Kami Senyum Dapat Naik Bas Sekolah Percuma!

April 28, 2018

Kuala Lumpur, senyuman mu, dipagi ini, sungguh bererti… Antara bait bait dalam lagu Kuala Lumpur oleh Alleycats. Adakah warga wilayah ini masih tersenyum sekarang? Kuala Lumpur, Ibu Negara kita tercinta. Isinya penuh drama dan cerita, juga bahagia, juga derita. Hidup dalam hutan konkrit di Kuala Lumpur memerlukan kekuatan minda dan fizikal yang kuat. Ini kerana warga wilayahnya yang berdaya saing mencari rezeki  tidak pernah mengenal waktu dan penat. Tak dilupa juga yang mencari ilmu. Ya anak-anak wilayah persekutuan. Mereka ini membesar di bandar pesat membangun dan maju, dewasa mereka selari dengan pembangunan yang berlaku Kuala Lumpur. Wajarlah anak-anak ini dibantu dari segi memudahkan urusan mereka mencari ilmu. Inisiatif yang telah diambil Dewan Bandaraya Kuala Lmpur (DBKL) dalam menyediakan Bas Sekolah Percuma untuk anak-anak Kuala Lumpur in merupakan satu langkah permulaan dalam menangani kemiskinan bandar dan mengurangkan beban penduduk bandar.

Bas Sekolah Percuma Satu Keperluan Asas Anak Anak Wilayah Persekutuan


Bas sekolah percuma, bas sekolah wilayah persekutuan, DBKL, Bantuan bas sekolah, bantuan DBKL

Mengimbau masa persekolahan Kekny pada tahun 90an, betapa susahnya ayah Kekny menghantar kami adik beradik ke sekolah. Masa tu kami tak ada kereta. Ayah ada lori dan motor sahaja. Jadi pengangkutan utama ke sekolah ialah menaiki motor. Bila adik-adik pun mula bersekolah, teruk juga tugas ayah menghantar kami semua. Ayah yang ketika itu berkerja sebagai peniaga, terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk tambang kami adik beradik ke sekolah. Maka naik lah van dan bas ke sekolah saban hari. Tanpa kami sedari yang setiap bulan ayah mengeluarkan sebanyak RM400 untuk tambang ke sekolah kami. Pada waktu itu RM400 adalah sejumlah yang tinggi nilainya. Itu secebis kisah dizaman 90an.

Kisah diwaktu sekarang lebih mencabar diri ibu bapa dan anak-anak yang mencari ilmu. Hidup di kotaraya yang penuh sesak, masa ibarat diatas jalan raya sahaja. Seawal 5 pagi bangun dan bersiap ke sekolah, itulah rutin harian. Demi menjimatkan perbelanjaan ada ibu bapa yang terpaksa menghantar sendiri anak-anak ke sekolah.Ada juga ibu bapa menggunakan perkhidmatan bas sekolah berbayar yang jumlahnya adalah sangat tinggi. Bayangkan saban tahun ibu bapa pasti terpaksa memperuntukkan sejumlah ribuan ringgit juga bagi keperluan pengangkutan ke sekolah anak. Baik menaiki bas atau dihantar sendiri semuanya memerlukan kos tinggi. Jadi keperluan ini harus dipenuhi segera.

Setiap anak anak wilayah mendapat pelbagai manfaat hasil dari kepesatan Kuala Lumpur. Antara yang Kekny nak tekankan disini ialah Kemudahan Pengangkutan Awam ke Sekolah. Pengangkutan awam ke sekolah ialah satu keperluan pada masa sekarang. Ianya ibarat keperluan asas. Anak anak wilayah ini perlukan jaminan ke sekolah dengan selamat dan menaiki bas sekolah yang disediakan ialah satu cara memastikan mereka selamat sampai  ke sekolah serta balik ke rumah.

Bas Sekolah Percuma Untuk PPR dan PA di sekitar Wilayah Persekutuan

Diatas kesedaran bahawa bas sekolah pada masa kini sangat membebankan ekonomi  para ibu bapa, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama syarikat-syarikat bas terpilih telah memulakan operasi perkhidmatan bas sekolah percuma pada tahun 2017. Hasil inisiatif menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pekhidmatan ini diharapkan dapat membantu sebilangan besar penghuni penghuni PRT di sekitar wilayah persekutuan.

Bas sekolah percuma, bas sekolah wilayah persekutuan, DBKL, Bantuan bas sekolah, bantuan DBKL

Bas sekolah percuma, bas sekolah wilayah persekutuan, DBKL, Bantuan bas sekolah, bantuan DBKL


Manfaat Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kepada Warga Wilayah

Ibu bapa adalah yang paling gembira dengan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan ini. Ianya ditungu-tunggu kerana selain memudahkan urusan pergi dan balik anak -anak ke sekolah, ianya menjimatkan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh ibu bapa. Ribuan ringgit dapat dijimatkan dan keselamatan anak anak menaiki bas sekolah juga lebih terjamin. Ibu bapa tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak yang terpaksa mengunnakan perkhidmatan awam bercampur gaul dengan orang dewasa.

