Lebih Jimat Shopping Online Pada 11.11 Singles' Day

November 07, 2017

Hi korang! Haa dah masuk November kan. Dan kalau nak tahu November ni ada banyak sales untuk online shopping. November kita ada 2 hari sales besar-besaran dimana online shopper akan berpusu-pusu klik online store kegemaran diorang. 2 hari tersebut ialah iaitu pada Single's Day iaitu 11 November dan official Black Friday iaitu pada 24 November ni iaitu sehari selepas  Thanksgiving dimana bermulanya jualan untuk Krismas yang akan datang pada December! Haa jadi kenalah ambil peluang sales yang berganda dari online stores. Jangan risau sebab Single's Day dan Black Friday ni memang kebanyakan online store akan buat sales besar-besaran! 


Online shopping ni memang memudahkan kita sebagai pembeli jika nak beli barang. Kekny memang pengguna utama online shopping dan antara online store yang Kekny suka ialah Lazada, Zalora dan Mysale. Kekny juga lebih prefer online shopping je sebab mudah, selesa dan lebih banyak pilihan dari ribuan kedai online. 


Beli dari online memang harga online jauh lebih murah dari harga di kedai biasa. Tapi jangan tak tahu, kita boleh lagi berjimat dengan lebih banyak. Nak tips tak?

Tips Jimat Online Shopping


Beli pada musim perayaan atau pada hari khas contohnya 1111 Sales, Black Friday deals atau New Year Sales pada hujung tahun.

Beli pada hari promosi setiap minggu. Contohnya pada hari Isnin sesetengah online stores akan buat promosi dan akan jual pada harga diskaun dan lebih murah. Jadi korang hanya perlu tunggu hari tersebut sahaja pada setiap minggu untuk lebih jimat.

Promosi Ulang Tahun. Adakalanya online store meraikan ulang tahun, jadi mereka membuat sales secara besar-besaran. Pada masa ini, banyak diskaun yang ditawarkan dan lebih banyak penjimatan jika korang membeli pada masa ni

Selain itu kita juga dapat berjimat dengan Pulangan Tunai dan Cash Reward dari ShopBack. Ini memberi peluang kepada para pembeli online macam Kekny ni untuk menjana pendapatan hanya dengan membeli belah secara online. Kita keluar duit beli online, pada masa yang sama kita dapat duit dengan pembelian kita itu. Terdapat lebih 1000 kedai online yang menawarkan cash back atau pulangan tunai apabila kita beli belah di kedai-kedai tersebut.


Jadi dah tau tu ada sales besar-besaran lepas ni... jom online shopping pada hari 1111 Sales dan Black Friday ye !!




You Might Also Like

3 comments

  1. Kaklong pun dah ready dah masukkan barang2 dalam shopping cart.
    11/11 nanti nak checkout besar-besaran.
    Tak sabarnya.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Jom kekny kita pakat2 shopping 11.11 ni ..

    ReplyDelete
  3. Kalau shopping masa tengah sales, memang sangat berbaloi kan :)

    ReplyDelete