Ayam Masak Hijau Resepi Chef Ismail

November 07, 2017

Resepi Ayam Masak Hijau ni Kekny dapat sendiri dari Chef Ismail semasa Kekny menghadiri program masakan bersama Pensonic tahun lepas. Lupa sungguh nak post resepinya. Semalam bila browse gambar-gambar lama  terus ternampak gambar ni dan terus teringat resepi ni belum dikongsi lagi. Resepi Ayam Rempah Hijau atau boleh juga kita panggil Ayam Kari Hijau ( Green Curry) memang sangat sedap. Selalu kalau ayam ni kita masak biasa je kan macam kari ayam, ayam masak kicap, kali ni jom cuba kari hijau ayam rempah hijau ni. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Sesuai untuk budak-budak juga sebab rasanya tak pedas. Dalam resepi ni guna cili hijau besar ye sebab tu rasanya tak pedas, tetapi jika korang suka pedas boleh je tambah sikit cili padi nak bagi ada rasa pedas tu. Mesti lagi sedap. 

P_20170505_172127ed

Kekny buat demo masakan bersama Chef Ismail mengunakan Multicooker Pensonic. Multicooker ni memang sangat berbaloi kalau beli, sebab banyak kegunaannya. Korang boleh masak dari nasi, sup, goreng, atau panggang menggunakan Pensonic Multicooker ni. Harganya pun tak mahal sangat dan sangat berkualiti. Kalau tak Chef Ismail tak lah setuju jadi Ikon Pensonic kan.

P_20170505_172153ed

P_20170505_172740ed

P_20170505_172842ed

P_20170505_161953ed

Kenangan manis dapat berjumpa Chef Ismail. Ni kali kedua Kekny berjumpa Chef. Sangat peramah, dan baik hati. Rajin dan tak kedekut bagi tips masak. Ok jom kita tengok resepi mudah ni. Korang boleh cuba nanti ye. Bukan senang  nak cuba chef resepi terkenal kan. 

P_20170505_161027ed  

Resepi Ayam Rempah Hijau 

Bahan - bahan
8 Ketul paha ayam atau apa sahaja bahagian ayam
125 ml susu cair
2 biji limau nipis
3 sudu besar minyak masak
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Kisar
200gm Cili hijau (cili hijau besar bukan cilipadi ye)
2 sudu besar serbuk kurma
4 cm halia
10 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada hitam
5 tangkai daun pudina
5 tangkai daun ketumbar

Cara penyediaan 

Campur kan susu cair dan jus limau nipis dan kacau. Ianya akan bergumpal menjadi tairu.

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga wangi dan naik aromanya.

Tambah sedikit air supaya tak hangus, kemudian masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam dan biar hingga ayam kecut.

Masukkan susu bercampur jus limau tadi dan reneh sehingga ayam betul masak dan kuah menjadi sedikit pekat.




You Might Also Like

6 comments

  1. sedappppnya nampak..! berkilat kuahnya.. hehehehehee.. :)
    InsyaAllah hujung minggu ni boleh try, dah lama cari resipi ni..

    ...

    ReplyDelete
  2. Kita suka try resepi Kak Eny. Selalu menjadi dan kena dengan rasa tekak. Nampak selera je resepi ni. Kalau bubuh kentang boleh ke kak? 😅

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kekny.. fuyoo nanti kalau kekya nak masak lagu ni kekya refer entri kekny okey..

    ReplyDelete
  4. Nampak bgtu menarik selera la eny....nt nak try la

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa!! SUka makan tapi x tahu masak camne. TQ for the recipe :)

    ReplyDelete