Tips Masak Ketika Pergi Bercuti

November 27, 2017

Musim cuti sekolah pun dah tiba. Mesti ramai yang dan buat perancangan nak bercuti ataupun balik kampung. Kekny masih belum ada masa nak bercuti sebab busy di pejabat dan dengan tempahan kek. Insyallah DH akan balik hujung minggu ni harap dapat lah luangkan masa ke mana-mana kejap just to rehatkan minda dan lari dari kesibukan harian ni. Jika korang nak bercuti tu mungkin boleh baca tips masak ketika bercuti ni

Masak ketika bercuti ni bukanlah sesuatu yang pelik sangat pun. Kalau yang suka travel overseas tu dimana susah nak cari makanan halal, maka masak sendiri adalah pilihan terbaik. Apatah lagi jika kita ada anak-anak kecil yang memang makan mereka tak tentu masa. Jadi nak memudahkan perjalanan, perut anak-anak ni kena dipenuhkan dulu. Tak adalah diorang merengek nak kan makanan ringan sepanjang masa.

Tips Masak Ketika Bercuti

Dapatkan gadget memasak yang betul

Antara yang sangat sesuai dan mudah ialah mini multicooker yang ringan ni. Sesuai untuk masak nasi, boleh kukus, goreng dan rebus. Saiz periuk ni yang mini memang muat masuk beg trolli dan tak berat sangat. Cukuplah untuk masak untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Kalau nak lebih beli lah 2 ke 3 hahaha. Harganya pun tak mahal. Cuma RM65 di Lazada. Ada yang lebih murah ikut brand dan fungsi. Yang Kekny beli ni jenis Khind beli di Khind Multicooker

Ini semasa ke Kuala Lumpur menghadiri Sepetang Bersama Blogger, sebab Kekny ada seminar tu seharian dari pagi ke petang, jadi Kekny masak siap untuk DH di hotel. Senang DH tak payah keluar dah. Masak menu kegemaran my DH, Bolognese dan Sosej.

P_20170513_073620ed

Rancang Menu 

Perancangan menu tu penting. Jadi korang boleh sediakan dahulu bahan memasak atau sekurangnya buat list bahan nak dibeli di tempat bercuti. Untuk setiap hari rancang menu apa untuk sarapan, makan tenghari dan makan malam ikut kesesuaian jadual bercuti jugak lah ye.

Contoh menu untuk sarapan, boleh beli Sup Krim Cendawan dalam tin, panaskan tambah susu dan hidangkan dengan biskut.

P_20170514_091257ed

Makanan Mudah Dimasak dan Diurus

Pilihla jenis makanan yang mudah dimasak dan diurus selepas masak. Contohnya pasta, pilih yang jenis pendek macam macaroni, spiral pasta, atau penne. Senang korang nak handle. Kalau jenis spagetti atau fettucini susah nak tapis dan sebagainya. 

Sebelum masak kuah tadi, Kekny rebus pasta macaroni. Senang guna macaroni ni, nak tapis, nak cedok pun senang.

P_20170513_053421ed

Bahan Rencah

Korang boleh guna serbuk bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk halia, oregano kering dalam botol, serbuk cili dan sebegainya berbanding jika guna bahan rencah segar. Lebih mudah korang nak bawa  kesana kesini dan penyediaan makanan juga lebih cepat.

Untuk bahan utama korang boleh pilih yang jenis sejuk beku yang boleh dibeli di tempat yang korang pergi. Contoh fish fillet, chicken fillet, isi udang siap dikupas, isi kepah. Beli yang siap difillet dan dibuang kulit dan dikupas. Jadi korang cuma perlu masak sahaja. Pilihan lain korang beli bawa makanan dalam tin seperti sardin, kari, sambal tumis, mee segera dan sebagainya. 

Masak meggi di dalam hotel lebih sedap jika letak banyak bahan ni hehehe..

P_20170514_083520ed

Jika boleh cari sosej, fish ball, fish cake yang halal pun sangat sesuai jika nak masak terutama masak pasta ni yang Kekny masak di homestay Cameron Highland.

P_20170811_160218ed

Pressure Cooker

Pressure cooker tak semestinya di rumah saja. Jika bercuti dan ambil homestay, pressure cooker adalah pilihan terbaik untuk masak dan penyediaan makanan juga mudah dan cepat. Yang ni Kekny guna untuk masak pasta diatas ialah pressure cooker. Sebab kami tinggal di homestay dan kami seramai 6 orang, pressure cooker adalah pilihan terbaik! Korang boleh beli pressure cooker dan beli beg khas untuk simpan pressure cooker didalamnya untuk dibawa kemana-mana.

P_20170811_151853ed

Tak payah rebus pasta dah. Masuk je semua bahan dan siap dalam 15 minit!

P_20170811_155939ed

Ha tengok, semua pun bawa. Pressure cooker, multicooker, dan mini multicooker. Kalau datang ramai ramai ni berbaloi lah bawa banyak macam ni. Siap boleh buat steamboat hihi.

P_20170811_195016ed


Pinggan Mangkuk Dan Kutleri

Ini juga penting, jangan dah bawa periuk, pinggan sudu garfu tak bawa pula. Pastikan korang bawa jenis boleh stack (susun berlapis), yang jenis plastik bukan kaca. Sudu dan garfu boleh pilih yang plastik jenis pakai buang. Boleh terus buang tak perlu bawa balik dah.

P_20170811_195105ed

Bekas Simpan Makanan Pakai Buang

Ini juga penting ya untuk simpan makanan yang tak habis dimakan, boleh disimpan untuk bawa bekal dan sebagainya. Bawa bekas plastik microwave safe yang pakai buang macam ni, masa korang beli dia bersusun je jadi mudah nak bawa. Bila nak balik, bekas ni boleh buang je. Jangan lah bawa brand Tupperware, sah sah orang kena pastikan bekas tak hilang, nak jaga bekas tu satu hal nak bawak balik pulak satu hal! hahahaha.. Pilihan lain ialah bekas aiskrim hahahahaha

20150528_091513

Oklah tu lah sedikit sebanyak tips yang Kekny boleh kongsikan. Jika korang plan nak bagi anak makan makanan yang korang masak sendiri, terjamin kebersihan, yang bernutrisi, dalam masa sama boleh jimatkan duit, korang boleh masak je sendiri asalkan buat perancangan yang betul supaya tak mengganggu percutian korang. 

You Might Also Like

5 comments

  1. Semalam pi Event Tefal tu rasa macam nk borong je semua barangan...

    ReplyDelete
  2. Wah senang kalau camni...multicooker comel tu Marsha ada

    ReplyDelete
  3. Good tips sis eny. MIL saya paling gemar bwk multicooker kalau bercuti 1 family.

    ReplyDelete
  4. Semua makanan nampak sedap tu kak eny. Nk pindah duduk sebelah rumah kak eny lah mcm ni.

    ReplyDelete
  5. nice sharing. kak eny, kalau masak kat dalam bilik hotel, yang smoke detector tu bunyi tak nanti? hihi

    ReplyDelete