Resepi Buttercream Sedap

November 29, 2017

Ramai yang bertanya Kekny macam mana nak hasilkan Resepi Buttercream yang sedap dan pada masa yang sama boleh dipiping dan dibentuk. Haaa susah sebenarnya nak cari resepi buttercream sedap ni sebab jika nak yang betul-betul sedap dan tak muak, kita kena korbankan hiasan kek yang kemas dan rupa selepas piping yang akan jadi sedikit rustic hahaha bukan hodoh tapi rustic okay!

Kebanyakan buttercream sedap menggunakan butter berkualiti tinggi dan pure butter ni selalunya memang akan mudah lembik dan cair jika terkena suhu panas. Tetapi jika nak buttercream yang cantik dan boleh dipaip dan dibentuk, haruslah menggunakan krimwell (sejenis lemak sayuran) yang dipukul kembang bersama gula. Tetapi krimwell ni secara asas adalah minyak dan krim sangat berminyak, cepat muak dan ramai tak suka rasanya lelemaknya yang melekat di lidah tu. Disamping  itu, krimwell mengandungi trans fat yang sangat tinggi dan sangat bahaya untuk kesihatan.

Resepi buttercream sedap, resepi buttercream tak muak, cream cheese tahan lama, cream cheese sedap, resepi krim kek, buttercream mudah

Sebab tu kebanyakan kek yang Kekny buat menggunakan cream cheese. Memang mahal harganya berbanding buttercream biasa tetapi berbaloi sebab rasanya sedap. Cream cheese pula ada ragamnya. Jika terlebih pukul memang akan cair. Tak boleh terlebih gula dan tak boleh terkurang gula. Kalau customer tak pentingkan hiasan contohnya untuk makan-makan sahaja Kekny memang akan gunakan sepenuhnya cream cheese. Begitu juga untuk kek yang memang frosting asalnya ialah cream cheese seperti red velvet dan carrot cake, memang sepenuhnya perlu cream cheese frosting tak boleh guna buttercream ni sebab nanti rasa dia lari hahaha.

Untuk resepi buttercream yang Kekny paipkan atas cupcake ni nampak stabil dan boleh dibentuk krimnya. Actually yang ni Kekny gabungkan frosting buttercream + cream cheese dan juga fresh cream. Fresh cream agak kental dan sedap rasanya. Buttercream dari butter juga sedap tetapi agak lembik jika berada di luar peti ais. Resepi ni ciptaan Kekny sendiri sebab hasil dari buat ujikaji semasa berbisnes kek, maka dapatlah kita tengok dan sesuaikan bahan dan cara tu supaya nak sedapkan resepi buttercream. 

Buttercream Sedap Gabungan 3 Bahan Buttercream, Cream Cheese dan Fresh Cream

Ketiga bahan tu bila digabungkan rasanya menjadi lebih sedap dan tahan sikit la bentuknya. Korang kena juga pakai cream cheese sebab jika guna butter sahaja rasa fresh cream tu jadi terlalu menguasai dari rasa butter. Bila campur cream cheese memang rasa lemak susu tu ada dan lebih sedap. Walaubagaimanapun buttercream ni hanya sesuai untuk hiasan piping sahaja dan tak sesuai untuk bentukkan bunga 3D ya. Tapi drop flower dan rose swirl memang mudah je pakai buttercream ni. Untuk bunga 3D memang kena pakai resepi buttercream jenis lain. Nanti Kekny share ye.

P_20171128_081811ed

Resepi Buttercream Sedap 

Bahan-bahan 
250gm butter
100gm cream cheese
4-5 cawan gula icing (diayak) boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis
1 cawan fresh cream

Cara Penyediaan

Menggunakan mixer, pukul butter dan cream cheese sehingga sebati tetapi tak kembang.

Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga habis.

Pukul lagi sampai kembang, tetapi jangan terlalu lama nanti cair krim. Agak kembang dan ringan terus stop.

Keluarkan buttercream siap dipukul tadi dari mixer dan masukkan dalam bekas lain untuk sementara.

Dalam mixer yang sama, masukkan fresh cream dan putar sehingga fresh cream kembang, gebu dan ringan.

Bila dah kembang dan ringan, masukkan adunan buttercream yang kita putar tadi sedikit sedikit sambil kaup balik dengan spatula supaya rata.

Putar lagi sekejap biar rata  dan sebati. Siap lah buttercream yang sedap. Sejukkan kan sekejap dalam peti ais sebelum dihias supaya lebih stabil.


Jom cuba resepi buttercream sedap ni..

You Might Also Like

3 comments

  1. mudah je ni. boleh ajak anak-anak buat muffin pasni. terima kasih Kak eny 😘

    ReplyDelete
  2. Kekny...tq sbb sudi buatkan cupcakes ni...semua yg mkn puji ckp sedap n x muak...tq tau

    ReplyDelete
  3. nampak sedap , terasa nak makan ...

    ReplyDelete