Pulut Durian Kuah Santan Cara Orang Utara

/
8 Comments
12:48 pm
Macam-macam versi kan orang Malaysia makan durian. Ada yang makan dengan pulut lemak, ada yang dibuat kuah durian yang dipanggil air gula atau di utara dipanggil serawa. Ada yang memang tak makan durian dengan pulut. Ada pula yang kena durianya dimakan bersama nasi putih berair garam.. hihi macam macam kan.. 

P1014344ed

Kalau di utara, kami memang makan durian ni bersama pulut atau nasi. Tepai mesti ada kuah santan yang dikacau rata bersama sedikit garam. Pulutnya pula dikukus kosong. Bila nak makan, curahkan kuah santan keatas pulut biarkan sekejap agar pulut kukus tadi lembut dan kemudian dimakan dengan durian. Rasanya lemak manis kerana santan tu sedikit lemak masin. Jika dapat durian yang kurang manis, tabur je sedikit gula diatas pulut. Sedappp! 

Santan tu jika perut jenis cepat sebu sebab tak tahan makan santan mentah boleh masak sekejap atas api sehingga panas tetapi tak mendidih takut pecah santan pula nanti. Santan pun tak akan cepat basi jika dimasak terlebih dahulu

P1014332ed


You may also like

8 comments:

adda syuhada said...

SEDAPNYER...

Haffizul Iskandar said...

warghhh!! sedapnya!!

kalau balik kedah, ni macam makanan wajib. lama dah tak makan. hmmm..

http://www.ceritaejoy.com/

Hanis Amanina said...

pulut2 ni favourite my mum :D durian, sy suka bubur durian

hanisamanina.com

Lea Azleeya said...

Adehh sedapnya... Lapar nye rasa ni.. haha

AinAthirah Anuar said...

Ya Allah sedapnyaaaaa TT_TT lama dah tak makan ni. durian mana nak cari skrg ni :')

Adam said...

Ada lagi tak?

Salam blogging from:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Nadia Johari said...

pergh marbeles

amir zahari said...

tengok gambar pun dh terliur...huhuhuhu