Apa Yang Unik dan Menarik Di Kuala Lumpur

November 17, 2017

Selalu ke Kuala Lumpur Ke? Kekny selalu juga ke sana. Kalau korang menetap di kawasan sekitar Kuala Lumpur pasti tahu apakah tempat yang menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur. Tapi ada juga belum pernah ke Kuala Lumpur ni.  Sememangnya jika kita tahu tempat tempat yang menarik untu dilawati, pasti ramai tertarik nak datang ke sini. Walaupun Kuala Lumpur ialah sebuah bandar besar yang dikategorikan bandar pentadbiran atau bandar perniagaan, tetapi ianya juga ialah bandar penuh sejarah dan juga banyak tempatnya yang sangat indah untuk menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar negara. 


Kekny juga dah beberapa kali ke Kuala Lumpur, dan sememangnya ianya adalah tempat yang mempunyai segala-galanya. All in one place! A lot of places to vist in Kuala Lumpur Banyak tempat menarik untuk dilawati tau. Dari pusat membeli-belah, pusat pentadbiran, perniagaan, pelancongan, hiburan, dan paling best ialah tempat makan di sana yang banyak pilihan dan pelbagai. Sedikit tips jika kesini, korang boleh guna Waze atau Google Maps untuk membantu pemanduan korang di Bandar Kuala Lumpur atau jika nak lebih mudah boleh guna perkhidmatan GrabCar atau Uber.


Antara Tempat Menarik Yang Harus Dilawati  di Kuala Lumpur

KL Bird Park

Gambar Kredit KL BIRD PARK

Tempat yang indah untuk dilawati jika korang sukakan alam semulajadi dekelilingi haiwan jinak terutama spesis burung yang yang jarang dapat dilihat dan semestinya cantik . Berbaloi menghabiskan petang korang kat sini tau. Alami sendiri pengalaman memberi makan burung dan ikan dari tangan anda sendiri. Burung dan haiwan disini sangat dijaga dengan rapi. Anda pasti terleka berjam jam menjelajah keseluruhan kawasan ini disamping dapat meredakan tekanan dan memberi ketenangan jiwa.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM13, Pelancong: RM41

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur



Aquaria KLCC


Salah satu tarikan di Kuala Lumpur ialah Aquaria KLCC. Ianya ialah pusat akurium dan hidupan akuatik dan ianya terletak di tengah kesesakan bandar Kuala Lumpur. Alami pegalaman menjelajah terowong kaca lutsinar yang besar dimana korang boleh melihat hidupan laut hidup  seperti hidup di habitat asala mereka iaitu di laut. Sangat mengkagumkan jika dan pastinya disukai oleh kanak kanak. Disini bukan sahaja di hidupan laut tetapi ikan sungai dan hidupan pinggiran sungai juga ada dipamerkan. Selain anda dapat menyentuh sendiri hidupan tersebut denan tangan anda sendiri ia pastinya pengalaman yang menarik untuk dilalui bersama keluarga.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur


KLCC Park

Jika anda suka beriadah, berbasikal, evening walk, berjoging, maka KLCC park ialah tempat sesuai untuk anda. Lupakan treadmill dan gym, dan luangkan masa beriadah sambal menghirup udara segar dikelilingi popkok-pokok menghijau dan pemdangan yang sangat indah pada waktu  siang dan malam berlatarbelakangkan menara KLCC yang tersergam indah. KLCC Park  ibarat oasis didalam bandar, tempat penuh kehijauan dan ketenangan ditengah kota konkrit yang penuh kesibukan, carilah ketengan anda disini! Suasan pada waktu malam pula sangat sejuk dan nyaman sesuai untuk aktiiti selepas makan malam untuk merehatkan diri.


