Agli E Olio Pasta Paling Senang Nak Masak!

March 24, 2018

Agli e Olio hidangan pasta tradisional dari Naples Itali ni memang menjadi kegemaran Kekny. Ramai yang belum pernah cuba tertanya tanya bagaimanakan rasanya pasta ni.  Perisa utamanya ialah bawang putih dan minyak zaitun. Tetapi nak lebih sedap kita boleh tambah kepingan serbuk cili (chillie flakes bukan cili serbuk halus yang orang buat rempah tu), udang, sotong, kepah segar atau daging atau ayam. Selalunya seafood lah menjadi pilihan kerana rasa seafood yang kuat membuat rasa pasta lebih sedap! Memang resepi ni ialah pasta yang paling senang masak tau!


Tip nak masak Agli e Olio yang sedap mudah je, guna sedikit air rebusan pasta masuk kedalam kuali pasta kita. Pasta pula tak perlu ditapis bagai, terus cedok je dari periuk rebus masuk kedalam kuali goreng. Lepas tu masukkan air rebusan tu sikit. Rasa dia akan lebih berlemak. Pasta pula senang nak kacau jika terus masukkan panas-panas. Ikut kata Chef Giada, cara ini pasta lebih menyerap rasa dan perisa dari bahan yang kita tumis tu.

DSC00788ED

Haa nak resepi ke? Simple dan mudah je serta bahan pun tak banyak. Rasa dia bergantung kepada bahan segar yang kita guna. Yang Kekny masak ni pakai sotong dan isi kepah.

DSC00763ED

Resepi Pasta Agli E Olio

Bahan-bahan 
1 paket spaghetti direbus al dente (kali ni Kekny guna spaghetti jenis halus Vermicelli)
1/2 cawan minyak zaitun
1-2 cawan air rebusan pasta
20 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar chilli flakes ( boleh juga kisar kering cili kering biasa tu)
1 sudu besar lada sulah
2 sudu besar daun parsley kering (atau segar jika ada lebih sedap)
1 cawan isi kepah yang dibuang kulit
5 ekor sotong dipotong
1/4 cawan serbuk parmesan cheese

Cara penyediaan
Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun, tumis bawang putih cincang sehingga bawang layu. Jangan hagitkan ye.

Masukkan chilli flakes kacau dan masukkan isi kepah dan isi sotong. Terus menggunakan penapis atau garfu, masukkan pasta yang telah direbus terus dari periuk rebusan.  Tambah air rebusan pasta supaya tak terlalu kering.

Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah. Tabur parmesan cheese dan daun parsley. Kacau rata dan hidangkan!

You Might Also Like

2 comments