2060 Korang dah mula buat kuih raya ke? Kekny baru je 3 hari lepas. Ingat nak buat biskut raya yang simple je tahun ni disamping habiskan bahan-bahan baking yang dah lama dalam peti ais tu. Contohnya buah campuran ada satu plastik dalam peti ais, ingat nak dibuat kek buah tapi tak juga jadi jadi hehehe. jadi Kekny olah resepi biskut oat menjadi biskut buah campuran oat atau Mixed Fruits Oat Cookies. Eh sedap juga rasanya walaupun resepinya campak-campak sahaja. 


Biskut ni rangup dan chewy dekat buah keringnya tu memang sedap bagi penggemar kek buah atau biskut buah. Cara nak buat pun mudah je.

P6147638ed

Kalau nak gantikan buah kering campuran dengan sebarang jenis buah lain pun boleh. Boleh gantikan dengan kurma, apricot kering, kulit limau kering dan kismis

P6147597ed

Resepi Biskut Buat Campuran Oat (Mixed Fruits Oat Cookies)

Bahan-bahan 
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan mentega dilembutkan pada suhu bilik
3/4 cawan gula perang
1 biji telur besar
1 sudu kecil vanilla essence
2 1/2 cawan oat
1 cawan buah campuran (mixed fruits)


Cara penyediaan

Ayak tepung dan baking powder.

Pukul mentega, gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla serta garam. Pukul lagi sehingga sebati.

Masukkan tepung dan kacau. Boleh gaul pakai tangan.

Masukkan oat dan buah campuran. Kacau rata.

Jika adunan lerai dan susah dibentuk, boleh tuang sedikit minyak dan gaul rata.

Bakar pada suhu 160C selama 20minit atau sehingga bahagian tepi berwarna keperangan.

Kalau nak raya ni, bagi perempuan selain baju dan tudung, make up juga memainkan peranan penting tau. Baru ni Kekny dah kehabisan compact powder yang selalu Kekny pakai jadi Kekny teruja pula nak cuba compact powder baru yang Kekny terima ni. Ianya bukan sekadar compact powder semata-mata, tetapi ianya ialah Two Way Cake Foundation, yang juga boleh dijadikan foundation jugak. Produk keluaran bumiputera  Mek View International yang didatangkan khas dengan Two Way Cake Foundation dan Ivy Soothing Serum.  Dah nak raya ni memang seronok la kalau dapat jelita di hari raya dengan produk Mek View International.

P6147535ed

Mek View Two-Way Cake Foundation With Full Coverage

Two-Way Cake Foundation ni korang boleh jadikan ianya sebagai compact powder biasa ataupun sebagai bedak asas (foundation) sebelum memakai make up. Caranya senang je, kalau sebagai bedak asas, cuma basahkan span dan tekan span lembab pada bedak dan sapu di muka. Kesannya dengan Mek View ni memberi coverage penuh dan menutup cela di muka hanya dengan sedikit sapuan. Rasa ringan je muka. Nampak lebih sekata tona kulit muka dan lebih berseri. 

Sebagai compact powder pula, jika korang sekadar nak sapuan nipis di muka, boleh je sapu terus bedak ni tanpa basahkan span. Kemasan nampak ringan, semulajadi tetapi tetap berseri. 

Didatangkan dalam packaging yang sangatlah menarik dan praktikal, Mek View International ni sememangnya setanding dengan produk-produk to way cake foundation jenama antarabangsa yang lain. Walaupun ianya produk yang baru di pasaran, tetapi kualitinya sangat terjamin. Sebab ramai yang dah cuba, telah memberi review yang sangat positif.

P6147578ed

Kekny memang cerewet sikit detail kalau beli barang make up. Kadang span tu keras sakit je muka, tapi yang ni span yang disediakan sangat lah lembut dan ada tempat khas diletak dibahagian bawah. Ini ciri penting untuk menjaga kebersihan bedak dan lebih tahan lama.

