Ikhtiar Hamil dengan MAMTEEN

October 25, 2017

Bila Datuk Seri Siti Nurhaliza buat pengumuman bahawa beliau dah mengandung 4 bulan. Kekny juga teruja dan gembira. Alhamdulillah syukur, penantian Datuk Siti dengan penuh kesabaran selama 11 tahun akhirnya dibungai dengan berita penuh kesyukuran. Kekny pun sekarang tengah berusaha dan berikhtiar berharap satu hari nanti dapat juga berita gembira macam Datuk Siti. Mesti ramai yang tahu atau mungkin ada juga tak tahu, Kekny pun sekarang dalam fasa TTC (Trying To Conceive) atau orang kata tengah ikhtiar hamil. Setelah 5 tahun kahwin, memang baru-baru ni Kekny agak serius untuk ikhtiar hamil. Memang dah sampai masanya pun untuk lebih serius dalam proses ikhtiar hamil kali ni. Jadi sebagai langkah tambahan, Kekny cuba MAMTEEN.

Trying To Conceive (TTC) Dengan MAMTEEN


MAMTEEN sejenis makanan tambahan dalam bentuk tablet susu dengan kebaikan Delima dan Kurma. Ini makanan tambahan untuk badan dan jangan keliru, ini bukan ubat ye. Cuma ianya dibentukkan dalam bentuk tablet kunyah supaya pengambilanya lebih mudah dan praktikal. Dan yang paling Kekny suka ini bukan makanan tambahan biasa, ianya gabungan susu, delima dan kurma. Haaa kalau korang yang TTC, mesti orang syorkan amalkan makan 3 makanan superfoods ni kan. Tapi korang ingat senang ke hari-hari nak makan benda yang sama, dan kadangkala susah dan tak ada masa nak mencari terutamanya buah delima tu. Leceh juga nak makan buah delima dan kurma hari-hari. Kadang lupa nak makan. Kalau outstation lagilah susah nak makan benda tu semua. Buah delima tu jenuh tau kadang mencari kat pasar dan kedai buah. Habis je selalu. Sebab tu bila Kekny dah jumpa Mamteen ni, rasa senang dan mudah. Cuma perlu buka botol dan kunyah je. Boleh dimakan dimana sahaja. Jadi pengambilan tu lebih konsisten dan ianya akan lebih berkesan.



Kalau Kekny outstation pun masih boleh amalkan makan tablet susu ni sebab mudah nak bawa tablet ni dalam botol je kan..



Korang tahu tak, kalau kita makan semata-mata susu, delima dan kurma sahaja adakalanya kesan tu lambat dilihat sebab kita perlukan vitamin dan bahan lain untuk mempercepatkan tidak balas. Sebab tu Mamteen ni ni ada bahan tambahan lain bagi menyokong tindakbalas 3 superfoods tadi. Antara 3 bahan tambahan yang terkandung ialah bahan semulajadi je iaitu brokoli, tomato, saffron, dan daun zaitun.


Mamteen bertindak sebagai makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Selepas amalkan Mamteen ni Kekny dah tak rasa letih bila buat kerja seharian. Keletihan ni memang banyak faktor antaranya masalah hormon. Berat tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan dan lain lain kebanyakannya berpunca dari hormon yang tidak stabil.

Kelebihan Mamteen ni dalam membantu wanita TTC macam Kekny ni ialah, menstabilkan hormone wanita. Kita perempuan ni memang banyak hormone dan percayalah hormone ni sebenarnya mengganggu system badan kita dan sebab tu masalah berat badan tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan timbul. Antara sebab masalah hormone ni ialah tidak cukup mengambil makanan seimbang, buah-buahan dan vitamin. Sebab tu untuk mengatasi masalah ni, kena rawat dan stabilkan hormone terlebih dahulu barulah masalah lain dengan sendirinya dapat diatasi.


Cara pengambilan yang mudah, boleh kunyah atau hisap sahaja. Rasa dia biasa- biasa je macam rasa rasa vitamin C, tak pahit dan sedap! Sebotol Mamteen mempunyai 30 tablet, boleh ambil 1-2 tablet sehari utk kesan maksima. Sebaiknya 15-30 minit sebelum breakfast


Perubahan Lepas Ambil Mamteen

Mamteen ni memang sangat membantu Kekny sebab bila dah amalkan ambil Mamteen 2 kali sehari memang nampak perubahan jelas. Sekarang ni badan rasa lebih ringan, ada tenaga dan mood pun happy. Dah tak stress sangat dengan kerja dan sekeliling. Menstruasi lebih terkawal dan normal. Ikut masa yang tetap. Tak macam dulu, asyik tak tetap dan tak teratur.


Rasanya macam hormon dah stabil sikit kot. Kulit pun dah mula nampak berseri sikit. Eh makan ni untuk TTC dah kenapa kulit pun berseri? Haaa semua tu berkait rapat dengan hormon lah. Sebab tu Kekny kata, nak jadi cantik, sihat, bertenaga, subur, hormon tu perlu stabil dahulu.


