Apam Viral Apam 3 Bahan

Minggu lepas kecoh sekejap dan viral bila ressepi Apam 3 Bahan atau ada menggelarnya Apam Viral yang hanya menggunakan 3 bahan asas iaitu telur, tepung dan gula sahaja. Ramai yang berkongsi kegembiraan berjaya membuat apam yang begitu ringkas dan mudah. Tetapi tak kurang juga yang tidak berjaya membuat apam yang gebu sebaliknya apam mereka jadi berkedut, leper, keras liat dan tidak dapat dimakan langsung. Agak kelakar juga bila tengok gambar-gambar apam tak menjadi yang dikongsi di page masakan.

Gambar ni Apam 6 Bahan ye.. Kekny share resepi di sini Resepi Apam 6 Bahan Je


P1018949ed


Resepi Apam 3 Bahan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan telur ( 3-4 biji elur ikut size)

Cara
pukul telur hingga kembang bersama gula. Tambah esen vanila. Masukkan tepung dan gaul rata, Kukus sehingga masak.

Sebab Kuih Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi?

Kenapa ada yang buat menjadi dan ada yang tak jadi. Yang tak jadi tu macam-macam rupa boleh tengok, yang bentuk pokok kaktus, yang jadi macam alien, macam planet marikh pun ada hehehehe.. Sebenarnya buat apam jenis kukus ni memang ada teknik dan cara agar apam tu kembang elok je.

Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur. Kesian telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung. Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu

Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh jugak guna. ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air

Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminum foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.

Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup. Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat hahaha

Bukan nak kecam, tapi harga eno, yis dan baking soda bukanlah mahal sangat sampai korang terdesak sangat nak buat apam 3 bahan. Kau dah kenapa kedekut sangat, dah apam tak menjadi kau sedih, trauma katanya siap letak hashtag #sistraumatakmaucubalagi

Oleh sebab ramai yang tak menjadi, Kekny ada ubahsuai resepi apam 3 bahan menjadi Apam 6 Bahan. Lebih mudah dan senang dan pasti menjadi gebu. Nanti Kekny share resepinya ya


Nak resepi apam Nasi Kekny ada kat sini.. Apam Nasi



Post a Comment

2 Comments

  1. Kikikiki.. Kawan Sha share, boleh je guna tiga bahan tapi kena pukul sampai adunan tu bertanduk.. Baru dia naik gebu.. Kalau bubuh dalam blander memang jahanam lah blander tu.. sebab nak kena blande lama..

    ReplyDelete
  2. Wow senangnya 3 bahan. Tapi kena ada bahan pengembang & penaik dia juga la kan. Thanks Kak Eny share fungsi setiap proses.

    Kalau tak tahu itu yang main bantai je ikut orang lepas tu sedih tak menjadi. Huhu

    ReplyDelete