P6147536ed

Banyak keistimewaan Two Way Cake Foundation Mek View ni. Yang pasti ianya Full Coverage. Meliputi rata keseluruhan muka.


Mek View Soothing Ivy Serum

Kekny juga dah cuba Soothing Ivy Serum by Mek View International. Fungsi serum ni ialah sebagai pelembab, memberi keselesaan kepada kulit muka selain menjadikan kulit lebih lembut, sejuk dan segar. Kulit muka tak la stress sangat sebab sepanjang hari bersapu bedak kan.

P6147564ed

Dalam bentuk cecair rumusan tak berminyak, bila pakai sangat sejuk dan seronok je bila kena kulit. Tak melekit dan pantas meyerap ke dalam kulit. Sesuai namanya Soothing Ivy Serum. Lepas pakai kulit rasa lembut, tegang, dan senang nak sapukan foundation atau pakai bedak lepas tu.

P6147588ed


Ini hasil pemakaian serum dan foundation. Memang nampak perubahan kulit Kekny tu pori tertutup rapat hasil pengunaan serum dan tona kulit menjadi lebih sekata dan lebih berseri. Kekny pakai ni ke pejabat. Sampai petang memang tahan lama tau.


Dua produk ni patut ada di dalam beg make-up korang terutama kalau nak nampak lebih jelita pada hari raya nanti.


Untuk pembelian dan maklumat lanjut :

MEK VIEW TWO WAY CAKE WITH FULL COVERAGE

RM 79.00 (SM)

RM 85.00 (SS)



MEK VIEW SOOTHING IVY SERUM


RM 35.00 (SM)

RM 40.00 (SS)



HARGA SET COMBO Two Way Cake With Full Coverage & Soothing Ivy Serum


RM 100.00 (SM)

RM 105.00 (SS)



Untuk maklumat lanjut :



Facebook  : Mek View HQ Malaysia

Telefon / Whatsapp : 017 - 351 1510

2060 Kuih Burger Sardin ni atau Burger Malaysia berintikan sardin memang menjadi kegemaran Kekny sejak dari kecil. Dulu maktok pernah berniaga kuih ni selain cucur badak. Masih terasa kesedapan dan kelembutan burger sardin maktok apa lagi jika dimakan selepas ianya digoreng panas-panas. Memang tak cukup 3 biji! Kalau dulu kekny panggil Donut Sambal, Donut Sardin.. tapi jangan tak tahu ada yang menggelar kuih ni sebagai kuih Proton Saga!. Katanya nama tu diambil kerana kuih ni mula diperkenalkan pada tahun yang sama keluaran kereta pertama Malaysia, Proton Saga. 


Untuk tekstur yang lembut, Kekny menggunakan resepi donut gebu, supaya kuihnya lembut dan gebu apabila digigit walaupun kuih dah lama digoreng.

P6107513ed

Untuk intinya Kekny menggunakan sardin yang ditumis dengan sambal. Lebih pedas lebih sedap! Letak pula kepingan timun rangup di tengah... memang asyik je gigit burger sardin ni!

P6107526ed

Resepi Burger Sardin

Donut atau Roti 

Bahan bahan 
500 gram tepung
3 sudu kecil yis kering mauripan
1 camca besar rata bread softerner (optional)
80 gram mentega
60 gram gula halus
200 ml air dari peti sejuk
Minyak secukupny untuk goreng

Cara penyediaan 

Campur air, yis kering dan gula. Biarkan seketika sehingga naik buih di permukaan. Sekiranya tiada buih, yis telah rosak dan eloklah diganti dengan yis baru.

Gaul tepung bersama mentega sehingga membentuk serbuk roti. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Uli sehingga adunan tidak melekat.

Biar seketika sehingga adunan naik sekali ganda. Kemudian tumbuk tumbuk adunan dan uli sekali lagi. Boleh la dileperkan dalam 1 cm  dan tekap guna gelas atau acuan berbentuk bulat.

