Jagung Kelapa

11:02 am

Salah satu makanan kegemaran Kekny masa kecil ialah Jagung Kelapa ni. Tak ada nama spesifik bagi juadah ni, di utara. Kami cuma panggil Jagung guai nyok - maksudnya jagung gaul kelapa. Memang sedap tau jagung kelapa ni, lebih sedap dari sweet corn in cup tu hehehe.. Dulu-dulu arwah tok Kekny kalau ada rebus jagung, untuk dia dan arwah tokwan, diorang yang sudah tak ada gigi nak makan jagung, buat macam ni lah, senang nak makan.. Kekny pun tumpang sekali. Jagung tongkol pun bedal, jagung ni bedal sekali hihi... Seda rasa lemak manis masin tu, kombinasi yang mantap.

PB115590ed

Hidangan ni sesuai makan waktu petang atau waktu pagi. Jagung tu kena panas-panas, baru sebati gula dan kelapa tu nanti. Kalau dah sejuk tak sedap.

PB115613ed

Resepi Jagung Kelapa

Bahan-bahan 
3-4 tongkol jagung, direbus bersama sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih, kalau guna kelapa yang tak berapa tua lebih sedap.
1 sudu gula besar - ikut nak manis mana
Sedikit garam 

Cara penyediaan
Pisahkan isi jagung dari tongkolnya menggunakan pisau.

Dalam bekas, campur jagung dan semua bahan lain. Gaul sebati. Gula dan garam ikut lah nak lebih atau kurang, 

Sedia dihidangkan,

You Might Also Like

6 comments

  1. Sedapnya... memang best makan waktu petang nie..

    ReplyDelete
  2. nieyl tak pernah lagi try makan...
    nanti boleh la try..kebetulan semalam makcik bagi jagung dkt rumah tu,,

    ReplyDelete
  3. selalu ada di pasar minggu, hidangan tradisi yang tak boleh ditelan zaman...anak2 kecik kena kenal makanan ni..

    ReplyDelete
  4. Setuju betul. Sedap makan masa panas panas. Baru jus dari jagung tu memercik mercik dalam mulut masa makan. Lemak lemak manis

    ReplyDelete
  5. sedap. dah lama tak makan , dulu selalu makan. lagi best kalau makan masa hujan

    ReplyDelete
  6. peehhh sedap tu kekny. lama dah xmkn

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com