Bubur Daging Pedas Lagi!

January 20, 2017

Kalau korang tanya apa makanan kegemaran Kekny, mesti lah bubur nasi. Apa sahaja bubur nasi kekny suka. Di Kedah dipanggil moi atau kanji. Kalau selera makan tak berapa nak ada, selalu time demam atau dah jemu makan nasi berlauk, Kekny akan masak bubur nasi. Selalunya bubur nasi yang diletakkan daging atau isi ayam menjadi pilihan. 

P7021688ed

Bubur daging pedas ni memang banyak kali dan buat. Sedap sangat katanya hehehe.. 
P7021705ed

Resepi Bubur Daging Pedas

Bahan-bahan 
1 /2 pot Beras
3-4 cawan air atau lebih jika perlu
Sedikit halia dihiris halus
Garam secukup rasa - boleh guna kiub perasa daging juga

Bahan-bahan perapan 
Daging - dihiris nipis-nipis
3-4 sudu besar cili kisar - boleh tambah jika nak lebih pedas
Sos tiram
Sedikit lada hitam
Minyak bijan
Sedikit minyak untuk tumis
3 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang

Cara penyediaan

Perap seketika daging bersama semua bahan diatas.

Rebus beras bersama halia sehingga kembang

Tumis atau goreng daging yang diperap dalam sedikit minyak sehingga daging 3/4 masak.

Masukkan daging goreng tadi kedalam bubur nasi dan rebus seketika sehingga daging empuk dan lembut.

Hidangkan dengan titisan minyak bijan beserta taburan bawang goreng, daun bawang dan daun sup


You Might Also Like

2 comments

  1. eny, resepi tu untuk berapa orang makan?

    ReplyDelete
  2. Bukan ke itu bubur lambuk?
    Atau memang bukan bubur lambuk.

    ReplyDelete