Biar naik dan goreng dalam minyak yang panas.

Inti Sambal Sardin

Bahan-bahan
1 tin besar sardin
2 sudu besar cili kering kisar
1 ulas bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang

Cara penyediaan 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang dan bawang besar dadu
masukkan cili kering kisar, kacau rata. Masukkan sardin yang telah dihancurkan isinya bersama kuah sos sekali. Masak sehingga kuahnya kering elok.

Belah donut tadi tapi jangan sampai putus, isikan inti sambal srdin dan timun didalamnya.

Nasi Dagang ialah makanan tradisi orang pantai timur di Kelantan dan Terengganu. Dulu Kekny ingat nasi dagang ni cuma berasal dari Kelantan, rupanya ianya juga ialah masakan tradisi orang Terengganu. Kira macam laksa penang dan laksa kedah la, berlainan rupa dan bahan, tapi orang utara sukakanya hehehe. Sebenarnya agak takut nak buat resepi yang tak pernah kita masak apa lagi makan. Rasanya baru sekali makan nasi dagang ni, itupun dibeli di pasar malam sahaja, dan hanya nasi dan gulai ikan tanpa acar. Bila bulan puasa ni dah jemu dengan nasi lauk biasa, teringin pula nak cuba buat sendiri nasi dagang ni berbekalkan resepi nasi dagang yang digoogle hehehe.

Nasi dagang terengganu

Sedap rupanya nasi dagang ni, Kekny pakai santan kelapa yang mak mentua bagi tempohari masa balik kampung, jadi pekat dan berlemak nasi dan gulainya. Ditambah dengan acar masam manis dan rangup tu memang ngam dengan gabungan nasi dan gulai ikan tongkol tu.

P6097424ed

Kekny pakai beras nasi dagang beli kat supermarket je pun. Ingat tu nak buat nasi dagang Terengganu sebab resepi gulai yang Kekny dapat ialah gulai nasi dagang terengganu. Tetapi rupanya kata si Nizam, nasi dagang terengganu warnanya putih dan yang campur beras merah ni ialah nasi dagang kelantan hahaha.. so entry ni kita letak tajuk universal je lah, nasi dagang takde khusus negeri-mana mana supaya tak mengelirukan. 

P6097436ed

Kekny buat nasi dagang versi tanak. Nak kukus tu punya la malas nak keluarkan pengukus yang besar gedabak hehehe. Jadi versi tanak ni mudah sebab guna rice cooker je.

RESEPI NASI DAGANG 

Bahan-bahan 

3 cawan beras nasi dagang, direndam sekejap dalam 20 minit
1 cawan santan pekat
2 cawan air - saya bagi lebih sikit sukatan tu
1  1/2 inci halia dihiris halus
4 ulas bawang merah dihiris halus
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam

Cara penyediaan

Cuci beras dan masukkan dalam rice cooker, masukkan santan dan air. Lebihkan tinggi air jika nak nasi sedikit lembut.

Masukkan halia, bawang, halba, garam dan daun pandan. Masak nasi seperti biasa sehingga nasi masak.

P6097443ed

Gulai ikan  tongkol atau orang pantai timur panggil ikan aye. Resepi gulai ni cukup mudah dan senang nak buatnya. Bahan-bahan pun mudah nak cari.

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL NASI DAGANG

Bahan-bahan 
2 ekor Ikan tongkol saiz sederhana- rebus dengan halia, asam keping dan garam
1 bungkus kecil serbuk rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air menjadi paste
1 cawan santan pekat tambah air sikit ikut banyak kuah.
1 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka
Sesudu besar gula

Garam secukup rasa

Bahan kisar 
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering yang direbus

Cara Penyediaan 

Rebus ikan dengan halia, asam dan garam. Angkat dan toskan

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata sehingga bahan tumis garing dan naik minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih. Masukkan asam keping, garam, gula merah dan gula putih ikut manis.

Kacau sentiasa dan masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.