Ibu bapa juga dapat memberi tumpuan pada kerja mereka kerana jika sebelum ini mereka perlu mengorbankan masa rehat semasa bekerja hanya untuk pulang mnagmbil anak anak dari sekolah. Waktu pagi juga menjadi masalah kerana jalanraya yang sesak menyukarkan dan melambatkan waktu untuk masuk ke pejabat. 

Peranan DBKL Dalam menjayakan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma


DBKL memainkan peranan penting dalam menjayakan Perkhidmtan Bas Sekolah Percuma terutama dalam membantu mengenalpasti warganya yang layak mendapat kemudahan ini. Selain itu DBKL juga mengatur perjalanan bas supaya lebih selaras dan mengoptimukan perkhidmatan bas sekolah percuma ini.

Kami Senyum Dapat Naik Bas Sekolah Percuma!


Usaha murni pihak DBKL dan Kementerian Wilayah ini harus kita sokong dengan harapan ianya berterusan agar lebih ramai yang dapat menerima kemudahan ini dan membantu meningkatkan taraf ekonomi warga wilayah. Kini setiap pagi, bukan lagi kedukaan malah seyuman sudah terukir di wajah mengiringi anak-anak ini ke sekolah. 

You Might Also Like

58 comments

  1. Bagusnya ada program seperti ni. Dapat memabantu meringankan kewangan keluarga, anak-anak pula gembira dapat ke sekolah bersama kawan-kawan yang lain.

    ReplyDelete
  2. terbaiklah DBKL dan Wilayah Persekutuan. harap mengembirakan hati anak2 yang bersekolah tu

    ReplyDelete
  3. Untungnyaaa budak budak sekolah skrg kann. Byk kemudahan yg diberikan. Untungnyaaa sapa yg duduk area KL👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  4. dulu masa sekolah seronok tengok kawan kawan pi skolah naik bas. taksangka pulak memerlukan kos yang banyak. bila ada inisiatif mcm ni memudahkan ibubapa dan pelajar

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ada bas begini.. Dapat membantu ringankan ibu bapa..tahniah atas usaha pihak yg myediakan bas percuma ni

    ReplyDelete
  6. Untung sungguh anak2 kat Wilayah Persekutuan ni..mak bapa pun lega sbb bas percuma kann

    ReplyDelete
  7. kat kawasan rumah saya pun ada perkhidmatan bas percuma ni untuk budak2 sekolah..bagus la program ni, dpt juga ringankan beban ibu bapa..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, good initiative by WP utk membantu meringankan beban ibu bapa =)

    ReplyDelete
  9. Useful sangat ni. Dah la jalan dalam kl tu jammed sangat. Habis parents punya masa on the road je nanti

    ReplyDelete
  10. I pun senyum sama :)) muehehe ... bestnya ada program mcm ni, nak la juga ada kat Sabah :)) ...

    ReplyDelete
  11. Bestnya bas sekolah percuma. Untung bdk2 ni

    ReplyDelete
  12. dulu pun ke sekolah naik bus, tapi zaman tu bantuan seperti ini masih belum ada. Alhamdulillah rezeki anak-anak di bandar. tak semua orang merasa nikmatnya kaya

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah. Program ini telah membuat ramai yg tersenyum dan InshaAllah mampu melahirkan anak-anak yg sentiasa bersemangat pergi sekolah utk menimba ilmu. No more excuses ye lepas ni ye dik malas nk g sekolah.

    Usaha ni patut diteruskan sampai bila2 ...

    ReplyDelete
  14. Teringat zaman sekolah dulu-dulu, tertinggal bas lah, berebut nak duk belakang sekali lah...
    Apa-apa pun, bagus ada inisiatif macam ni, kenderaan makin banyak kat jalan-raya, bila ada program bas percuma ni, satunya ibu bapak dah tak payah pening-pening carikan bas untuk anak..

    ReplyDelete
  15. Geng bas sekolah seronok, ibubapa oun gembira sebab mengurangkan kos kehidupan mereka...

    ReplyDelete
  16. Seronok tengok anak anak tersenyum bila naik bas percuma. Inisiatif yang bagus bantu jihad anak anak

    ReplyDelete
  17. Bery useful untuk warga kota yang busy berkerjaya dan dapat juga mengurangkan beban keewangan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. Happy tengok muka adik adik tu.. teringat zaman dulu2 sbb sy pun naik bas gak..

