Mee Udang Pak Su Pulau Sayak

December 19, 2017

Kalau ke Negeri Kedah, di sebelah Sungai Petani memang terkenal dengan Mee Udang versi utara yang mempunyai keenakan dan rasanya yang tersendiri. Berlainan dengan Mee Udang di Penang dan  yang famous di Kuala Sepetang Taiping Perak. Rasa Mee Udang Pak Su yang terletak di Pulau Sayak, berhampiran Pantai Merdeka ni memang ada keunikannya yang tersendiri.

Udang yang Pak Su gunakan memang fresh. Kekny tak pasti udang bela atau udang laut sebab kami lupa nak bertanya. Tetapi isinya manis, padat isinya, pejal lembut tanda udang segar digunakan. Tak ada tipikal bau udang yang kuat dan menusuk hidung langsung. 

mee udang

Lokasi Mee Udang Pak Su Kuala Sayak

Lokasi nak ke gerai Mee Udang Paksu Kuala Sayak ni tak lah susah mana. Kalau korang dari highway masuk je ke exit SP Selatan, dan ikut jalan ke arah Pantai Merdeka atau Kuala Muda. Ada banyak signboard jadi jangan risau. Sepanjang perjalanan memang seronok sebab dikelilingi bendang yang menghijau. Lebih kurang dalam 3 km sebelum sampai ke Pantai Merdeka tu, korang akan jumpa simpang di sebelah kiri untuk ke Pulau Sayak. Pulau sayak dalam 2 km sahaja dari simpang tu. Ianya bukan pulau betul. Hanya nama sahaja dan memang gerai Pak Su Mee Udang berada di sebelah pinggir pantai cuma pantainya jauh ke bawah, sebab gerai Paksu ni kedudukannya berada diatas bukit sikit. Gerai Pak Su Mee Udang adalah gerai pertama yang korang akan jumpa.

Mee Goreng Udang

Mee goreng udang Pak Su ni style mee goreng melayu yang teksturnya lembab dan basah sedikit berkuah. Memang sedap mee goreng basah macam ni sebab tak kering sangat. Ditambah dengan manis isi udang yang digoreng just nice dan digaul dengan sos cili yang tersendiri memang gabungan yang mantap. 
P1019322ed

Mee Kuah Udang Atau Mee Udang

Inilah mee udang atau mee kuah udang yang sememangnya lazat! Kuah mee rasa pedas, manis, masin  dan masam sekata dan seimbang. Ada pilihan selain mee boleh gantikan dengan kuey teow macam yang Kekny pilih ni. 
P1019328ed


Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Udang Pak Su juga tidak kurang hebatnya. Nasi goreng yang dihidangkan dengan 5 ekor udang bersaiz XL yang besar. Nasi tu digoreng ringkas, tetapi sedap digandingkan dengan udang goreng bersos masam manis tu.

P1019338ed

Harga semua makanan disini iaitu Mee Udang, Mee Goreng atau nasi Goreng ialah RM 10 untuk 3 ekor udang dan RM15 untuk 5 ekor udang (special). Sangat berbaloi sebab udangnya segar dan manis manis isinya. 

Jadi kalau korang dalam perjalanan ke utara singgah lah sekejap ke Gerai Pak Su ni untuk merasai keenakkan mee udang orang utara yang sedap ni


You Might Also Like

7 comments

  1. selalu dgr pulau sayak time nk puasa..dlm senarai tengok anak bulan..

    besar2 udangnya..

    ReplyDelete
  2. sedappp...lamanya tak makan mee udang pulau sayak terbaikk !

    ReplyDelete
  3. wuihhh..warna tu menarik sgt!

    ReplyDelete
  4. Alamak Eny...saje jer kan..tau kak SA suka seafood...huwaaa...craving dah...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya terliur ayaq liuq tengok gambaq ne

    ReplyDelete
  6. terasa nak masak mee pulak..hehe

    ReplyDelete
  7. Kekny u should try kat tg dawai kak.. lagi mabeles sedap terangkat kak.. adoiiii teringat.... mee udang ngan mee tulang dia meletops...

    ReplyDelete