Akhir sekali masukkan ikan yang direbus tadi dan cili padi. Masak sebentar biar kuah meresap kedalam ikan dan boleh la tutup api.



P6097475ed

Acar ni kita derhaka sikit letak sengkuang sebab ada sengkuang lebihan dalam peti ais. Eh sedappp.. lepas kalau buat wajib letak sengkuang hehehe..

P6097451ed

RESEPI ACAR NASI DAGANG

Bahan-bahan

1 batang timun, dipotong tebal memanjang
1 batang lobakl merah, dipotong halus memanjang
1 biji sengkuang saiz kecil dipotong memanjang
1 ulas bawang besar, dipotong memanjang
1 biji cili merah dihiris memanjang
Cuka makan secukupnya
Gula putih secukupnya
Sedikit garam

Cara penyediaan

Sediakan awal supaya acar lebih matang bila dihidangkan.
Campur semua bahan dan gaul rata. Masukkan dalam peti sejuk supaya acara leboh sedap dan rangup

Jom cuba buat resepi nasi dagang mudah dan sedap ni ye

Ramai yang katanya selalu gagal buat apam terutama apam beras yang perlu menggunakan kisaran beras yang ditapai. Dengar pun dah pening baik beli je kan hehehe.. Tapi pernah dengar apam nasi? Apam nasi yang mudah je cara nak buatnya.

Sebenarnya ada cara nak buat apam cara mudah iaitu menggunakan nasi. Resepi pun mudah dan Insyallah menjadi. Jom tengok resepi mudah ni.


RESEPI APAM NASI


Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir - Kekny pakai 1/2 cawan je
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast - Pakai jenama Mauripan
Pewarna pink atau mengikut kesukaan
Kelapa parut putih secukupnya dan digaul garam - biar terasa sikit garam tu baru sedap

Cara Penyediaan

Nasi dikisar bersama air dan gula sehingga halus.

Dalam mangkuk, satukan tepng gandum, tepung beras dan yeast serbuk. Kacau rata.

Tuang nasi yang dikisar tadi dan gaul rata. Perap selama 3 jam

Bila nak kukus panaskan periuk pengukus. Kekny guna acuan lompang yang disapukan sedikit minyak.

Satu adunan letak pewarna, satu lagi biar putih. Nak buat warna putih semua atau buat satu warna ke 3 ke 4 warna pun boleh je.

Masukkan apam dalam acuan. Jika nak campur warna, masuk adunan tu berselang seli ye.

Kukus selama 15 minit atau sehingga apam masak - kering bahagian dasar nya apabila dikeluarkan dari acuan.

Gaul dengan kelapa parut dan boleh dihidangkan.

Nak dapatkan apam nasi yang cantik, tudung periuk kukus balut dengan tuala supaya apam tak timpa air diaatsnya.


Mesti ramai penggemar kebab kan. Kalau bualan puasa ni sebiji kebab mencecah harga RM6 sebiji. Memang mahal dan bagi yang berkeluarga besar tu memang agak terbeban nak beli kan. Sebenarnya kalau dihitung kos buat sendiri jauh lebih murah dari kos kita beli. Selain tu kebersihan pun terjamin. Macam Kekny selalu buat sendiri je, Kebab Daging Burger. Kekny cuma pakai kepingan daging burger sahaja dalam resepi kebab ni. Kalau korang nak pakai daging lembu yang dihiris nipis atau pun daging cincang pun boleh terpulang citarasa masing-masing. kalau pakai daging burger ni selain cepat dimasak, nak buat pun mudah dan kos lebih murah jugak. 


Kekny dan beberapa kali buat kebab menggunakan daging burger ni. Boleh klik RESEPI KEBAB SIMPLE. Memang rasa dia cukup sedap. Kali ni Kekny tambah sedikit rempah ratus bagi menaikkan lagi rasa kebab sebenar. 

P8143981bred  

RESEPI KEBAB DAGING BURGER

Bahan-bahan
8 keping daging burger, dipotong dadu
4 keping roti pita, dipotong  dua menjadi 2 bahagian
1 ulas bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji capsicum, dipotong dadu
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil chilli flakes
2 sudu besar mayonis
4 helai daun salad segar
1 biji timun dipotong nipis
1 sudu besar minyak

Cara penyediaan

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging burger yang dipotong dan goreng sehingga garing

2. Masukkan bawang besar dan capsicum. Goreng sebentar

3. Masukkan sos cili dan sos tiram berserta serbuk jintan, ketumbar, lada hitam dan chilli flakes. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masak sehingga kuah kering semula dan pekat.

4. Belah roti pita ditengahnya membentuk poket, sapu dengan sedikit mayonis.

5. Masukkan inti kebab kedalam roti pita, dan susun daun salad dan timun. Sedia dihidangkan.

Jom cuba resepi Kebab Daging Burger ni, tak payah beli lagi!

Nak masak hidangan ringkas yang mengenyangkan tak susah mana pun. Kadangkala kalau nak masak nasi tu jenuh juga la dengan lauk mesti ada sayur, sup atau kuah kari atau masak lemak dan sebagainya. Jika disuruh memasak hidangan mudah dan ringkas, Kekny mesti pilih untuk masak pasta je. Pasta ni buat je apa pun memang versatil, boleh letak sayuran sekali untuk seimbangkan nutrisi terutamanya bila nak bagi anak-anak makan. Boleh pelabagaikan dengan ayam, daging, sosej atau seafood. Macam hidangan Cheesy Beef Baked Pasta ni... memang sesuai kalau buat untuk bekal anak ke sekolah atau hidangan di rumah. 


Kalau yang mana suka pedas, korang boleh tambah pes cili, pes lebihan sambal tumis atau letak je cili potong dalam tu.. memang bertambah sedapnya.. Klik untuk RESEPI MACARONI CILI PADI dan  RESEPI PASTA BOLOGNESE

P8256181bred

Boleh je bakar dalam mangkuk comel atau mangkuk kecik. Kalau nak guna acuan muffin pun boleh. Nak guna acuan tin kek tu pun boleh je :D. Oklah jom tengok resepi simple ni..

P8256176bred


CHEESY BEEF BAKED PASTA

Bahan-bahan
100gm pasta penne, direbus - Boleh guna sebarang pasta jenis pendek
300 gm daging cincang
½ cawan parutan keju cheddar
½ cawan parutan keju mozarella
1/2 cawan tomato puri
1 biji tomato, dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang besar dicincang dadu
¼ cawan minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar oregano kering
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang. Masak seketika sehingga daging garing.

2.Masukkan tomato puri, tomato cincang, dan oregano kering. Masak sehingga pekat dan kering airnya. Tutup api.

3.Dalam mangkuk pembakar, sapukan gris mentega. Masukkan sos daging, lapiskan dengan penne dan kemudian tabur keju. Buat selapis demi selapis sehingga penuh mangkuk. Tabur lebihan keju mozzarella diatasnya

4.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Sedia dihidangkan

Cheesy Beef  Baked Pasta ni sedap dimakan panas panas sejurus selepas dibakar. Nyums!


Haaa dah masuk hari ke 8  Ramadan dah. Sekejap jemasa berlalu. Masak apa korang? Di bulan puasa kalau tengahari macam ni mesti kepala suri rumah atau wanita akan ligat pikir apalah nak dimasak petang ni sebagai juadah berbuka. Dari menu lauk pauk, kuih muih dan pencuci mulut sampai lah jenis air.. boleh pening kepala dibuatnya kadang-kadang. Buntu sebab adakalanya yang kita suka, anak-anak tak suka, suami tak suka kan.. hihi. Pernah dengar ke Bubur Caca dan Labu? Kalau bubur caca tu mesti pernah dengar kan.

