Resepi Kek Marble

/
7 Comments
12:12 pm
Kek Marble ni memang kek klasik yang jadi kegemaran Kekny. Kalau raya je wajib ada kek ni. Kalau tak buat pun mesti akan beli. Sedap dan lemak kek ni ditambah keharuman butter bercampur koko. Resepi Kek Marble ni Kekny olah sendiri resepi dia. Pasti menjadi dan gebu. Asalkan ikut step dan teknik Kekny ajar.

P3076958ed

Tips Kek Marble Sedap

Kena gunakan butter berkualiti contohnya Anchor atau SCS. Guna serbuk koko berkualiti supaya rasa koko sebenar dapat dirasai semasa menikmati kek. Bukan sekadar warna sahaja.

P3076939ed

Kek ni sedap dihidangkan panas-panas selepas bakar.... memang asyik je makan tu tak sedar dah berkeping masuk mulut hehehe..
P3076934ed P3076983ed

Resepi Kek Marble

(Loyang square saiz 9 x 9 dpt tinggi 2.5 inci)

Bahan-bahan 
210g self raising flour
220g castor sugar
290g butter SCS atau anchor salted (biarkan lembut tapi masih sejuk bila dipegang, takmau butter yg cair lama diluar nanti kek berminyak dan kasar)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pure vanilla essence
5 eggs (suhu bilik tak mau telur peti ais)
2-3 sudu besar serbuk Koko

Cara penyediaan 
Pukul gula dan butter sehingga kembang dan gebu sehingga warna putih krim

Masukkan vanilla dan garam.

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap biji putar lebih kurang 30 saat baru masukkan sebiji lagi. Buat sampai telur habis.

Bila telur dah habis masuk dan sebati, slowkan mixer paling rendah, masukkan tepung sedikit sedikit dalam 3 kali masuk.

Bahagikan separuh kepada dua adunan.. separuh tu masukkan serbuk koko 2-3  sudu besar.

Masukkan dalam acuan selang seli dengan adunan koko. Bila habis, lorekkan dengan pisau membentuk corak marble dan hentak acuan sikit supaya kek nanti naik sama tinggi tak kembung.

Bakar selama 40 ke 45 minit suhu antara 160 ke 170 ikut oven masing masing ya.. selalu kek x berapa jadi elok ni sebab kita x faham kerenah oven kita sahaja..


Kalau nak resepi kek butter pound boleh ke SINI ye



You may also like

7 comments:

  1. assalamulaikum Eny
    lama nya kaknoor tak jenjalan sini
    ada resepi kek marble lah boleh lah try ni lepas ni hehee

    ReplyDelete
  2. waaahhh....
    sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  3. Hish, lama sungguh tak membaking, bila tengok jalur2 marble kek ni kepingin pula nak makan

    ReplyDelete
  4. Kek ni memang saya selalu makan masa petang2.. cecah dengan teh/kopi. pergh memang nyaman.. kena2 lagi masa hujan2 sambil layan youtube..

    fuah fuah fuah

    ReplyDelete
  5. sedapnya...tapi oven pula rosak, kalau berjiran ni..saya dah ketuk pintu minta sepotong, hehe

    ReplyDelete
  6. wah..tengok gambar dah terliur..nak cubalah resepi ini..hehe

    ReplyDelete