STEW DAGING CICAH ROTI PUN SEDAP

September 18, 2017

Stew Daging Cicah Roti Pun Sedap | Dah lama tak update blog. Agak sibuk sedikit kebelakangan ni. Hari ni Kekny nak share resepi Stew Daging. Mudah je nak buat sebenarnya stew daging ni. Stew ni kategori sup tapi lebih pekat, mewah dan kaya rasanya. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis, roti bakar atau kalau kat Malaysia korang nak makan dengan roti canai, roti bom atau capati pun sedap juga.

Kekny pakai resepi Beef Stew Chef Jamie Oliver. My favourite chef! Kau jangan tak tahu, stew ni kalau di negara barat ibarat kari kita di Malaysia cuma rasanya tak begitu berempah dan tak ada santan digunakan. 

Ok jom tengok resepi.


P8092797ed

P8092813ed


RESEPI STEW DAGING

Bahan-bahan
600gm daging lembu, dipotong dadu
1/4 cawan tomato puri dalam tin
1/2 cawan kacang panggang dalam tin
½ cawan kacang merah dalam tin
2 biji tomato, dipotong dadu
3 biji kentang, dipotong kiub
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang besar, dibelah 4
1 liter air
2 kiub daging lembu
2 helai daun bay kering
1 sudu kecil herba rosemary kering
1 sudu besar daun herba thyme segar, dicincang
1sudu daun parsley segar, dicincang
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan tumis
3 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji bawang besar, dicincang
1 batang celery, dipotong
1 batang lobak merah, dipotong dadu

Cara penyediaan

1. Daging digaul bersama sedikit garam, lada hitam dan tepung jagung.

2. Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bahan-bahan tumis. Kemudian masukkan daging yang telah digaul tadi. Masak sekejap sehingga daging mengecut dan keperangan.

3. Masukkan tomato puri dan tomato dipotong dadu. Masak sehingga tomato hancur.

4. Masukkan air dan kiub daging lembu. Masukkan juga bawang besar, daun bay,  herba rosemary kering dan daun herba thyme.

5. Masukkan kentang dan reneh lagi sehingga kentang dan daging lembut dan empuk.

6. Masukkan kacang panggang dan kacang merah dan masak lagi seketika. Masukkan gula, garam secukup rasa dan tabur daun parsley. Sedia untuk dihidang.

Saranan
1. Boleh gunakan periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak dan melembutkan daging

2. Stew daging sedap dihidangkan bersama roti bakar, roti perancis atau dihidangkan begitu sahaja.


You Might Also Like

8 comments

  1. Tgk post ni rasa nk buat jugak skrang ..sedapnyeee

    ReplyDelete
  2. ok dah ambik resepi..nak buatnya kena baca betul2 resepi tu..kasi hadam...then baru try n error

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya, daging korban ada lagi bolehlah try buat ;)

    ReplyDelete
  4. Alahai lazatnye.. lama x.mkn stew

    ReplyDelete
  5. ya ampun..meleleh air liur..

    ReplyDelete
  6. stew daging memang sedap, suka makan tp tak pandai nak buat..
    lepas ni ada daging kat rumah, nak try resepi eny...

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap kak enya . Boleh cuba buat , hehe

    ReplyDelete