Rendang Pedas Daging Utara Mak Siti

/
4 Comments
11:06 am
Kekny belajar masak rendang pertama kali dengan maktok (mak kekny). Rasanya tak adalah lama sangat baru 2-3 tahun belajar. Tak pandai sangat merendang ni sebab kita tahu masakan orang tua tua ni perlukan pengalaman yang lama untuk menguasainya. 

Kalau dulu-dulu sekali nak merendang orang kata jenuh jugak lah nak menyediakan bahan-bahan rendang. Sekarang ni kita beli je tinggal nak campur dalam kuali dan masak je. Mudah sangat.

Rendang Pedas Daging Utara ni memang kegemaran keluarga Kekny. Wajib dibuat tiap kali raya dan kenduri atau jamuan. Bahan dan cara pembuatan rendang ni sangat simple dan mudah. Tambahan pula kali ni Kekny menggunakan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Mudah kerja sikit.

Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang

Mesti ramai sedia maklum rempah Mak Siti ni di pasaraya. Boleh jumpa di Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai-kedai runcit yang berhampiran. Ada banyak rangkaian produk rempah Mak Siti ni, dari kari ikan, masak kicap, rendang, soto, dan bermacam lagi. Rempah-rempah keluaran Mak Siti walaupun telah dipek dan dipasarkan, tapi rasanya tetap tidak ubah seperti rempah digiling macam dulu-dulu. Rasanya penggunaan rempah berkualiti memainkan peranan dalam menghasilkan kualiti dan rasa rempah yang sedap kan?

Kalau nak tengok resepi Kari Ikan menggunakan rempah Mak Siti boleh tengok disini KARI IKAN MAK SITI BY MAMA JUE atau RESEPI DAGING MASAK KURMA BY AINUL MUSTAFA

Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang

Haaa inilah bahan yang diperlukan untuk Rendang Pedas Utara ni.. 

Bawang, halia, serai, lengkuas dan cili dikisar, daging, santan, kerisik dan satu pek rempah rendang Mak Siti. Korang tak reti masak pun boleh masaklah. Bahan pun mudah cari..

Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang

Ok jom tengok resepi dibawah. Kalau nak tengok video cara penyediaan rendang pun ada dibawah sekali.
Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang  

RESEPI RENDANG DAGING PEDAS UTARA

Bahan-bahan 
800gm daging - dipotong sederhana
20-30 biji cili kering, gunting pendek, direbus, buang biji dan dikisar halus
1 paket Serbuk Rempah Rendang Mak Siti, dibancuh dengan sedikit air menjadi paste
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula kabung / gula melaka / gula merah - boleh kurang jika tak suka manis atau lebih jika suka
3-4 helai daun limau purut
sedikit daun kunyit diracik halus
Garam secukup rasa

Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
8 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan
Satukan bahan kisar, cili kisar, daging dan santan. Masukkan rempah rendang Mak Siti yang telah dibancuh dengan sedikit air. Buka api dan renih atas api perlahan sehingga rendang mendidih.

Masukkan garam, gula melaka, daun limau purut atau daun kunyit.

Biar rendang merenih sehingga kuah pekat dan kering. Akhir sekali boleh taburkan daun kunyit yang diracik halus jika suka. Sedia dihidangkan.


Sudilah cuba resepi Rendang Pedas Daging Utara Mak Siti ni ye :)






IG: https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti/
FB: https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti/
Website: www.maksiti.com

Pembelian online melalui : IG, FB & WhatsApp +60173 309 330


You may also like

4 comments:

  1. Tak jumpa lagi rempah mak Siti nie..

    ReplyDelete
  2. makkkk sedapnya rendang kak eny.. jue kalo buat mesti berkuah.. kalo kering mcm ni tak reti.. hahahah..

    ReplyDelete
  3. berselera tgk gambar rendang yang 1st tu..

    ReplyDelete
  4. saya suka resipi macam ni. tak pakai minyak.

    ReplyDelete