bubur caca labu (4)ed

Kekny share resepi bubur Caca bersama labu ni memang sesuai sekali gandingan keduanya. Rasa lemak isi labu tu sesuai digandingkan dengan caca dan kelemakan santan tu. Simple je resepi bubur ni. Kalau tak pernah masak bubur tu boleh la cuba. Bahannya pun simple sahaja.

bubur caca labu (2)ed

bubur caca labu (4)ed2  

BUBUR CACA DAN LABU

Bahan-bahan
1 cawan caca, direbus
1 cawan labu, dipotong kiub dan direbus empuk
2 cawan santan pekat
2 cawan susu sejat
2 helai daun pandan disimpul
½ cawan air - atau lebih jika perlu
3/4  cawan gula pasir - ikut manis ye.

Cara penyediaan

1.Panaskan air dan daun pandan, masukkan gula dan masak sehingga mendidih.

2.Masukkan susu dan kacau rata. Masukkan labu yang telah direbus dan caca yang juga telah direbus lembut. Masak sekejap.

3.Masukkan santan dan masak lagi sehingga mendidih sambil dikacau. Sedia dihidangkan

Cubalah resepi bubur caca dan labu ni, tak cuba tak tahu rasa dia macam mana kan!


Haa kacang bogel namanya macam agak pelik kan  hahaha.. tapi mungkin ada segelintir dah tahu, ianya adalah Naked Nuts yang dijual oleh Cikgu Wan Sukeri yang juga admin Group Resepi Otai di facebook. 

Naked Nuts, kacang shandong tanpa kulit pedas berperisa ni idea dan inspirasi juga resepi istimewa air tangan Cikgu Wan kita ni.  Kau yang perempuan kalau nak add cikgu wan di facebook beliau kalau kena tahan laser mulut dia dan confirm rasa rendah diri dengan kepakaran masak beliau yang lebih terer dari kita perempuan ni hahahah.. 

kekny dah rasa Naked Nuts ni. Hari tu sebelum puasa kebetulan nak ke Ipoh, singgah di SP sebab dah order 2 balang naked nuts dari cikgu. Setengah balang habis atas kereta saja. Dah suap sekali tu, terus berkali kali suap tanpa henti hahaaha.. 
P5167316

Kacangnya digoreng pada suhu yang bersesuaian memang orang Kedah kata, tak makan minyak, maksudnya tak serap minyak dan bila makan tu tak la berlemoih tangan. Haaa bukan macam sesetangah kacang pedas jenuh berlemoih tangan tu, dengan minyak dia lagi. Yang Naked Nuts Cikgu Wan ni memang kering ja dan yang penting perisa tu meresap terus dalam kacang. Terasa sempurna garam, cili dan bawangnya. 

P5167329ed

Raya ni kalau nak ada Naked Nuts atas meja, cepat-cepatlah hubungi Cikgu Wan untuk order. Kena order awal no sebab Cikgu Wan sendiri yang goreng kacang ni. Memang 100 peratus produk homemade. Kekny memang prefer produk homemade macam ni sebab terjamin kebersihan dan kualiti. 

P5167327ed

Selain Naked Nuts ada juga produk lain yang Cikgu Wan jual.  Korang pilih je nak yang mana!




Untuk tempahan boleh whastapp 0124530315 LINK WHATSAPP
Atau ke facebook beliau MAESTRO ATEH WAN


Haa hari tu kan Kekny bagitau nak hadiri Sepetang Bersama Blogger SBB anjuran Denaihati bagi tahun 2017. Akhirnya impian Kekny selama bertahun nak menghadiri event ni tercapai. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Event ni merupakan event terbesar yang Kekny hadiri anjuran Denaihati. Dan paling seronok sekali dapat berjumpa para blogger yang dulunya dikenali sekadar didalam talian (online) kini bersua muka, bertentang mata gitu. Dan Kekny akui, bila dah bertentang mata ni barulah tak segan nak sembang di laman facebook, tinggalkan komen, like dan sebagainya.

