Percutian Di Hujung Jari Bersama Traveloka App

10:04 am

Dah nak dekat hujung tahun ni, kan best kalau dapat pergi bercuti. Eh, korang jomlah cari tempat-tempat yang menarik untuk pergi bercuti. Percutian yang singkat pun tak apa, asalkan kita dapat relaks-relaks dengan keluarga. Masa bercuti ni sajalah yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita tu. Selalu asyik menghadap kerja saja, sekali-sekala dapat tengok laut best juga kan? Dapat juga tenangkan fikiran. Last minute planning? Takut flight dan hotel penuh? Aish, chillex laa. Tak apa, jangan risau sebab Traveloka kan ada. Pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Korang tahu tak Traveloka tu apa? Alahai korang ni, meh sini Kekny share sikit.

Untuk pengetahuan korang, Traveloka ini adalah satu tempat di mana kita semua boleh dapatkan tiket flight ataupun hotel dengan harga yang murah dan sangat berbaloi. Kita boleh menempah lebih 100 buah hotel di seluruh Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore dan lain-lain negara lagi. Korang juga boleh menikmati penjimatan hebat yang diberikan dengan pelbagai promosi. Apa yang menariknya, ia tiada caj yang tersembunyi dikenakan dan semua harganya sangat kompetitif. Berapa jumlah harga yang korang nampak, itulah yang korang perlu bayar. Jadi, kalau korang dah ada planning untuk bercuti dengan keluarga, pasangan atau kawan-kawan bolehlah terus survey dekat website https://www.traveloka.com/en-my/ dan buat tempahan.

Korang masih belum berkesempatan untuk belek-belek website Traveloka dekat computer atau laptop? Eh, korang ni. memang sibuk betul. Haaa, tak apa. Ada berita baik untuk korang. Nak tahu apa? Kini sudah ada Traveloka App yang boleh korang download dekat smartphone korang. Lepas ni jangan bagi alasan lagi ek sebab tak ada masa. Korang nak berguling-guling atas tilam sambil pilih-pilih hotel dan flight pun boleh. Simple and easy, right? Hmm, zaman dah moden dah sekarang ni. teknologi canggih laa katakan. Semuanya hanya dekat hujung jari saja. Nak bercuti pun senang. Korang survey, pilih, bayar then dah boleh pergi bercuti dengan seronok. Kerja korang tu nanti-nanti laa pula fikir. Dah nama pun kerja, memang takkan pernah habis. So kita enjoy dulu!

PC050043

Bagi percutian dalam Malaysia ni, Kekny rancang nak pergi ke Cameron Highland. Suasana disekitarnya yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai kalau nak mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula, dapat menghirup udara segar dipagi hari dan berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan kita lupa seketika masalah kerja yang ada. Korang juga boleh cari tempat penginapan yang best best tau, nak pula dengan Traveloka yang sedang buat promosi, bolehlah booking awal-awal untuk dapatkan harga yang sangat berbaloi. Hmm, nanti bolehlah rasa macam ala-ala duduk dekat oversea. Bila bercakap boleh keluar asap. Haha. Over sangat tau!

PC050041

20151204_213640ed

Kalau dah bercuti ke Cameron Highland mestilah nak makan strawberi kan? Nanti bolehlah pergi ke Big Red Strawberry Farm terletak bersebelahan dengan Cactus Valley je. Lepas tengok pelbagai jenis-jenis kaktus kita bolehlah terus makan buah strawberi. . Kat kebun tu, kita boleh pilih saja mana-mana buah strawberi yang kita mahu dan petik sendiri. Hmm, seronoknnya dapat makan buah strawberi yang segar-segar. Selain itu, Bee Farm juga antara tempat yang boleh kita kunjungi. Ladang ni merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Nak beli madu segar dekat sini pun boleh. Lagipun masuk ke sini percuma dan mungkin ni satu destinasi yang sangat ideal untuk bawa kanak-kanak ke sini supaya mereka lebih mengenali haiwan kecil ni.

PC050056ed
PC050036ed
PC040010

Selain itu, kalau pergi Cameron Highland, jangan lupa makan steamboat tau. Tempat sejuk sejuk beku ni, makan pula steamboat yang berkuah sup dan tomyam panas-panas. Memang terbaik! Huhu. Rasa terliur pula nak makan. Tak sabar rasanya nak pergi bercuti. Korang macam mana? Mesti pergi tempat yang lebih menarik kan. Kepada korang yang belum pernah merancang percutian melalui aplikasi traveloka ni, korang patut mencubanya. Tak rugi pun untuk korang tengok sendiri dan cuba memasuki mana-mana negara yang ada dalam perancangan korang. Pasti korang tidak akan kecewa. Korang juga boleh tengok sendiri promosi yang ditawarkan. Memang terdapat potongan harga yang sangat menarik. Apa lagi? Semuanya hanya di hujung jari korang saja. Selamat bercuti ya!

You Might Also Like

4 comments

  1. troveloka memang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  2. Kat situ dah tak sejuk macam dulu.

    ReplyDelete
  3. ramai kata traveloka ni best services. nanti nak cuba lah

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com