Sepetang Bersama Blogger 2017

10:13 am

Mesti ramai tengah bergolek atas katil kat rumah hari ni kan. Bagi yang bercuti enjoy your day. Kekny hari ni kerja jugak lah jugak sebab minggu depan Kekny bercuti. Esok dah nak balik ke Ipoh then from Ipoh Kekny dan DH akan ke KL untuk menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2017 (SBB 2017) pada Sabtu 13 May di Pusat Pelancongan Malaysia MaTIC.


Apakah Sepetang Bersama Blogger ni?

Ianya satu majlis dianjurkan oleh Denaihati untuk para blogger berjumpa, menghadiri workshop, berdiskusi dan kemuncak ialah majlis makan malam dan tema majlis makan malam bagi 2017 ialah Glams!

Korang jika seorang blogger dan bukan blogger jika ingin menghadiri SBB2017 ni boleh je terus daftar kat sini SBB2017. Masih ada tempat lagi rasanya untuk korang sertai.

Untuk hadiri seminar yang menghimpunkan ratusan blogger menjadi impian Kekny sejak aktif berblog. Tahun lepas agak ralat sebab lambat mengetahuinya. Tahun ni alhamdulillah DH pun dapat temankan dan kami sepakat nak join! DH Kekny memang bagi 100% sokongan kepada Kekny sebagai blogger ni sebab dia tahu Kekny memang berblog dengan serius.

Persiapan Ke SBB 2017

Mestilah ada persiapan kan tak sedikit sebanyak kita perlu buat juga. Antaranya active menegur beberapa blogger yang selama ini Kekny cuma follow dia saja di Facebook. Boleh la beramah mesra di SBB nanti dan tak lah kekok sangat. Selain tu akhirnya setelah sekian lama Kekny juga dah print my own blogger name card untuk diedarkan dan bertukar-tukar di SBB nanti. Untuk networking, name card sangat penting supaya orang lain dapat mengingati anda! Dalam satu majlis yang dihadiri ratusan peserta, mana mungkin kita boleh ingat satu persatu kan. Masa ni name card memainkan peranan. Kalau blogger yang dah lama tak update blog tu, kalau nak hadiri SBB  atau apa saja event blogger haruslah activekan balik blog korang supaya nampak updated dan tak bersarang! hehehe.

Korang ada ke SBB 2017? .. kalau ada harap dapatlah tegur Kekny ye!! Kalau yang nak berjumpa Kekny personally Kekny akan berada di KL dari 12 May hingga 14 May. Boleh email nanti dan boleh korang bawa Kekny ke tempat makan best-best yang korang tau! It's on me! Nak minta buat food review pun boleh! hehehe

You Might Also Like

3 comments

  1. Yeahhh. selamat dah. seronok sangat kat Sepetang Bersama Blogger tue enjoy. Pakcu dapat input yang sukar di perolehi kat mana taw. Sepetang Bersama Blogger 2017

    ReplyDelete
  2. seronokkk dapat jumpa keknyyy. huwarghhhh. bila nak jumpa lagi?

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com