekolah.