Apom Manis Cicah Kari

April 11, 2017

Nak share resepi apom manis resepi special dari maktok ni. Kalau ada buat lauk kari, esoknya waktu sarapan mesti maktok akan buat apm ni untuk cicah bersama kari leftover. Apom manis ni senang sangat nak buatnya sebab ianya bukanlah macam apam lenggang atau lempeng biasa kita buat tu. Tekstur dia gebu dan lembut je. Sedap dimakan panas-panas apom manis cicah kari atau makan begitu sahaja. Kalau buat makan tak cicah apa apa, lebihkan sikit gula supaya sedikit manis. Kalau berani, cicah dengan susu pekat manis... kalau berani lah eheheheh..

P3016849ed

Hidang pulak dengan kopi O pekat memang terangkat habis. Kena pulak pagi tu hujan.. Kekny bangun pagi-pagi terbau haruman daun pandan yang maktok guna untuk sapu minyak pada kuali... adoii dah tau mesti maktok buat apom sebab semalam ada lebihan kari.. terus Kekny capai kamera dan tripod dari dalam drybox. Kebetulan hari tu tak sibuk dengan kek sempatlah shoot kejap...

P3016877ed P3016847ed P3016888ed


Resepi Apom Manis

Bahan-bahan :
500gm tepung gandum
1/2 peket yis kering mauripan
2-3 sudu besar gula - ikut nak manis mana ya, jika nak makan sahaja tanpa kari, boleh tambah lagi.
1 sudu teh garam
1 biji telur
Air secukupnya - bancuhan sedikit cair macam bancuhan pekek.

Cara penyediaan :

Campur semua   bahan diatas dan gaul sehingga sebati. Peram (biarkan bertutup) kejap dalam 30 minit ke 1 jam supaya apom lebih lembut.

Panaskan kuali non stick, letak sedikit saja minyak (sapu minyak ke kuali guna daun pandan)

Cedok adunan menggunakan senduk

Tuang adunan kedalam kuali yang telah panas tadi sambil ratakan dengan senduk menjadi leper tapi jangan leper sangat. Saiz dan tebal macam penkek.

Masak sebelah sehingga masak kemudian terbalikkan dan lipat dua. Siap dihidangkan.


You Might Also Like

3 comments

  1. sdonya..dh lama tak mkn.jarang jumpa.huhuh

    ReplyDelete
  2. Ini rupanya apom manis.. Tempat saya, kalau tak silap, orang panggil terang bulan..

    Nampak sedap pula cecah kari.. aumm

    ReplyDelete
  3. ingatkan apom lenggang hehe.. lain rupanya apom manis..
    tak sure pernah makan ke tidak.. tapi pape pun cicah kaaaari sodap =D

    ReplyDelete