Islamic Arts Museum Malaysia

Museum yang sangat berinformasi tentang Agama Islam, serta sejarah tamadun Islam di Malaysia dan dari serata dunia. Terdapat banyak kisah sejarah yang disingkap di muzium ini. Ada banyak artifak dan barangan purba bersejarah berkaitan tamadun islam yang dibawa dari luar dan dipamerkan disini untuk tontonan penduduk tempatan dan pelancong asing.  Selain tu terdapat aktivit khas untuk kanak-kanak dan juga kedai cecnderamata. Pastinya menarik jika dapat bawa keluarga dating kesini untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah Islam

Petrosains Science Discovery Centre

Tempat menarik dengan pelbagai  info tentang sains boleh didapati disni. Tempat ini sering menjadi tumpuan pelajar dan kanank-kanak. Tetapi bagi mereka yang meminati sains dan industry gas dan minyak boleh lah melawat ke sini yanga juga terletak di Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Selasa –  Jumaat (9.30am – 5.30pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 6.30pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM20, Biasa: RM30 | Kanak-kanak 3-12 Tahun MyKAD: RM8, Biasa: RM18 | Kanak-kanak 2 Tahun & Kebawah Percuma | Warga Emas MyKAD: RM10, Biasa: RM15

Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lake Symphony

Gambar Kredit https://www.tripadvisor.com.

Pertunjukan indah curahan cahaya dari air pancut di KLCC park berdapan dengan Suria KLCC. Ianya setiap hari pada 7.00 malam sehingga 9.00 malam. Ramai yang tepukau dengan keindahan Lake Symphony. Ianya percuma dan secara terbuka. Cahaya berwarna warni dipersembahkan kepada penonton dengan aliran pancutan air yang tinggi ibarat pelangi yang memukau mata.


Selain dari tempat-tempat menarik diatas yang korang boleh lawat di Kuala Lumpur,  Kuala Lumpur juga terkenal dengan tempat yang mempunyai banyak makanan yang sangat popular dikalangan pelancong. Ianya ibarat syurga makanan dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai bangsa dan kaum. Malaysia kan terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan kaum, maka ini menjadikan kita sangat unit teruatam dari segi kepelbagaian makanannya. Jadi korang patut cuba makanan-makanan di Kuala Lumpur ni.

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur


Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru


Gambar kredit  klurbanite.com
Nasi lemak antarabangsa ialah salah satu ikon makanan Kuala Lumpur. Kedai yang sudah lama bertapak kukuh di Kuala Lumpur ini menyajikan hidangan utamanya Nasi Lemak dan pelbagai jenis lauk pauk yang berupa sambal, rending, dan beberapa lagi jenis lauk masakan melayu yang terkenal. Pastinya memberi kepuasan kepada penggemar nasi lemak.

Satay Station

Gambar kredit www.vkeong.com

Salah satu tempat satay yang popular di Kuala Lumpur menghidangkan satay ayam, daging dan pelabagai jenis satay. Sataynya sangat berjus dan saiz agak besar berbanding satay biasa. Satay sememangnya menjadi hidangan kegemaran pelancong yang dating berkunjung ke Malaysa.

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Ianya ialah pernigaan Food Truck paling Berjaya di sekitar Kuala Lumpur. Hidangan ringkas nasi puyih bersama ayam greng kunyit, sambal dan sedikit kicap. Murah dan sangat digemari orang ramai.

Rojak Bellamy

Jika sukakan rojak sotong, rojak mee, ee rebus dan mee goring ala mamak, korang mesti ke Kedai Rojak Bellamy ni yang menyajikan hidangan rojak paling sedap di Kuala Lumpur.

Banyak lagi tempat menarik yang kita boleh lawati di Kuala Lumpur ni. Boleh juga checkout other interesting places dari senarai Malaysia's hidden gems yang ada. and link Malaysia's hidden gems tu ke https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.


You Might Also Like

3 comments

  1. banyak lagi tempat menarik di kl eny.. akak kalau gi kena buat list.. kalau tak nanti tak dapat cover semua.

    ReplyDelete
  2. Memang seronok dok KL, cuma tak tahan dgn sesak, air takde.. Tapi best sbb kemudahan mudah..

    ReplyDelete
  3. Banyak je tempat menarik dekat KL.. Tapi sebab KL tu selalu jam, cam tak berapa pula nak jalan ke KL..

    ReplyDelete