Ikan Kembung Sweet Sour

8:30 pm

Dah banyak kali dah buat ikan sweet sour laici ni... layan kan lah kan resepi ulang tayang ni hehehe.. Kali ni Kekny pakai ikan kembung jenis besar-besar tu. Fresh dari pasa Kuala Kedah. Memang manis isinya. Kalau nak gantikan laici tu dengan nenas pun boleh je. Kita buat dia kan..

P8293684ed P8293686ed

Ikan Sweet Sour Laici


Bahan-bahan
Ikan Bawal, Siakap Jenahak Yang sesuai dibuat sweet sour
2 sudu besar tepung beras
1 tin laici
2 senduk cili kering kisar
1 senduk sos cili
1 senduk sos plum (atau sos tomato biasa)
2 sudu besar sos tiram
1 biji capsicum dipotong dadu
2 pokok daun sup dan daun bawang dipotong kasar
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan bersama 1/3 cawan air

Bahan tumbuk
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara penyediaan
Ikan digaul dengan garam dan kunyit dan kemudian golekkan atas tepung beras dan goreng (deep fried) sehingga garing.

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sekejap sehingga cili masak dan garing.

Masukkan separuh air laici dalam tin. Masukkan sos cili, sos tiram, sos plum, sedikit garam  dan biar mendidih. Adjust rasa, jika kurang manis boleh tambah lagi air laici, jika terlebih manis, tambah air biasa. Bila dah mesra masukkan bancuhan tepung jagung untuk sedikit pekat. Masuk sedikit demi sedikit dan adjust kepekatan kuah mengikut citarasa sendiri.

Masukkan capsicum dan masak seketika. Akhir sekali masukkan laici dan masak sekejap je baru tutup api. Tabur daun bawang dan daun sup kedalam kuah.

Bila nak makan barulah curahkan kuah sweet sour tadi keatas ikan.

You Might Also Like

7 comments

  1. oh, kena goleh dulu dgn tepung beras.
    bary tau.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa...nanti kalau rajin nak buat la...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Bahannya pun senang. Ikan kembung je :)

    ReplyDelete
  4. uitt!! ada buah laici dlm sweet sour, belum pernah rasa ..nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  5. baru tahu masak sweet sour bolh taruk laici, biasa letak nenas je..
    bolh cuba resepi baru ni

    ReplyDelete
  6. om join giveaway kek lapis saya. Syaratnya simple je..:) http://nurain-syahirah.blogspot.com/2016/11/giveaway-kek-lapis-sarawak-by-ain.html

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com