Nasi Ayam Goreng Kunyit

11:30 am

Nasi ayam goreng kunyit ni dengar kata sangat popular di sebelah KL dan dijual digerai sahaja. Ramai yang sanggup beratur menunggu untuk membeli nasi berlauk ringkas ni. Walaupun ringkas jangan tak tau, nasi ayam goreng kunyit ni ada tarikan tersendiri.

30782025162_514647df34_o

Keistimewaan ialah pada ayam yang diperap terlebih dahulu dengan kunyit dan bahan-bahan tumbuk atau kisar dan kemudian digoreng sehingga garing. Teknik goreng ayam kena betul supaya ayam rangup dan tak berminyak. Hidangkan dengan sambal belacan atau kicap lemak manis memang terangkat habis!!

Bagi yang tak dapat merasai keenakan nasi ayam goreng kunyit dari gerai jom kita buat sendiri. Lebih jimat dan puas makan..

P1015113ED

Resepi Nasi Ayam Goreng Kuyit 

Bahan-bahan
Nasi putih secukupnya
1/2 ekor ayam, dipotong kecil atau dadu
Semangkuk kacang panjang dipotong
1 biji bawang besar holland di belah 8 memanjang
3-4 batang cili merah atau cili padi dihiris
1 sudu besar lada sulah
1-2 sudu besar sos tiram
sedikit garam ( jika perlu sebab sos tiram sudah masin)

Bahan tumbuk
3 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 -5 ulas bawang putih
4-5 ulas bawang merah
2 inci lengkuas - jika suka tak ada pun takpe

Cara penyediaan

Ayam diperap dengan garam, sos tiram, lada hitam, dan bahan tumbuk. Perap selama sejam atau lebih

Apabila nak goreng, tabur sedikit tepung jagung keatas ayam dan gaul rata, Ini bertujuan merangupkan bahagian luar ayam apabila digoreng

Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam secara deep fried sehingga garing

Apabila garing, angkat ayam dan ketepikan

Menggunakan minyak yang sama masukkan bawang besar ke dalam minyak panas tadi dan juga diikuti dengan kacang panjang. Goreng sehingga keduanya agak layu

Angkat dan curahkan atas ayam goreng tadi. Minyak tu jangan ambil pula. 

Hidangkan atas nasi bersama sambal belacan dan kicap.

Sedapkan sekali sekala masak nasi ayam goreng kunyit ni

You Might Also Like

6 comments

  1. makan pula dengan nasi panas. MashaAllah nikmatnyaaaaa. Minyak lebih buat kuah xD jgn amalkan selalu. hehe

    blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. nampak gambo ayam kecik2 goreng kunyit, terus klik...sedakk wehh.. favoritas gak ni.. kita buat tak perap.. sebab malas tunggu lama...lapor...haha

    ReplyDelete
  3. adoi sedapnya. makan dgn nasi panas2.

    ReplyDelete
  4. Selalu makan nasi goreng kunyit mat rock kat klcc. Sedap weh. Berapi

    ReplyDelete
  5. eny. saya nampak sambal belacan tu yang paling sedap... yyyuuuuummm

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com