MAMTEEN untuk Semua Wanita



Mamteen ni sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk wanita TTC macam Kekny, tapi wanita yang sedang hamil, sedang menyusukan anak, dan wanita yang mengalami masalah period tidak teratur juga boleh mengamalkan makanan tambahan Mamteen ni. Sebab kandungan yang Kekny sebut diatas, memang sesuai dan baik untuk memberi khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil, delima dapat mencantikkan kulit bayi, dan memudahkan proses kelahiran. Mamteen boleh diambil oleh wanita hamil seawal 12 minggu kandungan dan keatas.

Golongan yang sesuai mengambil Mamteen :

  • Wanita dlm pantang 
  • Wanita sedang menyusu, kerana kandungan di dalam Mamteen bertindak sebagai agen Milk Booster 
  • Wanita yg sedang ikhtiar hamil kerana kandungan di dalam Mamteen dapat menyuburkan hormon wanita (vitamin C, kurma, olive leaf extract, saffron powder dan DHA) 
  • Tidak mengandungi kolagen jadi ianya selamat untuk digunakan bagi mereka yang alahan pada kolagen. 
  • Mamteen selamat diambil oleh ibu dan bayi dlm kandungan kerana mempunyai kelulusan kkm dan kilang gmp.


Testimoni Mamteen untuk Ibu menyusu. Melancarkan air susu. Tak lah breast rasa bengkak dan sakit kan.



Untuk sembelit dan juga banyakkan air susu

Memberi tenaga tambahan kepada wanita, Sesuai juga kalau selalu letih dan lesu tu kan.



Mamteen ni juga dapat memperbanyakkan dan melancarkan aliran susu bagi ibu yang menyusu. Jadi tak perlu risau susu kurang, sebab amalkan je Mamteen ni dan tak perlu berbelanja banyak membeli susu formula bayi yang semakin mahal sekarang ni.

Kalau yang hendak berkahwin atau baru sahaja berkahwin, dan dalam perancangan nak mengandung dalam masa terdekat, eloklah amalkan. Korang boleh juga amalkan persediaan awal 2-3 bulan sebelum kahwin sebagai langkah meningkatkan tahap kesuburan. Mana tahu dah kahwin, terus bunting pelamin nanti kan!

Dalam sebotol Mamteen ada 30 tablet kunyah. Harga RM65 Semenanjung RM 69 Sabah Dan Sarawak.


Untuk maklumat lanjut boleh ke social media MAMTEEN


INSTAGRAM : INSTAGRAM.COM/MAMTEENHQ
FACEBOOK : FACEBOOK.COM/MAMTEENHQ

Korang doakan supaya Kekny dan DH cepat timang anak yang comel nanti ye!!

You Might Also Like

18 comments

  1. InsyaAllah. Kami doakan Kak Eny cepat-cepat dapat baby ;)


    Bagus makan supplement ni sebenarnya, sebab normally nak cukupkan daily diet requirement setiap hari macam culas sikit kan.

    ReplyDelete
  2. Semoga allah permudahkan buat Eny..insyaallah rezeki allah bagi pada yang sabar..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan kekny... Amin...

    ReplyDelete
  4. in shaa Allah lepas ni turn kak Eny pulak...

    ReplyDelete
  5. Amin, semoga kekny dan DH dapat title baru lepas ne Insyallah ;)

    ReplyDelete
  6. produk berguna ni untuk pasangan yang nak dapatkan zuriat ;)

    ReplyDelete
  7. Saya doakan semoga hajat kak eny di kabulkan oleh allah dan segala usaha yang mencabar dipermudahkan olehnya. insyallah.

    ReplyDelete
  8. Bagus produk ni ye. Sesuai utk yang inginkan cahayamata. Usaha selagi boleh. Cantik packaging warna Mamteen.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah dipermudahkan Amin amin...

    ReplyDelete
  10. Banyaknya kelebihan Mamteen :)

    ReplyDelete
  11. Semoga usaha kekNy membuahkan hasil..Dipermudahkan urusan KekNy dan suami untuk mendapat zuriat..Aamiin

    ReplyDelete
  12. Semoga hajat kak eny dipermudahkan. In sya Allah dengan izinNYa nanti akan ada rezeki untuk kak eny. Good luck kak eny

    ReplyDelete
  13. Menarik juga ni... Sbb sesuai utk ibu menyusu... Moga dipermudahkan urusan kak Eny...

    ReplyDelete
  14. Boleh try ni sbb sy nyusu kan baby...sy doakan urusan kak Eny dipermudahkan

    ReplyDelete
  15. Boleh try ni sbb sy nyusu kan baby...sy doakan urusan kak Eny dipermudahkan

    ReplyDelete
  16. Kak Nina pun tengah cuba Mamteen ni... sedap! Target nak susukan Baby Lysa sampai usia dia 2 tahun.
    Moga dipermudahkan urusan Eny dan impian nak dapatkan zuriat menjadi kenyataan. Aamiin...

    ReplyDelete
  17. Elok Mamteen ni....Marsha doakan kekny dipermudahkan segala urusan...Aamin

    ReplyDelete
  18. Eh, bagus betul la kan sebab bukan saja membantu ikhtiar hamil, tapi dia pulihkan hormon kita juga.

    ReplyDelete