KUIH BURGER SARDIN

/
2 Comments
11:25 am
2060 Kuih Burger Sardin ni atau Burger Malaysia berintikan sardin memang menjadi kegemaran Kekny sejak dari kecil. Dulu maktok pernah berniaga kuih ni selain cucur badak. Masih terasa kesedapan dan kelembutan burger sardin maktok apa lagi jika dimakan selepas ianya digoreng panas-panas. Memang tak cukup 3 biji! Kalau dulu kekny panggil Donut Sambal, Donut Sardin.. tapi jangan tak tahu ada yang menggelar kuih ni sebagai kuih Proton Saga!. Katanya nama tu diambil kerana kuih ni mula diperkenalkan pada tahun yang sama keluaran kereta pertama Malaysia, Proton Saga. 


Untuk tekstur yang lembut, Kekny menggunakan resepi donut gebu, supaya kuihnya lembut dan gebu apabila digigit walaupun kuih dah lama digoreng.

P6107513ed

Untuk intinya Kekny menggunakan sardin yang ditumis dengan sambal. Lebih pedas lebih sedap! Letak pula kepingan timun rangup di tengah... memang asyik je gigit burger sardin ni!

P6107526ed

Resepi Burger Sardin

Donut atau Roti 

Bahan bahan 
500 gram tepung
3 sudu kecil yis kering mauripan
1 camca besar rata bread softerner (optional)
80 gram mentega
60 gram gula halus
200 ml air dari peti sejuk
Minyak secukupny untuk goreng

Cara penyediaan 

Campur air, yis kering dan gula. Biarkan seketika sehingga naik buih di permukaan. Sekiranya tiada buih, yis telah rosak dan eloklah diganti dengan yis baru.

Gaul tepung bersama mentega sehingga membentuk serbuk roti. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Uli sehingga adunan tidak melekat.

Biar seketika sehingga adunan naik sekali ganda. Kemudian tumbuk tumbuk adunan dan uli sekali lagi. Boleh la dileperkan dalam 1 cm  dan tekap guna gelas atau acuan berbentuk bulat.

Biar naik dan goreng dalam minyak yang panas.

Inti Sambal Sardin

Bahan-bahan
1 tin besar sardin
2 sudu besar cili kering kisar
1 ulas bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang

Cara penyediaan 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang dan bawang besar dadu
masukkan cili kering kisar, kacau rata. Masukkan sardin yang telah dihancurkan isinya bersama kuah sos sekali. Masak sehingga kuahnya kering elok.

Belah donut tadi tapi jangan sampai putus, isikan inti sambal srdin dan timun didalamnya.



You may also like

2 comments:

mrhanafi said...

Perg. Sedap giler la..

adda syuhada said...

sedapnyer...