Bubur Nasi Teochew

12:12 pm

Kekny kan suka bubur nasi, jadinya resepi bubur nasi je lah kan hehehe.. Kali ni resepi Bubur Nasi Teochew atau Teochew porridge. Bubur nasi ni dimasak dengan udang kering, sotong kering, halia dan bawang putih. Ada yang campurkan isi ikan tenggiri atau ikan merah. Kemudian bubur ni dihidangkan dengan lauk pauk tersediri seperti kangkung goreng belacan, ikan bilis goreng, telur masin, jeruk halia, dan pelbagai lauk tumisan. Memang mewah dan sedap. 

P8123254ed

Tapi versi Kekny buat ni simple je. Sebab buat untuk sarapan pagi dengan kejar masa nak pi office lagi hehehe.. Bahan pun mana ada je. Alah kita yang buat dia kan... Bubur tu makan sahaja pun dah sedap. Cukup rasanya. Nak hidang tu letak sikit minyak bijan  dan tuang kicap masin. Layannnn.. Tapi tak nak nampak kosong Kekny buat seafood stir fried simple. Ada satu plastik mixed seafood yang frozen tu. Dah cairkan, gaul dengan, kicap masin, lada sulah dan garam. Tumis halia dan masukkan seafood. Masak sekejap je dah siap. Hidang je atas bubur... 

P8123282ED P8123307ED

Resepi Bubur Nasi Teochew

Bahan-bahan
1 pot beras
Air secukupnya
2-3 sudu besar udang kering tanpa kulit
2 keping sotong kering bahagian badan, bersihkan dan hiris  halus
1 keping isi ikan tenggiri, dipotong dadu
1-2 inci halia, dimayang halus
Sedikit minyak bijan
Daun sup dan daun bawang
Telur masin siap direbus


Cara penyediaan
Rebus beras bersama air, halia dan udang kering sehingga menjadi bubur.

Masukkan isi ikan, dan kemudian sotong kering yang dipotong halus.

Biar mendidih sekejap kemudian boleh la dihidangkan bersama titisan minyak bijan, daun sup dan bawang, telur masin dan juga lauk pauk kegemaran.

Resepi Stir Fried Mix Seafood 

Bahan-bahan
1 paket frozen mix seafood - boleh je gantikan dengan udang sotong atau kepah yang fresh
2 sudu besar kicap air
lada sulah secukupnya
3 ulas bawang putih cincang
sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan
Mix seafood digaul dengan semua bahan diatas
Panaskan minyak dan tumis je bahan mix seafood yang digaul tu. Masak sekejap sehingga semua seafood masak. Hidangkan atas bubur nasi.

You Might Also Like

6 comments

  1. Sedap ni. Peberet anak2 la klu bubur2 cmni...

    ReplyDelete
  2. Alahai eny...sedapnya plak..sesuai bawak pi opis jugak ni kan...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. Apa sahaja yang akak masak..
    nieyl mesti terliur

    ReplyDelete
  4. walaupun cuma bubur nasi tapi nampak sangat menyelerakan.. terutama telur masin dgn udang tu.. hehehehehe.. :)

    ...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com