Bubur Kentang Ayam

11:24 am

Bagi penggemar bubur macam Kekny, memang sangat menggemari bubur. Apa saja jenis bubur. Paling suka bubur nasi berlauk atau bubur lambuk.. Sedapnya lah.

Ok bagi yang dah jemu buat bubur nasi, boleh juga gantikan beras tu dengan kentang. Macam bubur nasi biasa, boleh letak bahan-bahan yang kita suka, cuma bahan utama bubur tu pakai kentang..

P8123473ed

Sedap juga bila buat macam ni.. bila nak makan tu letak kicap cair lemak masin sikit.. Terangkat! Resepi ni dapat dari website di indonesia. Lupa dah website apa. Tapi bila cuba tu memang tak menyesal la hehe... Kalau nak tukar ayam dengan daging pun boleh je. Letak je apa bahan kita suka.

P8123536ed2  

Resepi Bubur Kentang Ayam

Bahan :
2 biji kentang – direbus sehingga empuk. Lenyekkan
150 gram daging ayam, potong dadu
2 ulas bawang putih cincang
1/4 besar cincang
1 batang seleri cincang
1 batang lobak merah cincang
1/4 sdt garam
300 ml air
3-4 sudu minyak untuk menumis

Bahan Pelengkap :
Telur dadar – hiris halus
Kicap manis
Daun bawang dihiris
Bawang goreng
Sedikit minyak bijan

Cara Membuat :

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging ayam dan kacau rata. Masukkan air dan rebus seketika.

Masukkan kentang lecek, carrot dan saleri. Masak sehingga pekat.
Masukkan garam da boleh dihidangkan. Jika suka isi ayam tu boleh dicarikkan dan letak atas bubur.

Hidang bersama kicap telur dadar, daun bawang dan bawang goreng.

You Might Also Like

1 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com