Banyak blogger Kekny jumpa tapi tak semua Kekny minta bergambar. Sebab apa? Sebab segan dengan diorang hahaha. Siapalah Kekny ni hehehe.. Yang mana ajak bergambar je Kekny ajak balik selfie hehehe..Cukuplah dah jumpa, insyallah ada lagi SBB tahun depan kita jumpa lagi.

Antara blogger yang sempat berselfie Sepetang Bersama Blogger













Dinner di sebelah malam pula..


DH ni event siang tak nak hadir. Dia hantar Kekny kejap pastu lari balik balik hotel. Alasan dia bukan blogger hahaha.. malam tu nak pi dinner pun jenuh tarik tangan hahaha..

Banyak input yang dapat dari event ni. Antaranya yang issue yang menjadi trending selepas SBB iaitu  Personal Branding, cara dapatkan followers, cara kenal target pembaca dan audience blog kita dan juga belajar isu marketing di blog mengikut segmenya.

Korang next year kalau ada SBB ni harap korang join juga sebab as blogger, rasanya ni lah event paling besar dan meriah diadakan.

Terima kasih kepada tuan Hj Amir, founder dan CEO Denaihati, Team Denaihati Kid dan Haizil yang bertungkus lumus menjayakan event ni. Insyallah panjang umur, ada rezeki Kekny akan join lagi even SBB ni. Harap legasinya dapat diteruskan.
Haa dah kenapa namanya Nasi Ayam Pensonic hihi sebab Kekny masak nasi ayam kali ni pakai 2 produk Pensonic iaitu Pensonic Multicooker dan Pensonic Air Fryer. Memang senang ada dua ketul Pensonic Kitchen Gadget ni di rumah sebab memudahkan kerja masak memasak selain cepatkan masa memasak. Yang paling penting tu, tak payah nak semak dan kotorkan dapur macam kita masak pakai dapur gas.

Nasi ayam yang lembut, harum dan enak dengan ayam goreng madu yang sedap.. Korang nak belajar ke masak nasi ayam ni? Senang je sebenarnya nak buat nasi ayam. Kalau kita buat sendiri lebih sedap, bersih dan terjamin dari di kedai punya.
P5197357ed

Lengkap dengan sos cili dan kuah kicap serta sup.
P5197354ed

P5197370ed

Inilah 2 produk Pensonic yang Kekny guna untuk buat Nasi Ayam Pensonic ni. Yang putih tu Air Fryer dan yang warna grey tu Multicooker
P_20170519_154553ed

Cara masak Nasi Ayam Menggunakan Pensonic Multicooker

Sebenarnya lebih senang memasak nasi bertumis seperti nasi ayam, nasi tomato atau nasi minyak menggunakan multicooker berbanding menggunakan rice cooker atau dapur gas. Kalau dapur gas, nasi selalu kurang masak, adakalanya hangit dibahagian bawahnya. Kalau rice cooker pula nasi kadang kala terlalu lembik dan tidak rata bahan-bahanya.

Multicooker ni juga senang dibawa kemana saja. Kalau pergi travel, senang angkut sahaja sebiji periuk ni. Tak perlu nak makan diluar boleh masak di hotel, especially those yang ke overseas, dimana sukar nak cari makanan halal, boleh masak sendiri pakai multicooker. 

Ok jom kita belajar cara masak nasi ayam guna multicooker ni mudah je!

Mula-mula, rebus ayam sehingga masak dan empuk.
P_20170519_143150ed

P_20170519_144904ed

Asingkan air rebusan ayam dan isi ayam. Air rebusan ambil 2 cawan untuk dimasak nasi.
P_20170519_145752ed

Menggunakan Pensonic Multicooker, kit tumis nasi gunakan 1  sudu butter dicairkan..
P_20170519_145904ed

Tumis daun pandan, biji pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis..
P_20170519_150050ed

Masukkan bahan kisar, biar hingga wangi dan garing bahan kisar tu.
P_20170519_150201ed

