Kek Mudah 6 Bahan Je

Kek mudah ni menggunakan 6 bahan je dan tidak menggunakan minyak atau butter. Jika dikukus teksturenya akan serupa apam kukus lembut dan boleh juga dibakar ianya akan rasa seperti baulu. sedap. Kalau siapa yang nak cuba boleh cuba resepi ni. Mesti menjadi jika dibandingkan dengan Apam 3 Bahan yang rata-rata mencubanya tak berapa nak kembang dan gebu dengan elok. 

P1018949ed

Sebab ramai sangat kecewa sebab buat kek 3 bahan tu tak menjadi. Memang ada teknik kalau buat kek guna telur semata sebagai ejen pengembang ni. Macam buat kek span lah, silap teknik tak jadi span jadi kek biasa tak pun bantat hihi..

Jadi siapa yang nak juga cuba buat apam atau kek viral 3 bahan tu Kekny syorkan korang tambah ovallete dan baking powder atau macam Kekny guna tepung naik sendiri. Sedap dan gebu betul kek tu bila naik. Makan panas atau biar sejuk pun masih gebu dan lembut. Kekny bakar sebab malasnya nak keluarkan periuk kukus kahkah..

Ramai yang komplen juga, boleh tak gantikan ovalette dengan apa-apa. Tak mahal ovallete tu, pasaraya dan kedai baking ada jual. Kalau tak ada tepung naik sendiri boleh tambah 1/2 sudu teh baking powder kedalam tepung gandum biasa dan ayak. Kekny juga pakai mixer dan tak pakai blender. Kalau korang pakai blender make sure korang blend sampai texture telur gula dan ovalette jadi gebu putih berbuih dan pekat baru gaul teoung sedikit demi sedikit ye

P1018909ed P1018930ed

Kek Mudah 6 Bahan Je Boleh Kukus dan Bakar

Bahan - bahan
1 cawan tepung naik sendiri (ayak)
3 biji telur
1 cawan gula castor (kekny guna 1/ 2 cawan nak kurangkan manis)
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna

Cara penyediaan 

Dalam mangkuk pemutar, Masukkan telur, gula, ovallete dan esen vanilla, pukul sehingga putih dan ringan serta pekat

Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil putar.

Bahagikan adunan dan campur pewarna. Masukkan dalam acuan size 7 inci.
Acuan kena sapu minyak atau butter supaya tak melekat.

Boleh kukus atau di bakar selama 25 ke 35 minit ikut saiz acuan. Kalau bakar suhu oven 170C. Saya bakar je.

Tips kukus kek atau apam dengan cantik, tak kemek dan kedut

1. Pastikan balut penutup periuk kukus dengan kain bersih atau balut permukaan acuan dengan aluminium foil agar air kukus tak timpa kek.

2. Guna acuan yang sesuai bukan bekas plastik bekas isi makanan atau bekas ais krim. Ini akan sebabkan kek tu kecut ketepi dan mendap. Sebaiknya guna acuan kek besi tu, acuanya cepat panas, kek naik gebu.

3. Air kukus perlu cukup penuh ye bukan paras vawah je baru haba kukus tu cukup panas nak gebukan kek atau apam. Tapi jangan penuh sangat sampai melimpah atau meruah.

3. Kek juga perlu dimasukkan apabila air kukus mendidih sepenuhnya. Jangan masuk awal semasa air tak mendidih. Ini akan menyebabkan kek atau apam menjadi bantat. Lepas masuk jangan buka langsung periuk kukus sehingga mencapai 25 minit barulah dibuka dan cek kek dah masak ke belum.

Selamat mencuba ye..

Post a Comment

4 Comments

  1. Geram tengok kaler tu. Memang nampak menarik untuk dimakan :)

    ReplyDelete
  2. Alaaaa..terus rasa nak makan kek...

    ReplyDelete
  3. Ingat nak buat kek ni..Ovallete pulak dah habis..nak bawak gi sekolah anak.ada jamuan..heheh..buat kek minyak je la..kek minyak tak pe tak de ovallete ..kan??heheh

    ReplyDelete