5 Teknik Ambil Gambar Hiasan Dalaman Rumah Seperti Jurugambar Profesional

October 26, 2017


5 Teknik Ambil Gambar Hiasan Dalaman Rumah Seperti Jurugambar Profesional | Perkhidmatan rumah sewa untuk jangka pendek atau short-term rental sudah menjadi satu trend dan keperluan dalam kalangan pemilik hartanah di Malaysia. Istilah lain yang sering digunakan untuk perkhidmatan seumpana ini adalah homestay, holiday homes or vacation homes, bergantung kepada kemudahan tambahan yang disediakan oleh pemilik hartanah tersebut.

Tetapi, secara asasnya, perkhidmatan rumah sewa seperti ini harus dilengkapi dengan perabot serta keperluan lain seperti rumah yang sedia didiami. Sasaran pasarannya ialah individu atau kumpulan pelancong luar atau tempatan yang biasanya akan menginap untuk tempoh tidak lebih daripada tujuh hari.

Oleh kerana jenis perkhidmatan short-term rental ini menyerupai perkhidmatan sewaan bilik hotel, pengusaha perkhidmatan ini haruslah bersaing dengan rangkaian hotel yang ada, terutama sekali dari segi pemasaran.

Apakah cara terbaik untuk memasarkan sesebuah rumah sewa? 

Semestinya melalui gambar-gambar yang menarik. Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman web seperti Airbnb atau platform medial sosial, pelanggan harapan akan dapat melihat susun atur rumah yang akan disewa, jenis perabot yang digunakan dan segala kemudahan lain yang disediakan. Jadi, sebagai pemilik rumah, ia menjadi satu kewajipan untuk anda pastikan gambar-gambar yang diambil untuk tujuan pemasaran itu akan dapat memikat hati pelanggan harapan tadi.




Bagaimanakah caranya untuk memastikan gambar-gambar yang diambil itu tampak menarik?Ada sebabnya kenapa jurugambar dianggap sebagai kerjaya profesional. Kreativiti, teknik dan pengalaman yang ada pada gambar yang diambil oleh professional photographer mempunyai nilainya yang tersendiri. Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh cuba untuk lakukannya sendiri. Jadi, untuk permulaan, jom lihat 5 teknik mudah yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Ambil gambar pada waktu siang
Cahaya matahari adalah sumber cahaya yang terbaik untuk mendapatkan gambar yang cantik, tambah-tambah lagi semasa panas terik. Walau bagaimanapun, pastikan sudut ruang yang hendak diambil gambar tidak membelakangi tingkap atau pintu gelangsar. Jika tidak, gambar yang diambil akan menjadi gelap. Selain mengharapkan natural light, anda juga boleh menggunakan cahaya tambahan dengan memasang semua lampu siling yang ada di ruang tersebut.

2. Tukar susun atur perabot
Ringankan tulang untuk tukar susun atur perabot di ruang yang hendak diambil gambar agar tampak lebih menarik dan selesa. Jika sebelum ini meja kopi berada di tengah ruang tamu, cuba alihkan sebentar untuk gambar pertama, dan letakkan semula apabila gambar diambil dari arah lain. Selain itu, gunakan kreativiti untuk mix and match perabot yang ada di ruang tersebut. Kadangkala, apabila susun atur perabot ditukar, sesebuah ruang akan kelihatan lebih praktikal dan lapang.

3. Pastikan gambar diambil pada paras mata
Walaupun kini teknik mengambil gambar flat lay dan fish eye menjadi kegemaran kebanyakan pengguna media sosial, teknik ini tidak sepatutnya digunakan untuk mengambil gambar hiasan dalaman rumah. Untuk mendapatkan gambar interior design rumah yang berkualiti, anda hanya perlu pastikan gambar yang diambil itu diambil pada paras mata. Selain itu, untuk hasil gambar yang lebih artistik, anda boleh cuba untuk ambil gambar dari sisi, bukan dari depan. Dengan cara ini, ruang tersebut juga akan kelihatan lebih luas.

4. Tambah hiasan dan aksesori yang sesuai
Jika sebelum ini rumah anda hanya dilengkapi dengan perabot asas, hiaskan ruang tertentu dengan aksesori yang sesuai. Gantung gambar permandangan atau cermin besar dengan bingkai unik pada dinding kosong, letakkan pasu besar dengan ranting kayu atau bunga plastik di tepi sofa adalah antara cara menghias rumah yang minimal, tetapi menarik. Selain itu, anda juga boleh tambah rak pelbagai guna untuk mempamerkan barang hiasan yang tidak mudah pecah, atau barang koleksi menarik yang sesuai dengan tema rumah anda.

5. Ambil gambar dari jarak dekat
Tambah beberapa gambar objek menarik yang diambil dari jarak dekat di dalam profil rumah sewa anda. Contohnya, jika rumah tersebut mempunyai water feature seperti kolam ikan, ambil gambar kolam ikan tadi dari jarak dekat pada waktu siang. Selain itu, jika anda ada menyediakan set kerusi taman di balkoni, ambil gambar set cawan berisi air teh dan kuih yang dihidang rapi di atas meja taman itu. Walaupun gambar dari jarak dekat tidak dapat memberikan gambaran besar tentang sesuatu ruang, tetapi ia akan memberikan personaliti yang unik pada rumah tersebut.

Kesimpulan

Pelan pemasaran amat penting untuk semua jenis perniagaan, kecil atau besar. Jika anda merancang untuk jadikan rumah anda sebagai rumah inap atau homestay, pastikan anda sudah mempunyai pelan pemasaran yang sudah dirancang rapi. Dan seperti yang saya katakan di awal artikel ini, gambar yang cantik dan menarik adalah satu kewajipan jika anda hendak memikat hati pelanggan.

Jika anda sudah mencuba teknik mudah di atas tetapi masih tidak berpuas hati dengan gambar yang diambil oleh kamera telefon bimbit anda, dapatkan saja khidmat professional interior photographer yang berdafter di Recommend.my. 

Selain menggunakan kamera yang bertaraf profesional, pengalaman dan kreativiti yang ada pada jurugambar profesional juga akan membuatkan gambar yang diambil oleh mereka lebih berkualiti dan menarik. Dapatkan sebut harga untuk perkhidmatan professional interior photographer di Recommend.my.

You Might Also Like

8 comments

  1. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  2. nice sharing... gambar ruang tamu tu walaupun simple tp sgt cantik dgn teknik ambil gambar yg betul...

    ReplyDelete
  3. bagusnya airnb ni ye mudah nak cari tempat stay yg menarik

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg berguna ni eny

    ReplyDelete
  5. mrspip dtg melawat ...
    mrs pip bab2 ambil gambar memang no talent langsung...

    ReplyDelete
  6. teknik menarik yang patut digunakan oleh pengusaha homestay dan juga hotel untuk menarik perhatian pelanggan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. Bagus perkongsian ini. Terima kasih Eny sebab share

    ReplyDelete
  8. Gambar mmg main peranan untuk tarik pelanggan... Sbb tu Hotel tu dia pandai cari jurufoto yg pandai... Hotel nampak besar walaupun bilik tu kecik je sebenarnya..

    ReplyDelete