Didikan Ayah

/
3 Comments
1:31 pm
Sembang lepas lunch. 

Semalam genap tujuh tahun ayah Kekny meninggalkan kami. Kerinduan tu masih terasa walau 7 tahun berlalu, tapi kami redha kerana itulah ketentuan Nya.

Bercakap mengenai arwah ayah. Kau tahu arwah ayah Kekny dulu garang. Dia kalau marah tu memang marah habis, tahap mengamuk la. Semua kecut perut la kalau dia naik suara.



Mak pun garang, takat nak sebat dengan rotan tu memang selalu lah kena. Tapi kami lebih takutkan ayah. Dia punya garang lain macam.

Arwah ayah pernah larang satu rumah tak boleh tengok TV waktu malam masa tahun Kekny nak ambil SPM. Semua diam je tak membantah

Kau tahu dia pernah heret Kekny bangun tidur dari katil sebab malas bangun pi jogging. Masa tu dia sibuk suruh Kekny kurus kan badan hahahahaha.

Setiap kali kena marah kat sekolah, cikgu baling buku, cikgu rotan tangan, ketuk ketampi, berdiri atas kerusi, jalan donald duck (jalan itik), pusing padang 1 round.. kekny pun mengadu la kat arwah ayah kot la dia boleh marah cikgu tu balik kan, tapi dia buat tak tahu je. 

Dan selama Kekny bersekolah, dia tak pernah masuk campur hal sekolah dan hal cikgu. Dia serahkan betul anaknya kepada cikgu untuk diajar dan diasuh. Tapi dirumah kami diajar dan diasuh cara dia pula.

Arwah ayah Kekny dulu pentingkan pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Sebab dia bersekolah aliran Inggeris, jadi dia memang jadi cikgu B.I Kekny kat rumah, ajar buat essay, ajar buat ayat ikut grammar yang betul. Lagi takut tau belajar dari ayah garang ni dari belajar dengan cikgu. 

Kekny rasa sebab ayah faham apa itu tugas seorang guru sebab ayah dia pun guru dan bekas guru besar sekolah.

Dan melihat banyak kejadian yang berlaku sekarang melibatkan remaja dan kanak kanak, rasa bersyukur kita kena marah dengan mak dan ayah dulu-dulu. Kami kena marah, kena sebat dengan rotan, tapi tak pernah pula rasa terdera dan teraniaya. Walaupun bebal tu memang ada hehehe

Hasilnya kita besar jadi orang, walau tak la berjaya mana tapi dapat menyumbang sesuatu yang kecil kepada masyarakat pun dah cukup

Ibu bapa hari ni, kebanyakannya (bukan semua) suka salahkan cikgu yang mendidik. Jika cikgu pukul sedikit, nak dakwa cikgu, marah cikgu pukul anaknya. Tapi bila budak-budak terjerumus ke lembah dadah dan jenayah, boleh pula ibu bapa salahkan cikgu-cikgu tak mengajar budak.

Para guru pun berbelah bagi, nak diajar cara betul, itu anak orang. Nak dibiarkan pula, pun dipersalahkan jika terjadi apa-apa. Dikatanya guru makan gaji buta.

Kekny menyeru ibu bapa sekarang, buka mata dan minda. ambil semula dan contohi cara mak ayah ajar kita dulu, walaupun zaman dah berubah tak salah rasanya kita kekalkan didikan dan asuhan yang cara dulu. Marahlah anak tu, pukullah jika dia melakukan kesalahan, pujilah jika dia melakukan kebaikan, dan sayangilah anak itu sepanjang masa, seluruh hidupnya.

Terima kasih ayah, Abdullah Bin Othman, kerana didikan ayah dahulu, kerana marah ayah dan tegasnya ayah dahulu maka kami jadi orang yang selayaknya orang, yang punya perasaan dan jati diri. Yang tak mudah goyah dipukul badai. Kami kuat kerana didikan tegas ayah dan mak dulu.

Al Fatihah Abdullah Bin Othman, 29/12/1949  -  19/9/2010.



You may also like

3 comments:

  1. Memang rasa bertuah kan sebab mak ayah besarkan kita dengan didikan penuh ketegasan macam tu.. kalau tak, entah tak jadi orang agaknya kita ni.. heheheheee..

    Al-Fatihah untuk arwah ayah Eny. 7 tahun satu jangka masa yang lama. Ain yang baru 3 tahun kehilangan ni pun rasa rindu sangat-sangat.. :(

    Semoga dikurniakan syurga buat mereka.. Aamiin..

    ...

    ReplyDelete
  2. ayah kita mmg tegas dan ank-ank pun takut... takut kat mak ayah sampai cikgu denda apa pun sorok takut mak ayah tahu kena lagi tampalannya... sekarang dah lain...

    ReplyDelete
  3. Bertuah ya keknya dpt ayah Yang baik dalam garang nya Tersedia kasih datangnya. Alfatihah buat beliau

    ReplyDelete