Tips Letak Watermark Gambar Dengan Betul

February 28, 2018

WATERMARK. Ramai salah letak. Tahu tak penggunaan watermark yang tak betul, saiz tam betul, lokasi tak betul akan menghilangkan keindahan gambar tu sendiri? Penat ambil.gambar lawa, exif betul, lighting cun, edit mantap, tapi sekali masuk watermark spoil habis gambar. Tak mau jadi macam ni ok.

Tahu tak watermark perlu "blend" dengan gambar. Perlu nampak semulajadi seolah ianya sebahagian dari gambar tu.

Antara kesalahan yang sering kita buat  dalam meletak watermark pada gambar

Letak watermark di tengah gambar
Perlu kita ingat, watermark bukanlah focus utama gambar. Focus utama ialah subject dan cerita dalam gambar. Watermark sebagai pengenalan diri atau tanda gambar itu kepunyaan kita. S what is the point letak watermark di tengah gambar sampai melindungi fokus utama gambar? Agak sakit mata tengok gambar begini.

Saiz watermark lebih 1/4 gambar
Jangan terkejut ada letak saiz sampai 1/2 gambar
Saiz watermark juga perlu sesuai. Jangan sesekali letak lebih 1/4 gambar. Pastikan hanya satu baris kecil tetapi walau kecil jika kita pandai menyusun lokasi watermark pasti memberi impak besar.

Letak watermark pengenalan kita sekali dengan description gambar
Jangan sesekali letak watermrk sekali description gambar siap pakej font dan warna font yang sama. Letak lah asing asing okay dan mesti ada beza keduanya. Ada yang letak hashtag sekali pulak tu lagi teruk


Tips Letak Watermark dalam Gambar

Letak watermark di ruang atau background kosong. Bukan di atas subject. Contoh gambar ni Kekny pilih letak di bahagian biru latar belakang langit yang kosong

12304911483_17b628bfa0_o watermark

Jika ingin letak pada object, cari garis atau frame sesuai, contoh di atas garisan magkuk ni.

DSC01178ed

Cari garisan atau jalur dalam gambar dan letakkan watermark selari garisan tu.  Contoh garisan bawah tingkap ni.

DSC00099ed2

Ok faham ke? Senang je kan. Harap dapat membantu korang dalam menghasilkan gambar yang cantik lepas ni!

You Might Also Like

12 comments

  1. terima kasih tipsnya. memang perlu tahu juga bab-bab letak watermark ni :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kekNy..selalu letak dekat hujung je...silap pulak ye selama ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tip ni kak eny

    ReplyDelete
  4. Baiklah...PC kena ubah ni sebab selalu letak watermark ditengah-tengah gambar..sebab sebelum ni ada juga terbaca..salah satu mengelakkan gambar kita diguna pakai pihak lain tanpa izin dan tanpa kredit semula pada pemiliknya adalah letak watermark ditengah-tengah gambar..
    Terima kasih perkongsian tips...

    ReplyDelete
  5. Haa..baru tau cara letak watermark. Kalau tak mmg sbesar alam lah jawapnya kat gamba smua..haha

    ReplyDelete
  6. tq sharing..gmbr kat blog kite jrg letak watermark..malas giler nak edit..biasa upload terus dr hp ke blog jer..ekekek

    ReplyDelete
  7. wahh tenkiu for the tips kak eny~! kc kekadang letak kat tengah, kekadang tepi, kekadang bawah untuk make sure tak menganggu isi gambar yang nak disampaikan. hehe

    ReplyDelete
  8. Terima kasih keknya dah mula apply kekdah ne.

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing kekny...
    Gmbaq2 kekny memang lawa2

    ReplyDelete
  10. Cikla selalu letak tepi gmbr. Kdg2 je tgh gmbr. Tp mcm mne pulak watermark yg berbentuk gambar bkn tulisan. Sama jugak ek.. Btw, good sharing

    ReplyDelete
  11. thank you kekny for the tips...

    ReplyDelete
  12. Siqah letak watermark ikut kesesuaian mana tempat kosong dalam gambar. Dulu suka letak kat tepi, tapi fikir jugak orang boleh crop je dan buang watermark kita. Pernah terbaca kat mana entah tips camtu. Sejak tu, Siqah suka letak watermark di tengah-tengah or mana yang sesuai di mata :)

    ReplyDelete