Masukkan beras yang telah dicuci bersih. Kacau rata.
P_20170519_150526ed

Masukkan air (2 pot air rebusan  + 1 1/2 pot air biasa),  Masukkan juga daun sup
P_20170519_150831ed


Biar sehingga air kering macam ni.barulah ditutup.
P_20170519_151856ed

P_20170519_151912ed

Ni nasi yang dan masak. Elok je masak dengan Multicooker ni. Nasi lembut dan lebih sedap. Tak hangit dan berkerak!
P_20170519_153539ed

Cara buat Ayam Goreng Madu Menggunakan Pensonic Air Fryer

Dah tu untuk ayam goreng madu pula kita guna Pensonic Air Fryer je. Tak payah nak goreng dalam minyak ni. Sangat tidak sihat dan renyah nak cuci kuali semua. 

Ayam yang direbus tadi, digaul dengan perapan bawang putih ditumbuk, kicap manis, madu dan minyak bijan. Gaul rata

P_20170519_151503ed

Susun dalam Pensonic Air Fryer
P_20170519_153903ed

Nampak tombol tu, itu tombol setting masa, set kan kepada 20 minit, atas tombol tu ialah pelaras suhu, laraskan sehingga suhu 180C. Biar masak dalam Air Fryer sehingga warna ayam bertukar perang gelap. Ayam rebus tu dah masak sebab sudah direbus,  kita cuma nak garingkan bahagian luar. 


P_20170519_155317ed

Selepas dipotong, ayamnya rangup di luar dan lembut dan juicy didalam. Boleh hidangkan dengan nasi ayam kita tadi.
P_20170519_155641ed

Ok jom tengok resepi penuh ye... 

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan :
1 ekor ayam, dipotong 4 (direbus sehingga lembut bersama halia, bawag besar)
2 1/2 cup beras
3 1/2 cup air ( tambah 2 cup air rebusan ayam)
2 inci hali dipotong nipis
1 ulas bawang besar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter

Bahan tumis
3 helai daun pandan, simpul
3 buah pelaga
3 bunga lawang

Bahan kisar tumis
2 inci halia
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih

Bahan perapan ayam (gaul bersama ayam rebus dan perap sekejap)
4 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar madu


Cara Penyediaan Nasi Ayam


Ayam yang direbus asingkan sup dan isinya. Ambil 2 cawan sup untuk masak nasi

Tumis bahan tumis sehingga wangi, Masukkan bahan kisar tumis, Biar sehingga wangi.

Masukkan pula beras yang dah dicuci dan gaul rata. Masukkan air ( 2cawan air rebusan + 1 1/2 cawan air biasa ). Masukkan juga daun sup.

Rendahkan suhu multicooker menjadi sederhana dan biar sehingga air menjadi kering. Selepas kering barulah tutup dan biar nasi masak sepenuhnya pada suhu rendah. 

Cara Penyediaan Ayam Madu

Ayam yang direbus digaul bersama bahan perapan ayam 

Masukkan ayam dalam Pensonic Air Fryer dan masak sehingga bahagian luar garing. Boleh juga goreng didalam minyak biasa sehingga garing diluarnya.


Sup Nasi Ayam

Baki lebihan rebusan ayam, dipanaskan dan masukkan sedikit serbuk rempah sup dan garam secukupnya. 

Sambal Cili Nasi Ayam

6 biji cili merah
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
sedikit air

Kisar kesemuanya sehingga halus. Dan bolehla dihidangkan bersama nasi ayam


Kicap Nasi Ayam

1 cawan air sup ayam dicampur dengan 1/2 cawan kicap pekat. Panaskan atas api dan tuang sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Boleh tambah minyak bijan jika suka.

Eh korang tak nak beli ke produk Pensonic ni.. jom tengok page Pensonic Malaysia.. ada contest dan boleh menang hadiah.. mana tau dapat Air Fryer dan Multicooker, boleh korang masak macam Kekny hehehe.!