Ayam Masak Kicap Paling Simple!

May 17, 2017

Ayam Masak Kicap je pun nak masuk resepi jugak hehehe.. eh jangan kau tak tahu, ada yang tak reti nak masak ayam masak kicap hahaha, yang tahu tu tak pa lah, yang tahu mai Kekny bagi resepi.

P5097302ed 

Ayam masak kicap ni seeloknya ayam digoreng terlebih dahulu 3/4 suku masak atau garing. Tak lah ayam tu keras kejung bila dimasak kicapkan. Tapi kalau nak ayam tu lembut je boleh tambah air lebih sikit supaya kuah berair tu dapat meresap ke dalam ayam. Ini ikut preference masing-masing ye, macam kekny prefer ayam masak kicap yang kering elok kuahnya, bila nak makan dengan nasi panas-panas tu sedap je gaul kuah minyak tu!

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong. Gaul garam kunyit dan goreng 3/4 garing
4 sudu besar kicap pekat lemak manis
2 sudu besar sos tiram
3 biji kentang, dipotong baji (wedges) dan goreng garing
1 ulas bawang besar, dipotong tebal
4-5 biji cili padi
Tomato dibelah
Daun sup dan daun bawang dipotong

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
1-2 inci halia

Cara penyediaan

Panaskan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan kicap dan sos tiram. Tambah sedikit air.

Masukkan ayam. Masak seketika. Jika nak ayam lembut dan sedikit berkuah, tambah sedikit air. Masukkan bawang besar yang dibelah.

Akhir sekali masukkan kentang goreng, cili padi, tomato, daun sup dan daun bawang.

You Might Also Like

4 comments

  1. suka ayam masak kicap tp slalu buat kuah banjir

    ReplyDelete
  2. Err jangan marah ye bertanya .. tak nampak pun kicappppnyerrr .. kalau ayam masak kicap bukan warna dia hitam ke? huhu... :P
    ..
    Ke kicap dah abis ni? hehehe...
    Tapi gambar menu ni memang nampak cam best ... nyumm nyummm sib baik dah kenyang ni.

    ReplyDelete
  3. Walaupun setakat resepi ayam kicap, tp lain org lain resepi kan kekny. Hihihii.

    ReplyDelete
  4. aduhh sedapnya keknyyyy. lapar terus uyul. rasa nak jilat skrin hahaaha.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete