Masak Lemak Jering Tua Dan Udang

9:45 am

Jering tua ni mak mentua bagi masa balik kampung 2 minggu lepas. Ya ampun terperam dalam peti sejuk baru nak masak. Bukan apa, tak ada keberanian nak masak heehee. Sebab Kekny tak berapa suka jering ni macam ulam jering tu memang tak makan. Mak mentua Kekny cakap, jering muda yang dibuat ulam. Rasa dan bau jering muda memang kuat. Tapi jering tua ni sedap digulai (masak lemak) dan rasa dia tak kuat dan kurang berbau. Bila dengar kurang berbau tu lah baru berani nak cuba.

PB095481ed

Jering tu perlu direbus sehingga lembut, kemudian tumbuk-tumbuk sikit tapi jangan hancur, biar pecah-pecah saja. Boleh la dibuat masak lemak macam biasa letak udang dan sebagianya. Bila pertama kali rasa jering tua  ni sedap pulak rasa dia, macam ubi atau lebih tepat rasa dia macam biji cempedak yang direbus hihihi. Laaa macam ni ke rasanya jering tua... Pertama kali makan. Kalau jering muda tu rasa dia rangup sikit.
PB095494ed

Ok jom tengok resepi masak lemak Kekny.
PB095499ed


Resepi Masak Lemak Jering Tua Dan Udang

Bahan-bahan 
Jering tua secuupnya, dikupas dan direbus sehingga empuk, kemudian diketuk sampai pecah sikit
Udang secukupnya dibuang kulit
300 ml santan pekat
250 mlm santan cair
2 batang Serai - diketuk
Garam secukupnya
1-2 asam keping


Bahan ditumbuk
2-3  inci kunyit hidup (atau gantikan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit)
7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
4-5 ulas bawang merah

Cara penyediaan

Masukkan bahan tumbuk bersama santan cair, jering, udang, serai, asam keping, garam. Didihkan.

Bila mendidih dan udang masak, masukkan santan pekat sambil dikacau. Tambah garam jika perlu.
Kaca sehingga santan masak tetapi jangan sampai mendidih takut santan pecah pula. Angkat dan hidangkan.

You Might Also Like

3 comments

  1. SA pun x makan jering..gigih makan petai dari jering...

    ReplyDelete
  2. mak saya suka masak ni, sebabnya ayah saya suka jering. saya pun :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Sedapnya jering! Sambal bilis jering lagi upmhhh

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com