Hai semua, Pensonic Malaysia kini ada kembali lagi dengan Peraduan We Want You To Be On TV bersama Chef Haji Ismail dan juga selebriti jemputan. Jadi kali ni Pensonic mencari peserta-peserta baru untuk masak dalam sebuah rancangan masakan! 

7 peserta bertuah yang terpilih akan berpeluang untuk masak bersama Chef Haji Ismail danberpeluang jumpa selebriti tempatan. 

Wah best kan. Dapat masuk TV, dapat masak dengan Chef Haji Ismail dan dapat jumpa artis lagi! Rebutlah peluang ni kalau korang suka masak. Dapat jumpa chef tersohor di Malaysia tu!







Kalau korang berminat nak sertai senang je, cuma perlu ikut step berikut. 


Emailkan ke fb@pensonic.com : 
1. Nama resepi (berserta gambar),
2. bahan (berserta gambar)
3. cara penyediaan langkah demi langkah (berserta gambar).
4. Emailkan butir peribadi
  • Nama seperti dalam Kad Pengenalan, 
  • Nombor Kad Pengenalan,
  • Alamat
  • Nombor telefon bimbit
  • Emel.

Sebelum 3 Mac 2017!

Tertakluk kepada terma & syarat

 Cubalah mana tahu terpilih boleh lah masuk TV! Blogger mana yang suka masak tu boleh lah try!

Pernah ada pengalaman bateri kereta kong? keluar shopping mall tiba-tiba start kereta tak nak hidup, tengah malam pula tu di parking kereta sunyi. Ada pulak kadang-kadang bateri ni buat hal kat tengah kesesakan jam. Panik dibuatnya.

Kalau habis bateri kereta ni memang menakutkan nak nak kalau kita ni wanita dan tengah memandu seorang diri. Selalunya sebagai persediaan kita akan cepat-cepat tukar bateri bila rasa dah sampai masanya tukar bateri. Tu pun kalau tak lupa lah. Ada yang lupa terus bila patut kena tukar bateri. Ada yang juga yang tak tahu tau bila kena tukar bateri kereta ni hahaha..


servis bateri kereta murah, bateri kereta malaysia

Tapi tau tak korang, actually bateri kereta ni jangkahayat dia tak sama dan tak tetap. Tak semestinya lepas setahun atau dua tahun kita kena tukar dah bateri ku. Sebab ada kalanya pengunaan, dan perjalanan enjin kereta pun memainkan peranan penting dalam penjagaan bateri ni. Kalau pandai jaga, bateri memang tak mudah kong!

servis bateri kereta murah, bateri kereta malaysia


Sebab tu kadangkala bila habis bateri tak semestinya bateri kereta kong. Boleh je guna lagi. Yang penting kena dapatkan kepastian dari pakar bateri. Haaa nak senang dari Bateriku.Com. Orang kata sebagai second opinion lah untuk pastikan bateri kita tu betul-betul perlu ditukar atau tak. Takde lah rugi duit sebab tukar benda yang tak sepatutnya kan?


Apa nak buat bila bateri kereta kong ?

Senang je kalau kes bateri kereta kong ni, cuma perlu 

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Atau boleh terus ke premis di alamat :
No 17 Jalan Saujana Indah 10 Taman Perindustrian Saujana Indah Shah Alam

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck


NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Kekny belajar masak rendang pertama kali dengan maktok (mak kekny). Rasanya tak adalah lama sangat baru 2-3 tahun belajar. Tak pandai sangat merendang ni sebab kita tahu masakan orang tua tua ni perlukan pengalaman yang lama untuk menguasainya. 

Kalau dulu-dulu sekali nak merendang orang kata jenuh jugak lah nak menyediakan bahan-bahan rendang. Sekarang ni kita beli je tinggal nak campur dalam kuali dan masak je. Mudah sangat.

Rendang Pedas Daging Utara ni memang kegemaran keluarga Kekny. Wajib dibuat tiap kali raya dan kenduri atau jamuan. Bahan dan cara pembuatan rendang ni sangat simple dan mudah. Tambahan pula kali ni Kekny menggunakan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Mudah kerja sikit.

Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang

Mesti ramai sedia maklum rempah Mak Siti ni di pasaraya. Boleh jumpa di Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai-kedai runcit yang berhampiran. Ada banyak rangkaian produk rempah Mak Siti ni, dari kari ikan, masak kicap, rendang, soto, dan bermacam lagi. Rempah-rempah keluaran Mak Siti walaupun telah dipek dan dipasarkan, tapi rasanya tetap tidak ubah seperti rempah digiling macam dulu-dulu. Rasanya penggunaan rempah berkualiti memainkan peranan dalam menghasilkan kualiti dan rasa rempah yang sedap kan?

Kalau nak tengok resepi Kari Ikan menggunakan rempah Mak Siti boleh tengok disini KARI IKAN MAK SITI BY MAMA JUE atau RESEPI DAGING MASAK KURMA BY AINUL MUSTAFA

Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang

Haaa inilah bahan yang diperlukan untuk Rendang Pedas Utara ni.. 

Bawang, halia, serai, lengkuas dan cili dikisar, daging, santan, kerisik dan satu pek rempah rendang Mak Siti. Korang tak reti masak pun boleh masaklah. Bahan pun mudah cari..

Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang

Ok jom tengok resepi dibawah. Kalau nak tengok video cara penyediaan rendang pun ada dibawah sekali.
Rendang pedas utara, rendang daging pedas, resepi rendang daging, rendang mak siti, rempah mak siti, cara masak rendang  

RESEPI RENDANG DAGING PEDAS UTARA

Bahan-bahan 
800gm daging - dipotong sederhana
20-30 biji cili kering, gunting pendek, direbus, buang biji dan dikisar halus
1 paket Serbuk Rempah Rendang Mak Siti, dibancuh dengan sedikit air menjadi paste
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula kabung / gula melaka / gula merah - boleh kurang jika tak suka manis atau lebih jika suka
3-4 helai daun limau purut
sedikit daun kunyit diracik halus
Garam secukup rasa

Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
8 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan
Satukan bahan kisar, cili kisar, daging dan santan. Masukkan rempah rendang Mak Siti yang telah dibancuh dengan sedikit air. Buka api dan renih atas api perlahan sehingga rendang mendidih.

Masukkan garam, gula melaka, daun limau purut atau daun kunyit.

Biar rendang merenih sehingga kuah pekat dan kering. Akhir sekali boleh taburkan daun kunyit yang diracik halus jika suka. Sedia dihidangkan.


Sudilah cuba resepi Rendang Pedas Daging Utara Mak Siti ni ye :)






IG: https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti/
FB: https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti/
Website: www.maksiti.com

Pembelian online melalui : IG, FB & WhatsApp +60173 309 330
Kekny kan suka bubur nasi, jadinya resepi bubur nasi je lah kan hehehe.. Kali ni resepi Bubur Nasi Teochew atau Teochew porridge. Bubur nasi ni dimasak dengan udang kering, sotong kering, halia dan bawang putih. Ada yang campurkan isi ikan tenggiri atau ikan merah. Kemudian bubur ni dihidangkan dengan lauk pauk tersediri seperti kangkung goreng belacan, ikan bilis goreng, telur masin, jeruk halia, dan pelbagai lauk tumisan. Memang mewah dan sedap. 

P8123254ed

Tapi versi Kekny buat ni simple je. Sebab buat untuk sarapan pagi dengan kejar masa nak pi office lagi hehehe.. Bahan pun mana ada je. Alah kita yang buat dia kan... Bubur tu makan sahaja pun dah sedap. Cukup rasanya. Nak hidang tu letak sikit minyak bijan  dan tuang kicap masin. Layannnn.. Tapi tak nak nampak kosong Kekny buat seafood stir fried simple. Ada satu plastik mixed seafood yang frozen tu. Dah cairkan, gaul dengan, kicap masin, lada sulah dan garam. Tumis halia dan masukkan seafood. Masak sekejap je dah siap. Hidang je atas bubur... 

P8123282ED P8123307ED

Resepi Bubur Nasi Teochew

Bahan-bahan
1 pot beras
Air secukupnya
2-3 sudu besar udang kering tanpa kulit
2 keping sotong kering bahagian badan, bersihkan dan hiris  halus
1 keping isi ikan tenggiri, dipotong dadu
1-2 inci halia, dimayang halus
Sedikit minyak bijan
Daun sup dan daun bawang
Telur masin siap direbus


Cara penyediaan
Rebus beras bersama air, halia dan udang kering sehingga menjadi bubur.

Masukkan isi ikan, dan kemudian sotong kering yang dipotong halus.

Biar mendidih sekejap kemudian boleh la dihidangkan bersama titisan minyak bijan, daun sup dan bawang, telur masin dan juga lauk pauk kegemaran.

Resepi Stir Fried Mix Seafood 

Bahan-bahan
1 paket frozen mix seafood - boleh je gantikan dengan udang sotong atau kepah yang fresh
2 sudu besar kicap air
lada sulah secukupnya
3 ulas bawang putih cincang
sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan
Mix seafood digaul dengan semua bahan diatas
Panaskan minyak dan tumis je bahan mix seafood yang digaul tu. Masak sekejap sehingga semua seafood masak. Hidangkan atas bubur nasi.

Masalah resdung ni bukan masalah luarbiasa. Hampir semua orang ada resdung. Cuma tahap atau serius sahaja yang berlainan. Kalau silap makan sikit tu adalah bersin, gatal dan merah mata, muka pun rasa miang, itu tanda resdung menyerang.

Kekny pun mmg ada masalah resdung ni. Jenuh juga pantang makanan. Baru-baru ni terjumpa penawar resdung paling berkesan ni. Resdung ni kalau kronik jangan dibiarkan sebab boleh jadi lebih parah dan mungkin menganggu deria hidu kita. Takut kan dengar huhu



Penawar Resdung paling berkesan ni adalah herba resdung, dibuat dari bahan-bahan semulajadi seperti herba dan akar akar kayu. Caranya ambil sebiji sebelum tidur dan pada waktu pagi. Cuma perlu buka kapsul merah tu dan serbuk dalam tu masukkan dalam air. Minum airnya. Boleh baca lanjut tentang kebersekanannya di HERBA RESDONG

Antara testimoni dari pengguna





Dah 2 hari try ni takde lah bangun pagi rasa nak bersin dan gatal mata.. selesa je. Kalau korang yang ada masalah resdung tu boleh la cuba rawatan herba ni.

Untuk permulaan, Dos yang perlu dimakan hanyalah sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi. Dan sekiranya penyakit anda sudah berkurangan, anda tidak perlu lagi ambil dos setiap hari, Cuma ambil bila anda perlu saja. Contohnya dalam seminggu cukuplah sekadar anda menelan sebiji atau dua biji. Ataupun anda juga boleh menelan ia selepas anda memakan makanan laut.

UBAT RESDUNG AKAR KAYU INI SUDAH DIWARISI OLEH PENGAMAL PERUBATAN ISLAM SELAMA 40 TAHUN YANG LALU. DAN IA MERUPAKAN UBAT WARISAN TURUN TEMURUN.

Untuk pembelian dan  maklumat lanjut boleh lah hubungi

Puan Aisyah (013-987 1616)