    ReplyDelete
  19. Happy tengok budak sekolah ada free transport. Kurangkan beban ibu bapa. :)

    ReplyDelete
  20. Usaha yg perlu dihargai oleh parents di wilayah persekutuan.. Manfaatkan dgn sebaik baiknya

    ReplyDelete
  21. Inisiatif yg bagus Dari dbkl.. untungnya duk kl. Boleh juga Bantu golongan kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  22. bestnya.... dapat ringankan beban ibu bapa... nak-nak yang anak ramai...

    ReplyDelete
  23. wahh percuma je? mantopp! bagusnya usaha DBKL ni.

    ReplyDelete
  24. Kami senyum tengok unicorn. Eh! Adam time naik bas dengan kawan-kawan kemain seronok

    ReplyDelete
  25. Beruntungnya anak² warga KL. Macam kak nina punya 5 orang anak ni, sangat sangat meringankan bebanan bulanan.

    ReplyDelete
  26. Best org kl..jimat satu kos hidup kan...

    ReplyDelete
  27. Terus terimbau zaman sekolah dulu. Ain dari tadika dah naik bas sekolah sebab mak dgn ayah kerja. Mak ayah mana sempat nak hantar kami (masa tu dua beradik) ke sekolah sebab mak ayah keluar rumah gelap2 subuh lagi.

    Tapi seronoook nya Ya Allah dapat naik bas sekolah. Sebab ada kawan2. Dalam bas tu bersembang, bergurau, bercerita itu ini nak-nak lagi kalau lepas cuti sekolah.. hahahahaa.. Rindu moment tu.. :)

    ...

    ReplyDelete
  28. Bagus ada perkhidmatan bas percuma ni. Sebab yuran bas sekolah makin mahal. Beruntung anak-anak warga KL.

    ReplyDelete
  29. Bagus sangat program bas sekolah percuma ini. Terutama golongan berpendapatan rendah

    ReplyDelete
  30. Kurang sikit bebanan mak ayah bila ada program seperti ni

    ReplyDelete
  31. Bagusnya ada bas percuma ni....anak anak tak ketinggalan nak ke sekolah

    ReplyDelete
  32. inisiatif yang sangat bagus dan memudahkan ibu bapa..

    ReplyDelete
  33. siapa tak suka dapat naik bas free... huhu

    ReplyDelete
  34. usaha yang murni untuk bantu ringankan beban ibubapa yang masih mempunyai anak bersekolah

    ReplyDelete
  35. rasa nak kembali ke sekolah hahaha

    ReplyDelete
  36. rasa nak kembali ke sekolah hahaha

    ReplyDelete
  37. Bagus Ada inisiatif bas sekolah percuma ni, ibu bapa tak rasa beban sangat kena bagi duit tambang bas

    ReplyDelete
  38. tahniah, kemudahan sebegini membantu sebilangan besar penghuni penghuni PRT di sekitar wilayah persekutuan.

    ReplyDelete
  39. bagus ni.. dapat juga mengurangkan perbelanjaan bulanan dengan adanya program ni untuk anak-anak

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  40. Rindu zaman kanak2 dapat naik bas. Banyak nostalgia. Beruntung budak2 sekarang dah ada bantuan bas percuma. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  41. serious la free. bestnya dorang.

    ReplyDelete
  42. Usaha murni untuk mereka yang memerlukannya

    ReplyDelete
  43. Untungnya ada perkhidmatan bas percuma macam ni.

    ReplyDelete
  44. Cik en baru tau de inisiatif ni.. bagus kan?

    ReplyDelete
  45. Oo..dah percuma ye sekarang. Baru ciktie tau.

    ReplyDelete
  46. Bantuan yg sgt bermakna kpd parents yg sgt memerlukan. At least dapat kurangkan beban. Duit belanja sekolah anak lg.. duit tambang lgi kan.. byk kos sbenarnye ntk ank yg masih sekolah. Syukur sgt memahami.

    ReplyDelete
  47. teringat pulak zaman sekolah rendah dulu naik bas sekolah.
    pepagi kena bangun awal sebab rumah Mya yg kedua yang dia singgah.

    ReplyDelete
  48. Ya Allah.beruntung sgt.jimat 60 70 tau.

    ReplyDelete
  49. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  50. bagusnya ada program bas sekolah percuma ni dapat membantu

    ReplyDelete
  51. Untung anak-anak wilayah. Moga terus bersemangat meninba ilmu.

    ReplyDelete
  52. Hat ni memang baguih sgt laa di teruskan dan diperluaskan lagi

    ReplyDelete
  53. teringat pulak zaman sekolah rendah dlu... terasa nak naik bas sekolaj lagi pulak.. heheheheh

    ReplyDelete
  54. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.

    ReplyDelete